Wednesday, December 16, 2009

PEDOMAN BUATMU PUTERI: Rakam asmara dengan 5 lelaki

Rakam asmara dengan 5 lelaki

Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my

Aksi remaja 14 tahun terbongkar

KUALA LIPIS: Lakonan 'terlampau' seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Merapoh, dekat sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan melakukan penelitian dan memeriksa rakaman itu bagi memastikan kesahihannya.

Berikutan itu, katanya polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan lima lelaki terbabit.

"Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, bapa gadis itu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya yang kemudian memperlihatkan rakaman aksi berkenaan.

Katanya, gadis itu membuat pengakuan terbabit dalam rakaman itu selepas beberapa kali didesak bapanya.

***SEBAGAI PEDOMAN BUAT GADIS2 DI LUAR SANA. JAGALAH MARUAH KALIAN. KASIHANILAH IBU DAN AYAH KALIAN. DIDIKLAH HATI AGAR NAFSU TERUS TERKAWAL. KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN ANDAI TERSASAR DI JALANAN. LAKUKANLAH SELAGI PINTU TAUBATNYA MASIH TERBUKA UNTUK KITA.***

Thursday, December 3, 2009

KEMBARA JALAN KAKI 2009









Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sekali lagi tampil dengan program Kembara Jalan Kaki 2009 pada 1 Disember 2009 (Selasa) bagi mengisi masa lapang para remaja di musim cuti sekolah. Kembara kira-kira 10 kilometer yang bermula daripada Sukma Ria tamat di Pantai Pasir Pandak. Hampir 40 orang peserta menyertai kembara kali ini, dibimbing oleh para jurulatih PERKEPIS bagi memastikan kebajikan dan keselamatan para peserta sepanjang kembara berlangsung.

-pautan klik di sini: PERKEPIS, Rindok Ati

Sunday, November 15, 2009

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Kuala Lumpur

Sunday, October 25, 2009

ADAKAH KITA HARUS JADI PENYEMBUNYI MAKLUMAT?


sumber: Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga langkah untuk memerangi rasuah di negara ini, termasuk memperkenalkan akta perlindungan pemberi maklumat tahun depan.Langkah itu, tegas Najib, ialah untuk mewujudkan masyarakat yang bersih dan dihormati.Menurutnya lagi, usaha tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah di kalangan anggota penguatkuasa dan pentadbiran awam serta memastikan proses juga prosedur Perolehan Kerajaan dipatuhi.Berucap membentang bajet hari ini, perdana menteri berharap langkah tersebut dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa.Tiga langkah tersebut ialah pertama menggubalkan akta perlindungan pemberi maklumat bagi menggalak pemberi maklumat untuk tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salahlaku yang lain.Katanya, akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. Akta ini akan diperkenalkan pada tahun 2010.Langkah kedua, kata perdana menteri ialah menubuhkan 14 buah lagi mahkamah sesyen khas rasuah dan empat mahkamah tinggi khas rayuan rasuah.Pada masa ini, katanya, hanya terdapat dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam, danLangkah ketiga, kata Najib ialah untuk meningkatkan usaha memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Katanya, ini termasuk mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

Thursday, October 1, 2009

Kek Syawal untuk Kita.....=)

Walaupun Syawal menyelubungi kita kini, mudah-mudahan hati kita tidak terperangkap
dalam kemeriahan dan kegembiraan beraya semata-mata. Moga kita terus-terusan ingin
berada dalam “lust training” madrasah walaupun tanpa Ramadhan di sisi.Salah satu usaha kecil
tapi besar impaknya terhadap keberkesanan segala amal ibadah kita ialah keinginan memahami
bacaan solat. Nampak kecik, tapi kesannya adalah menyeluuh.Memang ini bukan perkara luar
biasa, biasa saja, basic kata orang….tapi perkara ini perlu ditekankan siang2. Akan tetapi ,
seorang sentiasa ingin mencari ilmu dan kebenaran takkkan pernah terlewat untuk belajar…

Wallahualam

ASAL USUL SOLAT
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama :-Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
"Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat."

Makna Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

rujukan: http://sahabatmusleem.blogspot.com/2008/12/asal-usul-solat-maksud-bacaan-dalam.html

Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PMR&SPM 09

*Perhatian utk pelajar2 yg bakal menduduki perperiksaan PMR&SPM 09" DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA
SEMPENA PMR&SPM 09 & CERAMAH MOTIVASI
(PETUA2 AKHIR SEMPENA PERPERIKSAAN)
PADA 2 OKTOBER 09 (JUMAAT),
JAM 6PTG-9MLM
BERTEMPAT DI MASJID DARUL IBADAH SEMARIANG BATU PETRA JAYA KUCHING."


-Anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak dgn Kerjasama Masjid Darul Ibadah Semariang"

Thursday, September 10, 2009

NUZUL AL-QURAN

Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-Quran pada malam lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w. bertadarrus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta melaksanakan tuntuntan al-Quran.Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa Rasulullah telah bersabda :

“ Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar memahaminya dikalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan , dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisinya”.

Firman Allah yang bermaksud : “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata. (al-Baqarah, ayat 185) Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia.

Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan.


Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredahaanNya ke jalan keselamatan.” ( al-Ma’idah, ayat 15-16) Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi.

Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut. Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja.

Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi.

Allah berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : “ Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya.” Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini.”

LANJUTAN: http://www.mindamadini.my

Friday, September 4, 2009

SALAM KEIKHLASAN


Sampaikan salam ikhlasku…

merentas benua,

Mengharungi lautan,

Menghunjam gunung…

Salam keagamaan, salam persaudaraan,

Tika remuknya hati, luluhan ya jiwa,

Menyaksikan keperitan dan penderitaan,

Buatan si manusia..

Untuk sahabat dalam pelukan kita…

Sampaikan salam ikhlasku,

Lewat bayu menahan sayu,

Angin2 api cepatlah padam,

Agar terbuka gerbang cahaya,

Debu2 merah cepatlah pudar,

Agar taman ditemani hilai tawa lagi

Dendam kesumat menghalalkan hasrat,

Hajat tekad membetulkan silap,

Kuasa untung melupakan susila,

Debu2 merah yang melekit

Kau seharusnya ingat,

Ia akan jadi dendam paling akrab…

Pesan ikhlasku sahabat,

Segalanya ini adalah pengajaran

Agar kita lebih waspada

Antara peluru dan sanjungan melulu

Sampaikan salam ikhlasku antara lambain daun rumbia

Melewati keasyikan muda

Salam sayang sesama insan

Atas nama kepedihan

Wasiat dendam pejuang kugenggam

Menagih nafas panjang dan dusta

Dan aku

Hanya mampu berkirim salam

Dari kejauhan…


(KAMSIAH BINTI HANAPI - peserta KBS 4 2009, PERKEPISMA)

YA RAMADHAN...Hati Ini Penuh Cinta


Ya Ramadhan,
Kau datang bertamu lagi,
Menyinggah dan merubah diri insani,
Merindui menagih kasih Ilahi…

Ya Ramadhan,
Hadirmu di saat perlu,
Ketika hati disuntik pilu,
Ketika leka berbicara si nafsu,
Kau ubati dukaku…

Ya Ramadhan,
Kegilaan ini perlu dihentikan,
Kesakitan ini perlu dilupakan,
Menyulam semangat dengan kalam Tuhan,
Bangkitlah dari kekecewaan,
Kerana DIA tidak akan sia-siakan,
Doa yang penuh takut dan harapan…

Ya Ramadhan,
Hati ini penuh cinta,
Untukku labuhkan pada tempat asalnya,
Menantimu mendebar rasa,
Kini pintumu kaubuka,
Syukur ku ukir di tubir rahsia,
Moga amalan diterima,
Moga laluan lebih sempurna…

DIPETIK DARI LAMAN "RINDOK ATI ; http://raufasufrina87.blogspot.com"

Sedikit Coretan Mengajar Mengaji


“Ustazah, hari ini balik jam berapa?, Iman baca sampai mana ustazah? Baca sikit ye ustazah, Iman tak larat la .. mengantuk”, tanya Iman Iskandar, anak murid mengaji saya yang berumur 7 tahun. Saya menjawab dengan ringkas, “ Iman balik pukul 9 malam, baca dalam 3 muka surat dan bergantung dengan prestasi iman la, kalau ok cepat la abis, kalu tak ok lambatlah abis”, jawab saya kepada Iman. Kira-kira sudah mencecah 3 bulan saya mengajar Iman mengaji Iqra’ tiap-tiap malam di rumah saya. Banyak karenah dan ragam yang terpaksa saya tempuhi dan kadangkala ia sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada diri saya.

Untuk mengajar budak yang berumur 7 tahun bukanlah perkara yang mudah bagi saya. Memang pada permulaannya saya ingat ia merupakan tugas yang senagn, namun perspektif itu berubah apabila saya mula mengajar Iman. Iman seorang yang pelat, sukar untuk menyebut huruf R dan seorang yang masih mentah. Pertama kali mengajar, tiada masalah dan saya pun tidak menunjukkan kegarangan saya.

Bila masuk hari yang seterusnya, saya dapati Iman seorang yang gemar melawan cakap..huhu..Dan seolah-olah dia yang betul, ustazahnya yang salah.. Tidak sah jika satu hari tu tak bergaduh dengan dia.. Lumrahnya beginilah kami selalu bergaduh , " Iman..salah bacaan tu..baca insani bukan insana..", ujarku. Kemudian Iman membalas, " betullah iman baca tadi apa.." saya berkata lagi, "Iman salah baca la..iman baca na tadi..ustazah tahu la..ustazah dengar".. Selepas berlaku sedikit pergaduhan, Iman akan menunjukkan perubahan dalam bacaannya, dia mula malas membaca, memandang syiling, tanya bila mama nak ambil, baca sampai mana dan sebagainya..Jawapan saya mudah saja.." cepat habis cepat balik!"..

Memang memerlukan kesabaran dalam mengajar Iman ini. Bukan apa, baru 5 minit baca fikirannya sudah melencong jauh..namun bukan setiap hari Iman begitu..adakalanya Iman akan bersemangat dan adakalanya malas. Jadi sebagai pendidik, kita mesti bijak menarik minat anak murid supaya ia hanyut dengan pembelajaran kita. Sukar juga untuk menerangkan kepada budak yang berumur 7 tahun tentang hukum tajwid. Pernah saya pesan kepada Iman, " Iman kena baca panjang 2 harkat pada alif, waw dan ya tau. Sebab itu huruf mad.." dan Iman membalas, " Iman mana tahu la..Iman tak belajar lagi!" Saya menyambung, " sebab tak tahu la ustazah nak bagi tahu ni..lepas ini bila jumpa dengan huruf tersebut baca panajang tau". Iman sambil lea mendengar penerangan saya. Kadangkala, mereka tahu untuk membaca tetapi sengaja membaca salah supaya dapat menarik perhatian kita..saya akui perkara tersebut..Apabila bacaan tiada salah dan lancar..Iman akan mencari jalan untuk menyalahkan bacaannya..walaupun banyak kali saya betulkan dia tetap dengan kesalahan tersebut sambil tersenyum-senyum..Akhirnya apa yang saya buat saya merajuk!!

Hati seorang kanak-kanak memang bersih dan mudah kasih terhadap gurunya. Ini diakui apabila Iman ingin membaca dengan sendiri bacaan Iqra' tanpa panduan daripada saya..Saya pernah berkata, "Ustazah baca, Iman ikut ye..Ayat ni panjang.." Lantas Iman menjawab, " Iman nak baca sendiri!" Saya lantas menyampuk, " Tak boleh lah Iman..kalau Iman baca banyak salah.." Iman nak baca sendiri jugak", ujar Iman. Lalu saya berkata, "ok, lepas ni tak payah datang mengaji, sebab Iman dah pandai, ngaji dengan mama saja". Iman menjawab ringkas, "ok!". Punyalah sakitnya hati saya ni Allah yang tahu..huuuhu.. Lantas saya membiarkan Iman membaca seorang diri sambil saya buat-buat merajuk dan tidak memandangnya..Bila dah habis, saya berkata" Iman tahu tak Iman baca banyak salah?". Jawab Iman, "tahu!". Selepas itu saya meminta Iman mengikut bacaan saya dan terus menamatkan bacaan. Selepas itu tiada kata yang saya ucapkan kepada Iman untuk menunjukkan bahawa saya merajuk dengan Iman! (",). Apabila pulang ke rumah, Iman dengan muka sedih mengadu pada mamanya bahawa Iman sedih sebab lawan cakap ustazah..kesian ustazah..ustazah marah dengan Iman tadi. Iman rasa nak nangis.. Bila saya mendengar berita ini daripada mama Iman saya sangat tersentuh dan amat bersyukur kerana sebenarnya Iman memiliki hati yang sangat lembut..

Begitulah sedikit coretan pengalaman mengajar kanak-kanak berumar 7 tahun. Belum lagi saya menceritakan pelajar baru saya yang sudah masuk ke tingkatan 2. Namanya Faiz, dan dengan rendah hati tidak kisah turun daripada Al-Quran untuk baca Iqra' 4 yang sama dengan Iman! Ini kerana saya mengesyorkan supaya baca Iqra'6 untuk melancarkan bacaan dalam Al-Quran. Memang tidak lancar dan masih lambat nak eja huruf. Alhamdulillah, Faiz sendiri yang sukarela untuk baca Iqra' 4 dan dia tidak kisah...dan Iman pun tak kisah.. (",)

Petikan diolog di atas merupakan pengalaman saya sewaktu mengajar mengaji. Saya teringat sabda Nabi S.A.W : Daripada Jabbar bin Abdullah, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi orang lain.” (Riwayat At-Tabrani)

Saya diminta untuk mengajar anak salah seorang guru di sekolah saya. Saya menerima bukan atas sebab masalah kewangan dan sebagainya. Apa yang saya harapkan ilmu yang saya miliki ini boleh dikongsi bersama dalam usaha untuk melihat Islam itu berkembang. Saya teringat tentang hadis di atas. Ya..sesungguhnya manusia yang baik itu ialah mereka memberi manfaat kepada orang lain. Setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza dalam memberi manfaat kepada orang lain. Dalam situasi saya, saya boleh membantu dalam urusan memberi ilmu tentang agama serba sedikit dan pada masa yang sama pencarian ilmu perlu berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

Saya mengambil inisiatif membuka kelas pengajian Al-Quran kepada pelajar saya kerana saya sedih melihat tahap penguasaan Al-Quran pelajar saya yang sangat lemah. Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mengenangkan saudara seagama tidak mengenal huruf hijaiyah, tidak boleh membaca Al-Quran dan sebagainya. Belum lagi dilihat daripada aspek yang lain.. mengambil wudhuk pun tidak tahu!. Saya dengan senang hati menawarkan bantuan untuk mengajar mereka kerana ingin melihat Saudara seIslam berdiri megah . Namun amat menyedihkan saya apabila terdapat segelintir daripada pelajar tersebut mengambil sambil lewa inisiatif saya dan mempermainkan ayat-ayat Allah!! Lalu..dengan rasa bangga diri seolah-olah diri tahu semuanya padahal apabila ditanya hanya menggaru kepada dan membuat loyar buruk..Nah!..inilah situasinya pelajar sekarang berbanding dengan pelajar dahulu. Usaha saya ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, saya akan berusaha supaya mereka dapat mengenal Al-Quran sebelum melangkah keluar daripada sekolah nanti, ini azam saya. Semoga Allah S.W.T memberikan kesenangan dan kemudahan dalam setiap apa yang saya lakukan, insya'Allah.

Tidak semua pelajar menimbulkan masalah, terdapat juga pelajar yang mengambil berat perihal rakannya yang tidak tahu membaca. Saya pernah didatangi oleh seorang pelajar saya. " Ustazah tak nak buat kelas mengaji ker?", lalu saya membalas, " mengapa?".Lalu pelajar saya terus berkata, " ustazah..saya kesian tengok kawan-kawan saya yang tak tahu baca tu..kan susah nanti semasa hafazan dan tilawah Pendidikan Islam..". Saya menjawab, "boleh, kamu kumpulkan orang dan kita bermula selepas Asar di Surau Kuaters". Alhamdulillah..walaupun tidak ramai tetapi saya bersyukur kerana ada juga pelajar yang mengambil berat tentang saudara seIslamnya.

Pendidikan agama perlu diterapkan seawal yang mungkin semasa masih kanak-kanak lagi. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberikan pendidikan Agama yang sempurna kepada anak-anaknya. Didiklah mereka sebaik yang mungkin dan hiasilah peribadi mereka dengan hiasan ketaqwaan dan Al-Quran.

Semoga mereka-mereka yang saya bimbing ini dapat melahirkan generasi yang soleh di masa akan datang, insya'Allah

DIPETIK DARI LAMAN "MUNIRAH BAHARI ; http://munirah-bahari.blogspot.com"

BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

DIPETIK DARI LAMAN "GENTA RASA ; http://genta-rasa.com"

Monday, June 15, 2009

Wafatnya Penulis Maza Yakni



www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada 13 Jun 2009. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.

Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.


Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.


Sumber: tamanulama.blogspot.com, http://suluhhati.blogspot.com/

Friday, May 22, 2009

Aku Ingin Hatiku Dilimpahi Kasih Sayang...

Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang
Agar bisa ku senyum pada setiap insan
Agar lembut bicaraku menyapa rakan taulan
Agar sinar simpatiku berkongsi kesusahan
Agar mudah qalbuku melerai dendam

Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang
Agar dapat ku rawati insan yang kesakitan
Agar ku sabar selalu menerima pengaduan
Agar mampu ku ringankan pedih yang disandang
Agar sentuhan tanganku menghilang rawan

Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang
Agar terpadam mazmumah yang terpendam
Agar terlerai kesombongan yang menghinakan
Agar berbunga mahmudah mendamaikan
Agar akhlakku dipancar nur iman

Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang
Agar musnah rungutan yang membebankan
Agar terhapus dosa yang memberatkan
Agar ikhlas tumbuh subur berkekalan
Agar hatiku dipancar ketenangan

Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang
Agar diriku disayangi Tuhan
Agar redha-Nya mengiring jalan
Agar jalan ke jannah luas terbentang
Agar tersisih dari nerakan jahannam

Saturday, April 11, 2009

Senyumlah Dalam Keletihanmu...

Dedikasi buat adikku yang letih...


"Kak, saya rasa letih sangat," adu seorang adik yang keletihan selepas berprogram, ditambah pula tugasan kuliah yang membebankan. Seluruh tubuhnya keletihan dan mula mengalami gejala seperti sakit dada dan rasa lemah hingga hampir-hampir tidak mampu meneruskan tugasannya pada hari tersebut.

"Akak rasa awak stress lah," kata saya membuat 'diagnosis' selepas mendengar simptom-simptom yang diceritakannya.

"Give your body a break. All work and no play makes Jack a dull boy," saya memetik kata pepatah Inggeris.

“Rehatlah, bercuti untuk dirimu sendiri. Antara sebab-sebab futur ialah keletihan yang melampau,” saya menyambung lagi.

“Ya lah, saya rasa hidup saya ni untuk program, kerja dan thesis saja kak…” luahnya lagi, mungkin baru menyedari betapa letihnya hidupnya.

“Selain rehat, cuba ambil supplement kesihatan untuk menambahkan tenaga,” sambung saya lagi. Teringat pengalaman saya yang selalu letih di zaman belajar, dapat saya atasi dengan pengambilan supplement.





“Dan janganlah lupa berdoa. Pagi tadi akak dengar ceramah ustaz kat dalam TV, katanya Rasulullah pernah mengajarkan satu ayat kepada Muadz Bin Jabal bagaimana untuk mengatasi masalah lemah dan berhutang. Ayat ini dengan izin Allah, jika diamalkan, sekiranya kita berhutang sebanyak manapun nescaya Allah mudahkan bagi kita untuk menyelesaikannya,” kata saya.

Ayat tersebut ialah ayat ke 26 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”




Kepada temanku yang sedih, kecewa, tertekan, ketahuilah jalan perjuangan pastinya penuh kepenatan, kesusahan dan tekanan yang tak terjangkakan. Aku juga tak terkecuali melalui saat keletihan itu hingga kini. Namun, yakinlah kasih-Nya tetap menemani dalam keletihanmu, bantuan-Nya tetap menyusuli selepas kesusahanmu, dan kemanisan pasti akan dirasai selepas rasa tertekanmu. Bukankah Allah telah berjanji bahawa selepas kesusahan akan ada kesenangan.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: Ayat 5-6)

“Ya Allah, aku bermohon perlindungan-Mu dari rasa sedih dan dukacita, aku bermohon perlindungan-Mu dari sifat lemah dan malas, aku bermohon perlindungan-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku bermohon perlindungan-Mu dari beban hutang dan penindasan manusia. Amin..”

Senyumlah dalam keletihanmu. Semoga langkah kita sentiasa kuat menyusuri jalan yang meletihkan ini. Untuk motivasi, renungilah kata-kata hikmah dari Saidina Umar Al-Khattab:

“Jika kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, ketahuilah bahawa keletihan itu akan hilang sedang kebaikan itu akan berkekalan.”

Sunday, February 1, 2009

Jalan-jalan Cari Kawan


ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah kerana dengan izin Allah S.W.T program JALAN-JALAN CARI KAWAN ke Betong selamat dan berjaya dilaksanakan. Terima kasih Ya Allah, dengan nikmat dan rahmatMu kami selamat pergi dan pulang, kerana nikmatMu permusafiran kami terasa roh-roh ukhuwah persaudaraan, roh-roh ilmu mengiringi hati-hati kami sepanjang perjalanan ini. Perjalanan seramai 9 orang dengan menaiki kenderaan peribadi bermula pada petang tanggal 23 Januari 2009 dan tiba di hospital Betong hampir jam 10.00 malam. Perjalanan kembara kali ini lebih bermakna, kerana banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Bilangan yang kecil memudahkan kami bergerak dan lebih dekat dengan masyarakat. Bilangan yang kecil memudahkan kami bergerak dan lebih dekat dengan masyarakat. Kesantaian program JALAN-JALAN CARI KAWAN ini telah membawa kami ke kembara yang bermakna.

sedikit cenderamata buat warga hospital Betong

KEM PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA, BUKIT SABAN BETONG
24 JANAURI 2009, 10.00 PAGI
Aktiviti pertama kami bermula pada jam 10.00 pagi dengan menziarahi adik-adik bekas peserta PERKEPIS yang sedang mengikuti latihan khidmat negara. Antara adik-adik yang hadir, dari sekolah SHOAW, MRSM, TUNAZ, KOLEJ ABDILLAH termasuk adik dari SMT Sibu dan SMK(A) Sibu.


Adik-adik dari MRSM Kuching


Bergambar ramai-ramai berlatarkan bukit saban



LAWATAN KE HOSPITAL BETONG,
24 JANUARI 2009, 01.30 PETANG

Seperti yang dijadualkan, pada jam 1.30pm kami akan mengadakan lawatan ke hospital Betong untuk memberi sedikit cenderamata kepada semua pesakit-pesakit yang berada di hospital Betong. Kehadiran kami disambut meriah, mesra oleh warga hospital. Pihak hospital berharap agar dapat diadakan lagi dan sangat mengalu-alukan kehadiran PERKEPIS untuk berbakti di hospital Betong. Dikesempatan ini, pihak PERKEPIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital, Dr Aisah Munirah, Dr Shahril, Chief Hj Othman, Encik Hasmadi dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan(PERKIP), kak Sa'adiah, kak Jaba'yah di atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.

Kami bergambar bersama kakitangan hospital dan PERKIP

Pengerusi HEWI PERKEPIS sedang memberi sedikit penerangan lawatan







SARATOK
24 JANUARI 2009, 04.40 PETANG
Pasar Saratok
Lawatan kami di hospital Betong berakhir pada jam 3.30pm dan kami meneruskan perjalanan ke Saratok.Subhanallah… , Saratok merupakan sebuah daerah yang sangat mengagumkan. Sangkaan minda kami sungguh jauh tersasar. Disangkakan Saratok sebuah bandar tidak ubah seperti kawasan pedalaman kurang kemudahan asas namun rupanya Saratok sangat maju dari sudut ekonomi, percambahan penduduk, sekolah yang banyak dan yang paling penting bandar yang bersih dan sungguh menenangkan . Kami difahamkan penduduk di kawasan bandar Saratok, majoriti orang Islam. Sukar bagi kita mengalami apatah lagi di Sarawak, kawasan bandarnya di penuhi orang Islam. Terasa roh Islam berada di seluruh lembah pasar Saratok. Yang paling menarik terdapatnya satu cawangan “ SUGAR BUN” di Saratok. Kami juga difahamkan beberapa tahun lagi pembangunan di Saratok akan bertambah pesat. “MARI KAWAN-KAWAN KITA KE SARATOK”

Kehadiran kami disambut oleh Cikgu Ramlee Bin Borhan, PKHEM SK Klua dan kami diberi sedikit taklimat mengenai Saratok. Walaupun taklimat sekejap saja namun isinya cukup padat dan membuat kami semua terpegun.


Di rumah Penghulu Kampung

Kami meneruskan perjalanan ke rumah Penghulu Kampung, Tuan Hj Daud Bin Ulay . Tok Penghulu mempunyai bakat yang sungguh luarbiasa. Seorang yang mahir dalam ukiran kayu, membuat alat muzik, membuat keris, parang malah mahir dalam bermain alat muzik seperti kompang, rebana, viola dll.. Kami turut dihiburkan oleh Tok Penghulu dengan alat muzik dimiliknya.

ini bukan tok penghulu, tetapi kami diberi kesempatan untuk bermain alat muzik
agaknya disinilah pereka kasut/selipar tempatan mendapat ilham.gambar diatas merupakan selipar yang digunakan masyarakat kita dizaman dahulu. Diperbuat daripada kayu dan tali

baru sedikit yang ditunjukkan, barangan hasil tangan tok penghulu. sila lihat almari kaca itu..baru sebahagian

tok penghulu menunjukkan pada kami cara membuat sarung parang

Di rumah Amirah Kampus UNIMAS, Khadijah Adgot

Pada jam 6.00pm kami berangkat pergi ke rumah saudari khadijah . Kami menunaikan solat jamak maghrib dan isyak berjemaah. Tuan rumah meminta kami membuat sedikit majlis bacaan doa selamat sempena menyambut hari lahir salah seorang ahli keluarga saudari khadijah. Selepas selesai majlis doa selamat, kami dihidangkan dengan jamuan yang sungguh luarbiasa( banyak lauk dan nyaman) dari tuan rumah. Malah setiap seorang dari kami pulang membawa ole-ole .

Kami berangkat pulang ke Betong pada jam 8.00pm. Perjalanan pulang kami mengambil masa hampir 2 jam. Dr Sahril sempat menghubungi kami supaya berhati-hati dijalanraya kerana pada hari tersebut sudah berlaku 2 kemalangan di tempat yang sama. Kemalangan terakhir melibatkan 2 kematian (seorang ibu dan sorang anak) .Kami tiba di hospital Betong hampir 10.00 malam.

beramah mesra dengan tuan rumah

sempat bergambar lagi
kami menjamu selera." NYAMAN AIH"

Perjumpaan dengan DR SHAHRIL DAN DR AISYAH MUNIRAH
Mantan Pimpinan PERKEPIS
10.30 malam



Perjumpaan tersebut bermula dengan sesi berkenalan antara satu sama lain. Diteruskan dengan sedikit perkembangan PERKEPIS. Perkongsian pengalaman Dr Shahril sepanjang mengikuti PERKEPIS yang pada mulanya PERKEPIS dikenali sebagai BENIGN . Dr Sahril banyak memberi nasihat dan dorongan pada kami.

AHAD , 25 JANUARI 2009
BERANGKAT PULANG KE KUCHING

Kami bertolak balik pada jam 6.30am. Kami sempat singgah di Kem PLKN Betong untuk bersalaman dengan adik-adik dan memberi sedikit nasihat sebelum kami berangkat pulang.


Catatan,
Warga KEMBARA
JALAN-JALAN CARI KAWAN







Monday, January 26, 2009

JALAN-JALAN CARI KAWAN...


"...Alhamdulillah, program Jalan-jalan Cari Kawan kelolaan HEWI PERKEPIS pada 23-24 Januari 2009 berjalan lancar dalam serba kekurangan dari pihak tuan rumah. Terima kasih buat sahabat seperjuangan yang mengisi ruang kosong di Hospital Betong untuk mendekati masyarakat dan menyuburkan da'wah...."


"...Program yang pada asalnya cuma ziarah biasa cadangan Hamas akhirnya terisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Bermula dari ziarah adik-adik PERKEPIS di Kem PLKN Bukit Saban, seterusnya ziarah serta pemberian cenderahati kepada pesakit-pesakit di wad pesakit dalam Hospital Betong, ziarah ke kampung Chu di Saratok dan berakhir dengan "pillow talk" iaitu bicara perkongsian pengalaman bersama Dr. Mohd. Shahril Yong Abdullah..."

KEMBARA KUANTAN HEWI 2009 DILAPORKAN...


"....Alhamdulillah. Setinggi2 puja dan puji kupanjatkan pada ya Allah.KEMBARA KUA NTAN HEWI 2009 (KKH09) akhirnya melabuhkan tirai. Setelah sebulan lebih saya dan sahabat2 di Kuantan juga di Lembah Klang bertungkus-lumus, akhirnya inilah kembara kami. Kembara yang bermula jam 10.30 malam 23 Januari lepas membawa delegasi HEWI yang belajar sekitar Selangor seramai 19 orang. Tiba di Kuantan jam 2.30 pagi 24 Januari, kami ditemukan dengan HEWI dari UIAM Kampus Kuantan seramai 8 orang yang menjadi tuan rumah KKH09 kali ini. Penat perjalanan dari Selangor ke Pahang bertukar dengan rasa rindu antara satu sama lain. Inilah Hikmah Kembara (-: ...."


"....Aktiviti yang paling ditunggu2 adalah kembara ke Teluk Cempedak (TC). Petang itu agak berangin dan air laut juga sedang pasang. TC, pantainya agak panjang, pasirnya agak kasar sedikit. Ada juga pemandangan keluarga bahagia dan ada juga yang tidak sedap dipandang.Kami mencari kawasan yang sesuai. Mulanya kami berjalan agak jauh dari tumpuan orang ramai. Baru beberapa minit aktiviti pembahagian kumpulan dijalankan, kami diganggu oleh makhluk ini!! ..."



"...Suk ati rasa...bila bertemu dengan rakan-rakan seramai 19 orang daripada pelbagai kampus di Kuala Lumpur dan Selangor. Ya Allah...lega...tak mampu untuk dibayangkan dengan kata2...syukur...kerana mereka selamat sampai ke Kuantan kira-kira pada pukul 2.30 PAGI!!!Mungkin kerana keletihan, diriku tidak menahan mata yang mengantuk...tidak dapat tidak, diriku melelapkan mata sekitar 12 tengah malam. Ingatkan nak tunggu sehingga mereka sampai. Nampaknya, keletihan lebih menguasai diri...huhu...pada ketika itu, diri terbangun semula pada pukul 2++ kerana mendengar suara Kak Ayat dan Kak Zaiti yang bersedia untuk menjemput sahabat-sahabatku di Terminal..."


"...Petang itu, keseronokan kembali memuncak apabila kami hendak bertolak ke Teluk Cempedak...Lebih kurang 5-6 kereta yang menghantar para peserta ke tempat letak bas. Kerana dengan baslah (bas yang digunakan untuk pergi dan balik Kuala Lumpur-Kuantan) kami akan bergerak ke TC. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Walaupun letih, namun angin pantai sungguh menyegarkan. Petang itu, telematch diadakan. Ramai...mungkin sebab cuti. Maka pada mulanya kami mencari kawasan yang lebih tenang daripada orang ramai. Untuk ke situ,kami perlu melalui satu jarak jambatan kayu...Sampai melihat alam sekeliling dan masyarakat yang ada di situ...Sampai sahaja di lokasi yang dihajati...Ju mula mengatur segala keperluan..."