Wednesday, March 26, 2008

KADERIASASI LEMBAB REGENERASI TERENCAT

Laporan Program bersama HELWA ABIM Sarawak

Pada 20 Mac 2008 telah diadakan program bersama HELWA ABIM Sarawak bersempena sambutan mauluidur Rasul 1429 yang bertempat di Taski Abim, Taman Sri Wangi. Program bermula pada 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Kehadiran peserta adalah daripada wakil ABM,PERKEPIS,ahli ABIM serta HELWA.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ustazah Zainon Bt Haji Karim dan diikuti dengan alunan selawat ke atas nabi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan forum bicara HELWA yang bertajuk "KADERIASASI LEMBAB REGENERASI TERENCAT". Majlis forum telah dipengerusikan oleh saudari Shamsiah bt Mahli manakala ahli panel terdiri daripada Ustazah Jamaliah Bt Abd Jalil dan Cik Aminah Bt Haji Ismail.

Forum membicarakan tentang keperluan dakwah dan teknik untuk berdakwah. Di samping itu, peserta telah didedahkan kepada matlamat serta gerak kerja United Nation (UN). Cik Aminah yang telah berpengalaman bekerja dengan pertubuhan tersebut telah mendedahkan usaha-usaha dakyah golongan bukan Islam di sebalik memberikan bantuan kepada penduduk sedunia yang miskin. Pun begitu, usaha gigih mereka sehingga sanggup bertebaran ke pelosok dunia yang paling miskin di samping gerak kerja mereka yang terancang perlu menjadi iktibar kepada seluruh pendakwah Islam. Seterusnya, forum membincangkan tentang permasalahan gerakan dakwah hari ini dalam meneliti punca serta penyelesaiannya,

Ustazah Jamaliah telah mendedahkan bahawa antara punca kelesuan kaderisasi adalah kurangnya pendedahan kepada isu-isu semasa. Ciri-ciri kejahilan semasa perlu diketahui dan diperhati puncanya bagi melahirkan pendakwah yang sesuai dengan zaannya

Antara cadangan bentuk usaha dakwah yang wajar diketengahkan adalalah dengan mendidik anak-anak kampung untuk mempelajari bidang agama dengan diberi bantuan kewangan dan dilepaskan untuk berdakwah di kampung masing-masing. Usaha ini lebih berkesan memandangkan InsyaAllah tiada masalah komunikasi dan pemahaman budaya kawasan pendalamn tersebut memandangkan pendakwah adalah di kalangan penduduk kampung.

Perkaitan antara tajuk forum serta sambutan maulidur rasul pada tahun ini adalah bagaimana kita seharusnya meneruskan perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan sayap islam dan mengambil contoh baginda serta sahabat dari segi berdakwah dan menarik minat bukan islam untuk mengenali islam. Di samping itu,untuk menjayakan pergerakan dakwah kita seharusnya mempunyai barisan perjuang yang rela berkorban masa dan tenaga demi Islam.

Majlis di akhiri dengan sedikit jamuan. Di harap, semua peserta dapat mengambil iktibar dari forum yang dibicarakan serta memperkukuh kaderiasasi organisasi agar sebagai barisan yang berjuang demi agama ini mampu bertahan dan menyambung perjuangan baginda yang tercinta.
Disediakan Oleh,
Nurirwan Riduan

1 comment:

Anonymous said...

Should state the conlusion of the discussion at the end of the post or in other word, it's good to list out what are the factors affecting the recruitment: (Intipati perbincangan)