Showing posts with label Program PERKEPIS. Show all posts
Showing posts with label Program PERKEPIS. Show all posts

Monday, May 31, 2010

KURSUS ASAS FASILITATOR IDEAL 2010


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Kursus Asas Fasi Ideal (KAFI) 2010 telah diadakan pada 21 sehingga 23 Mei 2010 yang lepas dengan jayanya. Bertempat di Sekretariat PERKEPIS yang terletak bersebelahan dengan Masjid Taqwa di Gita, Kuching seramai 30 orang telah menjadi peserta.

KAFI telah menyediakan pengetahuan asas teori dan praktikal menjadi fasillitor, ataupun dikenali juga sebagai pemudahcara. Antara objektif KAFI adalah untuk menyediakan fasilitator yang akan menjadi sukarelawan dalam program-program anjuran PERKEPIS mahupun anjuran pertubuhan ataupun agensi lain.
Lanjutan: Sila klik PERKEPIS

Thursday, May 13, 2010

PESTA LAYANG-LAYANG


Ju, jemput datang rami-rami ke Pesta Layang-layang PJE PERKEPIS! :)

Tarikh: 16 Mei 2010

Tentatif:
0800 Berkumpul di SUKMA RIA
0900 Bertolak ke Pasir Panjang, Kuching
0930 Ta'aruf & Pembahagian Kumpulan
1030 Mula Membuat Layang-layang
1240 Solat Zuhur
Makan tengahari
Rehat
1330 Membuat Layang-layang (samb.)
1600 Solat Asar
1630 Ju Main Layang-layang!
1730 Bersurai

Jumpa di sinun! :)

NOTA: Bayaran RM6 adalah untuk makan tengahari & kelengkapan membuat wo/(layang-layang).

"Berjasa Kepada Masyarakat"
http://perkepis.blogspot.com

Wednesday, May 5, 2010

KEM BESTARI SOLAT 1 2010



17 April 2010 yang lepas telah diadakan Kem Bestari Solat Siri 1 2010 di SK St. Mary’s Kuching. Program tersebut ialah program anjuran j-Qaf SK St. Mary’s. Beberapa orang Hewi Perkepis telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam program tersebut. Sasaran peserta ialah pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 4.



Pengisian yang difokuskan dalam program ini ialah persediaan wudhuk dan solat dari segi teori dan amali. Adik-adik peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut kapasiti fasilitator yang ada bagi memudahkan penyampaian misi dan objektif dalam solat.



Program yang telah dijalankan setengah hari ini diharapkan mampu membantu adik-adik memahami cara-cara dan juga bacaan-bacaan dalam wudhuk dan solat dengan betul. Harapan kami dari pihak Hewi Perkepis agar program sebegini boleh diteruskan bagi siri-siri yang seterusnya dalam tempoh yang lebih lama bagi memastikan objektif program tercapai dengan lebih baik dan berkualiti.


Monday, February 15, 2010

Latihan Kefasilitatoran Asas 2010: Generasi Harapan

Panjatan syukur yang sebanyak-banyaknya dirafa’kan ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan keizinan-Nya dan pertolongan-Nya program Latihan Kefasilitatoran Asas 2010 di bawah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) telah berjaya dijalankan dengan baik. Seramai 70 orang peserta yang mengikuti program sehingga ke akhir di Kem Eastvalley, Serian, yang datangnya daripada Kuching, Kota Samarahan, Sri Arjuna, Serian, Balai Ringin, dan Gedong telah memberikan partisipasi yang pada hemat saya cukup memberangsangkan. Ada dua orang peserta daripada Balai Ringin dan Kota Samarahan yang terpaksa meninggalkan program lebih awal kerana kematian ahli keluarga. Semoga arwah ahli keluarga mereka yang meninggal itu dicucuri Rahmat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Bagi saya, program selama 4 hari 3 malam itu yang bertujuan untuk melatih generasi muda Islam Sarawak untuk menjadi fasilitator yang baik, dengan fokus khusus untuk membantu menjayakan program-program latihan dan pembangunan belia Islam Sarawak di bawah BPP-MIS, adalah antara program latihan kami yang paling baik setakat ini. Mungkin kerana tahap kematangan para pesertanya – yang sebahagian besar adalah merupakan bekas peserta, ahli jawatankuasa dan malah fasilitator program BPP-MIS – membolehkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan cukup lancar. Secara peribadi, saya cukup gembira dengan ‘batch’ peserta latihan kefasilitatoran kali ini – saya membayangkan mereka sebagai generasi harapan yang ‘boleh pergi jauh’ dalam konteks membantu usaha membangunkan umat Islam Sarawak.



Justeru, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada: Syafeez, Fikri @ Epy, Zarul Faizi, Zumar, Azrolnisham, Haszli Jofri, Wan Nur Amirah, Norhayati, Hairani, Adzreen Shalidza, Sharifah Farhanah, Emylia, Kharemahtun, Fatin Nadzirah, Azimaziah, Mazianah, Rasida @ Memey, Seni Julita, Erwina, Dayang Atikah, Rashidi, Sayuti, Amirrul Rizwan, Hamzah, Safarudin, Atina, Suraidah, Ayati, Paimah, Norlila, Noraniza, Siti Hamdiah, Khasumawati, Anita, Hamisahthushima, Salbiana, Norhaiza, Dayang Suliza, Zaid Norhaza, Norizam, Siti Nabilah, Nor Azalina, Nobazimah, Hayati Mohd. Aras, Nina Falina, Anir Syazwan, Shrul Amyra, Khushaire, Setimah, Hafsah, Sahniza, Hasanah, Siti Hanisah, Nurezzarinni, Khusnul Khatimah, Siti Amira, Laila Turushima, Mimah, Izzaitul, Nadzirah, Kheirunnisa, Siti Binti Yusup, Fazilatul Akma, Rahmah, Hajemah, Norafidah, Nurzarina, Nur Hidayah, Alkahafi, dan Azreen.

Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala membuka pintu-pintu hati mereka, melapangkan dada serta menguatkan kefahaman mereka. Mudah-mudahan apa yang telah kami sampaikan sepanjang program Latihan Kefasilitatoran Asas tersebut dapat benar-benar dihayati dan dijadikan panduan yang bermanfaat. Paling penting, kita semua yang bergelar fasilitator haruslah memahami hakikat diri kita sebagai seorang insan yang terhutang kewujudan kita kepada Allah Yang Maha Mencipta. Memahami hakikat diri kita yang sedang berada di dalam keadaan ‘berhutang’ kepada Allah itu akan membawa kepada penyerahan diri (Islam) secara mutlak kepada Allah. Hal ini adalah sangat penting kerana di peringkat paling fundamental, fasilitator adalah – tidak lain dan tidak bukan – seorang insan.


Oleh sebab itulah, perkara yang paling penting untuk dipupuk di kalangan fasilitator bukanlah kemahiran bercakap, menguasai pentas, ataupun mengendalikan kumpulan LDK; tetapi, perkara terpenting untuk dipupuk adalah budaya ilmu. Tanpa budaya ilmu yang utuh, seorang fasilitator itu hanyalah akan menjadi seorang fasilitator yang hipokrit dan ‘plastik’, yakni seorang fasilitator yang hanya berpura-pura sebagai seorang manusia yang unggul dan hebat sedangkan hakikatnya dirinya tidak punya ‘isi’.



Saya mendoakan semoga semua peserta Latihan Kefasilitatoran Asas 2010 yang baru sahaja selesai akan dapat menjadi fasilitator yang benar-benar bersifat ‘muaddib’ dan ‘murabbi’. Bukan ingin memberikan tekanan, tetapi sekadar harapan; dengan memahami, sudah tentu, untuk menjadi seorang insan yang bersifat ‘muaddib’ dan ‘murabbi’ bukannya mudah dan merupakan satu proses yang panjang dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya ke atas kita semua.

Thursday, January 14, 2010

RaHeeM 2010: “Aduhai Puteriku Sayang...”


RaHeeM 2010 adalah singkatan bagi “Rawon HEWI ke Melaka 2010” telah diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 1 hingga 3 Januari 2010. Program 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh HEWI (Hal Ehwal Siswi) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama HEWI Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM). Kumpulan sasaran ialah pelajar2 muslimah Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia. Program ini ialah program lanjutan bagi Kembara Kuantan HEWI 2009 ataupun KKH09 yang pernah diadakan di Kuantan, Pahang suatu ketika dahulu.

Setinggi2 syukur, puja dan puji dipanjatkan pada ALLAH S.W.T. Walaupun jumlah penyertaan kurang daripada penyertaan di Kuantan dahulu iaitu seramai 11 orang (UIAM Gombak, UIAM Kuantan, IIC, KUIS, KUIM, PEPIM), namun pengisian2 dan penerimaan para peserta adalah sangat baik. Jumlah yang sedikit ini memudahkan penyampaian dan perkongsian dari hati ke hati. Bertepatan dengan temanya, “Aduhai Puteriku Sayang...”, para peserta didedahkan dengan aktiviti2 dan pengisian2 yang mendidik mereka sebagai seorang insan yang bergelar muslimah.

Lanjutan: RINDOK ATI
Pautan Lain: MOMENTO SUTERA

Thursday, December 3, 2009

KEMBARA JALAN KAKI 2009









Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sekali lagi tampil dengan program Kembara Jalan Kaki 2009 pada 1 Disember 2009 (Selasa) bagi mengisi masa lapang para remaja di musim cuti sekolah. Kembara kira-kira 10 kilometer yang bermula daripada Sukma Ria tamat di Pantai Pasir Pandak. Hampir 40 orang peserta menyertai kembara kali ini, dibimbing oleh para jurulatih PERKEPIS bagi memastikan kebajikan dan keselamatan para peserta sepanjang kembara berlangsung.

-pautan klik di sini: PERKEPIS, Rindok Ati

Wednesday, March 12, 2008

Muktamar Sanawi ABM ke-8





Ahli Panel Forum





Tetamu yang hadir











Saf Pimpinan ABM sesi 2008






Mantan Pimpinan ABM Menjaga Gerai Buku






Bersama Pimpinan PERKEPIS, Mantan Pimpinan ABM & Pimpinan ABM sesi 2008

Saturday, February 2, 2008

LAPORAN MUKTAMAR PERKEPIS

MAJLIS PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) ke -3.

Pada 26- 27 Januari 2008, Majlis Persidangan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS kali ke-3 telah berlangsung di tempat yang cukup istimewa iaitu di Pusat Latihan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga merupakan sekretariat PERKEPIS yang baru. Bersempena dengan Majlis Persidangan Agung Tahunan kali ini juga, PERKEPIS turut mengadakan Konvensyen Pelajar Islam Sarawak yang menghimpunkan pelajar Islam di Sarawak. Konvensyen tersebut telah disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah – sekolah menengah sekitar Kuching dan Samarahan.

Konvensyen bermula sekitar jam 8:30 pagi setelah selesainya sesi pendaftaran peserta. Konvensyen dimulai dengan ucapan daripada Ustaz Zamri, iaitu Yang Di Pertua ABIM. Didalam ucapan beliau, Ustaz Zamri menekankan peranan belia untuk mengembangkan Islam seperti mana zaman junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Beliau turut menekankan konsep “Generasi Al- Quran” yang perlu dipraktikkan dan dijadikan amalan oleh setiap belia pada hari ini.


Majlis diteruskan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Yang di Pertua PERKEPIS sesi 2006/2007, Saudara Abuza Zaifauddin Bin Zaini. Didalam ucapan dasar beliau menekankan tentang pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda hari ini kerana ilmu merupakan bahtera penyelamat bagi kesinambungan sebuah perjuangan. Penyatuan Ummah dan Kaderisasi mampu terlaksana jika adanya keterlibatan dalam setiap ahli PERKEPIS. Di dalam kehidupan kita, keperibadian Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik untuk dijadikan ikutan. Selain itu, di dalam ucapan dasar beliau juga menekankan tentang keterlibatan kaum wanita sebagai bakal pendidik dan murrabbi kepada generasi akan datang dan juga golongan yang berperanan dalam memperjuangkan agama dan negara. Dalam akhir ucapan beliau turut menyelitkan peranan institusi kekeluargaan sebagai satu wadah untuk menerapkan nilai – nilai Islami dalam sistem pendidikan masyarakat. Beliau turut mengingatkan muktamirin dan mutamiran agar memperkukuhkan budaya ilmu dan menghidupkan sunnah nabawiah yang jelas agar kita dapat meneruskan perjuangan di terutamanya di bumi Sarawak pada penghujung ucapan dasar daripada saudara Abuza.



Konvensyen disambung dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Hasfa Bin Hassan. Dalam pembentangan, beliau menekankan tentang ilmu yang bermanfaat dan permasalahan yang di hadapi remaja pada hari ini. Beliau juga menyarankan agar kita kembali kepada fitrah dan bersama – sama berusaha untuk membina Generasi Qurani. Selesai pembentangan dari Ustaz Hasfa, pembentangan disambung oleh Saudara Abdul Muntaqim yang menekankan Empat Formula Pembentukan Peribadi Unggul iaitu Intelektual, Idealisme, Aktivisme dan Spritualisme. Beliau mengingatkan empat formula tersebut saling berkaitan dan perlu seimbang.
Selesai solat zohor dan makan tengahari, konvensyen disambung dengan bengkel serta pembentangan hasil kerja. Semasa bengkel dijalankan, setiap peserta konvensyen dari IPT dan sekolah menengah dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator. Objektif bengkel ini adalah untuk memikirkan program – program yang sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak PERKEPIS. Selesai perbincangan, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil buah fikiran masing - masing setelah selesai solat Asar.
Muktamar PERKEPIS ke -3 dimulakan setelah selesai makan malam dan solat Maghrib dan Isyak. Muktamar dimulai dengan pengesahan minit mesyuarat muktamar lepas, perbahasan ucapan dasar dan Pembentangan laporan ringkas Pra Muktamar Lepas. Majlis diteruskan dengan ucapan Penggulungan dan pembubaran Saf kepimpinan PERKEPIS 2006/2007. Saudara Abdul Muntaqim mengumumkan pelantikan Saf kepimpinan PERKEPIS 2007/2008. Majlis muktamar tamat setelah ucapan penggulungan Yang Di Pertua PERKEPIS 2007/2008.


Pada 27 Januari 2008, sebelum solat Subuh secara berjemaah, telah diadakan Qiamulail. Setelah sarapan, majlis diteruskan dengan slot bersama dengan Saudara Mohd Hilmi Bin Ramli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Setelah minum pagi, peserta konvensyen bersurai. Majlis Persidangan Agung Tahunan (MPAT) ke -3 diharap dapat “Memugar Keperibadian Belia Berilmu Kearah Menghidupkan Sunnah Nabawiah”. Insya ALLAH…


Oleh
Dayang Noraida bt Awang Che

Monday, January 14, 2008

MUKTAMAR - PELUANG IKTIKAF DI MASJID


Semasa muktamar nanti, InsyaAllah muslimin akan bermalam di masjid. Ini adalah peluang untuk beriktikaf satu hari di masjid . I’tikaf, secara bahasa, bererti tinggal di suatu tempat untuk melakukan sesuatu yang baik. Jadi, i’tikaf adalah tinggal atau menetap di dalam masjid dengan NIAT beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Beri’tikaf bisa dilakukan bila-bila saja. Namun, Rasulullah saw. sangat menganjurkan di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Inilah waktu yang baik bagi kita untuk bermuhasabah dan taqarub secara penuh kepada Allah swt. guna mengingat kembali tujuan diciptakannya kita sebagai manusia. “Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu,” begitu firman Allah di QS. Az-Zariyat (51): 56.



Para ulama sepakat bahwa i’tikaf, khususnya 10 hari terakhir di bulan Ramadhan, adalah ibadah yang disunnahkan oleh Rasulullah saw. Beliau sendiri melakukanya 10 hari penuh di bulan Ramadhan. Aisyah, Umar bin Khattab, dan Anas bin Malik menegaskan hal itu, “Adalah Rasulullah saw. beri’tikaf pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari dan Muslim). Bahkan, pada tahun wafatnya Rasulullah saw. beri’tikaf selama 20 hari. Para sahabat, bahkan istri-istri Rasulullah saw., selalu melaksanakan ibadah ini. Sehingga Imam Ahmad berkata, “Sepengetahuan saya tak seorang ulama pun mengatakan i’tikaf bukan sunnah.”

“I’tikaf disyariatkan dengan tujuan agar hati beri’tikaf dan bersimpuh di hadapan Allah, berkhalwat dengan-Nya, serta memutuskan hubungan sementara dengan sesama makhluk dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah,” begitu kata Ibnu Qayyim.

Itulah hikmah i’tikaf. Ruh kita memerlukan waktu berhenti sejenak untuk disucikan. Hati kita perlukan waktu yang khusus untuk secara penuh beribadah dan bertaqarub kepada Allah saw. Kadang-kadang kita perlu berkhalwat dengan Allah dan berhenti sejenak memikirkan kehidupan dunia untuk mendekatkan diri seutuhnya kepada Allah saw., bermunajat dalam doa dan istighfar serta membulatkan iltizam dengan syariat sehingga ketika kembali menjadi manusia baru yang lebih bernilai.



Syarat dan Rukun I’tikaf

Ada tiga syarat orang yang beri’tikaf, yaitu muslim, berakal, dan suci dari janabah, haid dan nifas. Artinya, i’tikaf tidak sah jika dilakukan oleh orang kafir, anak yang belum bisa membedakan (mumayiz), orang yang junub, wanita haid dan nifas.

Sedangkan rukunya ada dua, yaitu, pertama, niat yang ikhlas. Sebab, semua amal sangat tergantung pada niatnya. Kedua, berdiam di masjid. Dalilnya QS. Al-Baqarah (2): 187, “Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu beri’tikaf di masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertakwa.”


Masjid yang mana? Imam Malik membolehkan i’tikaf di setiap masjid. Sedangkan Imam Hanbali membatasi hanya di masjid yang dipakai untuk shalat berjama’ah atau shalat jum’at. Alasannya, ini agar orang yang beri’tikaf bisa selalu shalat berjama’ah dan tidak perlu meninggalkan tempat i’tikaf menuju ke masjid lain untuk shalat berjama’ah atau shalat jum’at. Pendapat ini diperkuat oleh ulama dari kalangan Syafi’i. Alasannya, Rasulullah saw. beri’tikaf di masjid jami’. Bahkan kalau kita punya rezeki, lebih utama kita melakukannya di Masjid Haram, Masjid Nabawi, atau di Masjid Aqsha.
Rasulullah memulai i’tikaf dengan masuk ke masjid sebelum matahari terbenam memasuki malam ke-21. Ini sesuai dengan sabdanya, “Barangsiapa yang ingin i’tikaf denganku, hendaklah ia i’tikaf pada 10 hari terakhir.”
I’tikaf selesai setelah matahari terbenam di hari terakhir bulan Ramadhan. Tetapi, beberapa kalangan ulama lebih menyukai menunggu hingga dilaksanakannya shalat Ied.


Ketika Anda i’tikaf, ada hal-hal sunnah yang bisa Anda laksanakan. Perbanyaklah ibadah dan taqarub kepada Allah. Misalnya, shalat sunnah, tilawah, bertasbih, tahmid, dan tahlil. Beristighfar yang banyak, bershalawat kepada Rasulullah saw., dan berdoa. Sampai-sampai Imam Malik meninggalkan aktivitas ilmiahnya. Beliau mengutmakan menunaikan ibadah mahdhah dalam i’tikafnya.

Meski begitu, orang yang beri’tikaf bukan berarti tidak boleh melakukan aktivitas keduniaan. Rasulullah saw. pernah keluar dari tempat i’tikaf karena mengantar isterinya, Shafiyah, ke suatu tempat. Orang yang beri’tikaf juga boleh keluar masjid untuk keperluan yang diperlukan seperti buang hajat, makan, minum, dan semua kegiatan yang tidak mungkin dilakukan di dalam masjid. Tapi setelah selesai urutan itu, segera kembali ke masjid. Orang yang beri’tikaf juga boleh menyisir, bercukur, memotong kuku, membersihkan diri dari kotoran dan bau. Bahkan, membersihkan masjid. Masjid harus dijaga kebersihan dan kesuciannya ketika orang-orang yang beri’tikaf makan, minum, dan tidur di masjid.

I’tikaf dikatakan batal jika orang yang beri’tikaf meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan, meski sebentar. Sebab, ia telah mengabaikan satu rukun, yaitu berdiam di masjid. Atau, orang yang beri’tikaf murtad, hilang akal karena gila atau mabuk. I’tikaf juga batal jika wanita yang beri’tikaf haid atau nifas. I’tikaf juga batal kalau yang melakukannya berjima’ dengan istrinya. Begitu juga kalau ia pergi shalat Jum’at ke masjid lain karena tempatnya beri’tikaf tidak dipakai untuk melaksanakan shalat jum’at.



I’tikaf bagi Muslimah


I’tikaf disunnahkan bagi lelaki, begitu juga wanita. Tapi, bagi wanita ada syarat tambahan selain syarat-syarat secara umum di atas, yaitu, pertama, harus mendapat izin suami atau orang tua. Apabila izin telah dikeluarkan, tidak boleh ditarik lagi.



Perempuan sah melakukan i‘tikaf sebagaimana para isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya. Untuk jelasnya beberapa hukum mengenai perempuan yang beri‘tikaf sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Majmuk (Al-Majmuk: 6/470-471):
1. Tidak sah dan tidak harus seorang perempuan beri‘tikaf tanpa izin daripada suami. Jika isteri bernazar untuk melakukan i‘tikaf dengan kebenaran suami, sebagai contoh ia ditentukan selama 2 hari, menurut Imam An-Nawawi harus bagi isteri tersebut masuk ke masjid tanpa memerlukan izin daripada suami, kerana kebenaran nazar itu adalah izin untuk masuk ke masjid. Jika nazar tersebut tidak ditentukan dengan masa, maka tidak harus bagi isteri masuk ke masjid tanpa izin suami.
2. Jika seorang isteri masuk masjid melakukan i‘tikaf sunat tanpa izin suami atau sebaliknya, maka harus bagi suami melarang meneruskan i‘tikaf itu tanpa khilaf (percanggahan ulama).

Kedua, tempat dan pelaksanaan i’tikaf wanita sesuai dengan tujuan syariah. Para ulama berbeda pendapat tentang masjid untuk i’tikaf kaum wanita. Tapi, sebagian menganggap afdhal jika wanita beri’tikaf di masjid tempat shalat di rumahnya. Tapi, jika ia akan mendapat manfaat yang banyak dengan i’tikaf di masjid, ya tidak masalah.
Terakhir, agar i’tikaf kita berhasil memperkokoh keislaman dan ketakwaan kita, tidak ada salahnya jika dalam beri’tikaf kita dibimbing oleh orang-orang yang ahli dan mampu mengarahkan kita dalam membersihkan diri dari dosa dan cela.


p/s Gambar-gambar yang ditunjukkan (kecuali gambar lelaki yang sedang sujud) adalah gambar pemandangan di Masjid Wan Alwi)

PROGRAM SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH



SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH

TEORI & PENEKANAN PRAKTIKAL BERSUCI DAN IBADAH

(SOLAT, WUDHU ETC)

20 JANUARI 2008 (AHAD)

SURAU KOLEJ TUN AHMAD ZAIDI

(UNIMAS)

8:15 PAGI - 4.15 PETANG

USTAZ SYED IZZUDIN AL MUNIR AL-AIDARUS


TENTATIF

0800 Ketibaan para peserta dan penceramah
0815 Bermula pembentangan slide show
0950 Rehat & Soal Jawab
1 1030 Praktikal Bersuci
1200 Rehat (Makanan tgh hari untuk peserta boleh dibeli di kafe)
1330 Praktikal Solat
1510 Soal Jawab
2 1410 Solat Asar, Jamuan Ringan & Bersurai


Hubungi:
Timb. Amirah PERKEPIS kampus UNIMAS:0138004732

Diharap semua dapat menghadirkan diri agar kualiti ibadah kita dapat ditingkatkan dan diterima olehNYA.
datang jgn x dtg .