Wednesday, December 31, 2008

KEMBARA KUANTAN HEWI 2009


KEMBARA KUANTAN HEWI 2009 merupakan langkah pertama buat HEWI PERKEPISMA untuk melakukan aktiviti bersama. Kembara pertama bermula di Kuantan, Pahang kerana terdapat ahli PERKEPISMA dalam jumlah yang agak ramai. Disamping itu, program ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli yang berada di negeri lain datang berziarah dan melihat keadaan kehidupan di Kuantan. Ini sesuai dengan tema program kali ini iaitu, “Eratkan Ukhuwwah, Tingkatkan Dakwah”


Program ini bakal dijalankan pada hujung minggu memandangkan terdapat perbezaan masa cuti antara kampus. Tempat yang digunakan adalah sekitar Kampus UIA Kuantan dan sekitar Kuantan.Aktiviti yang bakal dijalankan adalah berunsur perbincangan dalam kumpulan, ceramah, tayangan video dan aktiviti luar. Input yang diberikan adalah sekitar perkara asas dan aplikasi dalam kehidupan seharian.


Program bersama seperti KEMBARA KUANTAN HEWI 2009 ini penting dalam membina kekuatan dalam diri kerana dengan adanya ziarah seperti ini, mampu untuk mengingatkan kita kepada tujuan asal kita melanjutkan pelajaran di bumi Semenanjung Malaysia ini. Selain itu, program seperti ini bakal menjadi peransang kerana kita sedar bahawa kita tidak keseorangan dalam meneruskan perjuangan ini.

ERATKAN UHKWAH, TINGKATKAN DAKWAH!!

Tuesday, November 25, 2008

RABI'AH AL ADAWIYAH

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Pada Induksi program SHOAW lepas, sahabat memperkenalkan kepadaku teknik membahagikan kumpulan dengan menggunakan pribahasa. Kaedahnya? rahsia.. heheh. Daftarlah menjadu fasilitator PERKEPIS. Salah satu pribahasa yang diutarakan adalah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Entah mengapa pribahasa itu mengingatkan daku kepada rintihan seorang ahli sufi wanita, Rabi'ah Al Adawiyah. Rintihnya,
Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan, yang disujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar Engkau mengurniakan kami jiwa yang merdeka sepertimana Engkau merdekakan jiwa Rabi'ah Al Adawiyah daripada penjara dunia.

Thursday, November 20, 2008

JIHAD DI RUMAH

"Jihad di rumah, kak?"

Pelik Ana pabila mendengarkan jawapan Kak Ju. Bermain2 persoalan dimindanya...sambil berjalan ke kamarnya, dia cuba menterjemahkan cadangan Kak Ju itu.

Monolog Ana:
"Bagaimana nak berjihad di rumah? Padahal aku terkurung sahaja. Tiada langsung bergaul dengan masyarakat luar. Alangkah seronoknya jika berada di kampusku. Bersama2 dengan sahabatku yang cintakan perjuangan. Bersama2 ke usrah, ke majlis2 ilmu, malah semuanya rajin menelaah buku. Kalau tidak kerana punya sahabat seperti mereka, tak de nyer aku suka pada buku sekarang ni Hai..kalau cuti je jadi macam ni."

Ana musykil mengapa Kak Ju memberikan jawapan sebegitu. Padahal di rumah melambak2 kerja2 rumah yang perlu disiapkan. Pinggan mangkuk dan pakaian2 kotor bertimbun2....nak sapu takkan habis punyer. Rumah punyalah besar...Macam mane dengan usrah dan aktiviti2 lain.?? Haduuu...ketinggalanlah dia..


Lanjutan di raufasufrina87.blogspot.com

Wednesday, November 12, 2008

Apa Khabar Hari-hari Dakwahmu, Saudariku?


Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Mungkin hari-hari yang kau lalui penuh dengan ujian dan rintangan. Mungkin kau terpaksa mengorbankan waktu istirehatmu untuk merencanakan kerja2 dakwah. Atau kau terpaksa mengorbankan waktu kuliahmu kerana tidak ada yang bersedia mengalah untuk mengorbankan waktu kuliahnya ketika koordinasi dakwah harus dilakukan segera. Dengan penuh keikhlasan, kau pun bersedia mengikuti jadual rakan-rakanmu yang lain meski harus mengorbankan kepentingan dirimu. Betapa kau percaya bahwa Allah akan sentiasa memberikan pertolongan kepada mereka yang menolong DeenNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Apakah pertanyaan-pertanyaan penuh nada curiga dari keluargamu masih kerap menemani setiap langkahmu? Betapa pun dalam setiap sujud panjangmu kau tak pernah lalai memohon hidayah untuk keluargamu, terkadang dengan deraian air mata. Tapi kau selalu tersenyum, ceria, dan penuh semangat di kalangan saudarimu yang lain. Seolah tak pernah ada duka menghampiri kehidupanmu. Kau terlihat begitu tegar, bahkan kau kerap menghadiahkan taushiyah yang mampu menguatkan saudarimu yang lain.
Bersama kesulitan selalu ada kemudahan, janji Allah itu membuat engkau begitu kuat dan tegar.


Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Kulihat kau begitu bersahaja, sederhana, dan anggun dengan tudung dan pakaian sederhana yang tak banyak kau miliki. Kau tak pernah iri melihat saudarimu mengenakan pakaian beraneka fesyen, bahkan selalu berganti setiap hari. Selalu rasa syukur yang tergambar dari teduh wajahmu, kau tidak ingin menggunakan pakaian hanya untuk kelihatan moden. Sutera hijau nan indah menjadi impianmu kelak di syurgaNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Hari-harimu dilewati penuh dengan perencanaan. Tilawah Al-Qur'an nan syahdu selalu kau sempatkan sekalipun di kampus. Dzikirullah tak pernah terlepas dalam setiap harimu. Sering terdengar alunan ayat-ayat Al-Qur'an dari bibirmu ketika kau menghafaz surat cinta dari Illahi. Ketika banyak saudarimu lebih semangat menyenandungkan bait-bait nasyid yang begitu banyak mereka hafal, kau tak pernah tergoda. Subhanallah, kudengar sudah beberapa surah tersimpan di memorimu.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Sudahkah engkau menyempatkan diri membaca lara yang menimpa saudaramu di belahan bumi lain? Di Afghanistan, Palestina, Kashmir, Maluku, dan lain-lainnya. Sudahkah kau membaca akhbar dan majalah hari ini? Ataukah kau masih suka membaca buku cerita dan novel cinta yang menjadi santapanmu ketika jahiliyah dulu? Pernahkah kau baca Tafsir Al-Qur'an di rumah ketika tilawah, menekuni buku Fiqh Dakwah, Petunjuk Sepanjang Jalan, dan buku-buku Islam lainnya. Ataukah kau masih menunggu arahan murabbi untuk membukanya?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Begitu banyak kewajiban dakwah yang belum tersentuh tanganmu, saudariku. Bagaimana khabar dakwah di kampusmu, di keluargamu, di lingkungan rumahmu, di tempat kerjamu? Sudahkah kau memberikan sumbangan bererti untuk membangun peradaban madani ataukah kau lebih suka menjadi penonton? Pasif, diam, tidak percaya diri, takut menghadapi dunia luar, dan sibuk dengan diri sendiri? Saatnya bangkit dan berjuang saudariku. Mari bersama berjuang membangun generasi pewaris. Jangan tunggu lagi!
Artikel dipetik dari kotasantri.com (versi indonesia

Monday, November 3, 2008

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

Psikologi Manusia

Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.


b) Shame-based Anger
- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.

c) Deliberate Anger
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa
tersinggung & sedih.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak
dapat menahan kemarahan.
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.

Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.

Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT:

    •      


“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” [Surah al-Syura ayat 37]

Marahnya Rasulullah Shollallahu allaihi wassalam

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudain orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Bangga dengan Marah

Kedapatan manusia bangga dengan sifat marah yang dimilikinya, katanya ia membuat orang hormat akan dirinya. Maka, katanya mudah untuk mengurus suasana. Ketika masyarakat bertemu dengannya, hormat yang disangka rupanya pura-pura. Kepada ketua, anak buah kelihatan bermuka-muka, didepan ketua puji dan puja, tetapi di belakang mereka mencela.

Persoalan kepada semua, apakah dengan kemarahan menyelesai segala perkara. Mewujudkan ukhuwwah ikhlas sepanjang masa? Melakar baik sangka kenapa sukar dicipta? Tidakkan tuan merasa gembira, melihat semua ikhlas menerima kehadiran tuan disisi semua.

Terimbau kepada satu cerita mengenai kesabaran, suatu hari Imam Ibnu Abbas r.a sedang menunggang kuda. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya dan mengatakan berita dukacita kepadanya. Orang itu berkata: “Ayahmu telah meninggal dunia ya Ibnu Abbas. Mendengar berita tersebut Ibnu Abbas r.a hanya mengucapkan: “Inna Lillahi wa inna ilahi raji’un. La haula walaa quwata illa billah.” Kemudian Ibnu Abbas r.a turun dari kudanya dan solat akan dia dua rakaat. Setelah selesai mengerjakan solat, orang itu bertanya kepada Ibnu Abbas: “Mengapa kamu sambut dengan solat setelah aku memberi tahumu akan kemangkatan ayahndamu wahai Ibnu Abbas?”

Ibnu Abbas r.a menjawab: “Apakah kamu tidak pernah mendengar firman ALLAH SWT yang memerintahkan:

       •    

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.”
[al-Baqarah:153]

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Wallahu A’lam.
Al-Haqir illa ALLAH al-Ghaniy: almukminun
27 Jamadilakhir 1429H / 01-07-2008
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


Sumber: http://almukminun.blogspot.com/

Monday, October 20, 2008

MEMAKNAKAN KEMERDEKAAN : SUDAH SELESAIKAH TUGAS KITA?

Tuesday, September 02, 2008
oleh: Shamsiah Mahli
Pengerusi HELWA ABIM Sarawak

Tahun 2008 merupakan tahun kedua aku menyambut malam kemerdekaan di Bumi Kenyalang. Sejak enam tahun yang lalu, melalui detik 31 Ogos hanyalah di kolej mahupun di sekretariat PKPIM. Tidak pula aku meninjau suasana sambutan malam kemerdekaan kerana padaku ketika itu hanyalah sia-sia belaka.

Dua hari sebelum itu, aku menerima mesej pesanan ringkas daripada Baya, mengajak untuk membuat kajian tinjauan sempena sambutan malam kemerdekaan di sekitar bandar Kuching. Satu idea yang baik dan mungkin aku beroleh sesuatu pada malam itu nanti!

Sekitar jam 9.15 malam, aku tiba di sekretariat PERKEPIS. Kedatangan aku agak lewat kerana selepas asar mahu meneman ibu ke pusara ayah. Mujurlah mereka baru sahaja memulakan perbincangan dan ’mind setting’ untuk kajian tinjaun malam merdeka. Aku sempat memberikan sedikit pandangan dan pendapat untuk kajian tinjauan malam itu agar mind setting mereka terarah. Menjadi kerisauan pada aku dan beberapa sahabat yang lain adalah mengenai tindakan kita selepas sahaja kajian tinjuan ini dijalankan. Pastinya aku tidak mahu ianya hanya tinggal kajian. Namun ianya sedikit pun tidak dapat membuka mata kita untuk bertindak! Walaubagaimanapun, aku optimis dengan mereka. Jika diberi peluang, pasti ada hasilnya. Cuma perlu dibimbing dan dipantau.

Dalam melaksanakan kajian tinjauan ini, apakah objektif yang ingin kita capai? Apakah yang ingin kita perhatikan dan apakah objek kajian kita? Persoalan-persoalan ini perlu dijawab kerana ia membantu dalam ’mind setting’ aktivis yang bakal turun ke lapangan.

Sebetulnya, ia hanya bersifat kajian tinjaun. Tidak pula melibatkan angkubah bersandar dan tidak bersandar. Mungkin pada tahun depan, bentuk kajian ini perlu menumpukan kepada angkubah yang relevan. Kajian tinjauan hanya bersifat deskriptif. Tidak perlu membuat sebarang perkaitan, sebab dan akibat. Objektif kajian tinjauan ini hanyalah sekadar membuat pemerhatian tentang suasana serta keadaan semasa menjelangnya tarikh 31 Ogos di tempat-tempat yang mana dirasakan menjadi tumpuan orang ramai pada ketika itu. Water Front, Panggung Udara, Bangunan MASJA, Padang Merdeka, Water Front Kampung Gersik misalnya adalah tempat-tempat yang menjadi tumpuan sambutan ambang merdeka.

Apa yang ingin kita perhatikan? Dan siapa pula objek kajian kita? Dua persoalan ini saling berkaitan di antara satu sama lain. Apa yang ingin kita perhatikan adalah bagaimana caranya sambutan kemerdekaan itu disambut oleh remaja yang menjadi objek kajian, bagaimanakah cara mereka berpakaian serta tingkah laku mereka. Tidaklah sukar bagi kita membuat tinjaun bukan?

Aku sempat berseloroh dengan adik-adik sisters. Pakaian kita malam ini agak brutal sikit dan tidaklah pula berpakaian seperti pengkaji! Tidak perlu untuk membawa pen dan ’note pad’ untuk dicatat apa yang diperhatikan. Ingat dalam minda. Tidak perlu berlagak seperti pengkaji atau pegawai pencegah maksiat. Jadi orang biasa. Namun punyai misi sendiri. Jadi ’neutral’ dan ’be yourself’. Mungkin ada yang kurang setuju dengan pendapat sebegini. Bagiku, setiap pemerhatian yang dilakukan, sikap ’bias’ adalah sikap yang perlu dijauhi supaya hasil kajian tidak bersandarkan emosi dan pengalaman yang lalu.

Ingin aku sisipkan sekali pandangan orang lama seperti auntie am (anyway thanks mak and auntie am. They join me too!) Mungkin pandangan yang diutarakan ini bagi aku terlepas pandang untuk dimasukkan dalam kajian tinjauan ini. Ia berkaitan dengan pilihan tempat kajian. Seharusnya pemilihan tempat kajian adalah bersandarkan kepada program sambutan rasmi malam kemerdekaan dan program tidak rasmi. Maksudnya begini. Kita dapat membezakan suasana,keadaan,kondisi antara dua tempat tersebut. Barangkali hasil pemerhatian juga berbeza bukan? Sebagai contoh, tempat kajian aku kali ini adalah di Water Front. Kebetulan ada pada ketika itu hanyalah pameran SME (Small & Medium Enterprise). Segenap peniaga-peniaga kecil dan sederhana besar mempamerkan barang jualan mereka. Nampaknya perniagaan gelang tangan kristal sudah mula ramai peniaga kecil yang mengusahakannya. Walaupun lebih ramai yang melihat daripada membeli, itu lumrah sebagai peniaga. Pasang surut, untung rugi adalah cabaran yang perlu dihadapi kalau ingin terus berjaya dalam bidang yang memberikan 9/10 keuntungan. Pada aku, usaha seperti ini merupakan usaha yang positif dalam mengisi malam kemerdekaan. Inilah peluang kepada peniaga-peniga kecil mempromosikan barangan mereka kepada orang awam. Walaupun untung tidaklah seperti yang dijangka barangkali, namun yang penting membina ‘hubungan’ dengan pembeli dan pelancong.

Sambutan rasmi Ambang Merdeka di Bandar Kuching adalah di Panggung Udara, berdekatan dengan Mizium Negeri Sarawak. Aku tidak berapa pasti aktiviti pada malam tersebut. Bro afiq dan beberapa rakan lain telah ditugaskan untuk membuat kajian tinjaun di sana.


Pada malam di ambang kemerdekaan, pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan serentak seluruh negara. Menanti tepat jam 12.00 tengah malam, percikan bunga api pelbagai warna dan corak menjadi acara kemuncak sambutan malam kemerdekaan. Dentuman bunga api merancakkan lagi nada suara melafazkan ’merdeka’, diiringi suara-suara meneriak menyambut suara pertama merdeka. Mengenggam tangan menjadi penumbuk, diarahkan ke atas langit, mengibar bendera jalur gemilang, berlari-lari anak di jalanan sambil membawa bendera ’negeriku tanah tumpahku’ adalah di antara aksi yang dapat ditonton pada segenap mata memandang. Bangganya menjadi anak Malaysia! Bangganya menjadi anak Sarawak!

Sesekali mata memandang gelagat sekumpulan remaja lelaki, di tengah jalan, dilututnya diikat bendera negeri. Lagaknya seperti kaki pukul, padahal badannya hanya seperti sebatang lidi. Di manakah agaknya makna merdeka bagi mereka? Di manakah letaknya kehormatan dan maruah bendera negeri? Adakah letaknya di lutut kaki?

Haruman arak kelas ketiga tidak pernah hilang dihidung. Pelik tapi benar. Arak diletakkan dalam botol mineral 1.5 liter. Entah berapa banyak mulut mencium mulut botol. Ditambah lagi dengan hiasan asap rokok, berkepol-kepol keluar tidak pernah padam sumbunya walaupun hujan mulai turun. Begitulah pengisian di ambang merdeka. Tahun ini dan tahun sebelumnya barang kali sama atau pada malam hujung minggu pun lakonan yang sama diulang!

Selesai sahaja dentuman dan percikan bunga api, orang ramai mula beredar dari tempat sambutan malam kemerdekaan. Mungkin untuk pulang ke rumah masing-masing atau singgah minum di kedai makan 24 jam non stop untuk mengisi perut yang lapar akibat menunggu saat-saat bunga api memercikkan kilauannya. Berbagai-bagai gaya dan rupa rakyat Malaysia atau barangkali orang luar yang ditemui. Tua, muda, kanak-kanak, bayi, lelaki, perempuan dan dari pelbagai bangsa dan etnik. Jalan-jalan tidak pernah putus dengan ratusan kereta bermula awal malam dan barangkali sehingga awal pagi besok agaknya.

Dalam perjalanan pulang, aku, mak dan auntie am sempat berbincang sesama kami. Apakah sambutan rasmi malam kemerdekaan hanya untuk golongan ekslusif dan VIP semata-mata? Jalan menuju ke Panggung Udara ditutup untuk kenderaan awam. Hanya kereta yang mempunyai pelekat VIP sahaja dibenarkan masuk ke sana. Nikmat melihat percikan bunga api hanya dapat disaksikan sepenuhnya oleh golongan tertentu sahaja. Rakyat biasa, cukuplah melihat ekornya sahaja.

Beberapa malam sebelum sambutan kemerdekaan, sambutan Majlis Kesyukuran sempena Kemerdekaan telah di adakan di salah sebuah masjid terkemuka di Bandar Kuching. Jemputan dan jemaah dijangka hadir lebih kurang 2000 orang. Namun yang datang hanyalah 200 orang sahaja! Peliknya, kawasan perumahan yang berdekatan tidak pula dimaklumkan akan adanya majlis tersebut termasuk aku sendiri! Untung besarlah ‘catering’ yang menyediakan juadah pada malam itu. Bukan sahaja penuh poket berisi, perut juga dapat diisi lagi!

Begitulah sempatku kongsikan pengalaman semasa menjalankan kajian tinjaun di ambang merdeka. Macam-macam caranya remaja sambut kemerdekaan. Masing-masing punya cara sendiri. Namun terisikah makna kemerdekaan?

Seperti yang aku sebutkan pada awal catatan ini, setelah kita membuat pemerhatian, mengumpul maklumat dan membuat analisis, apa tindakan kita selepas ini? Apakah penyelesaian atau apakah alternatif yang boleh kita cadangkan dalam mengisi makna kemerdekaan kepada generasi muda. Aku akui, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri malah NGO sebagai kuasa ketiga banyak menyediakan program-program untuk mengisi makna kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Itu belum lagi dikupas mengenai keberkesanan program tersebut.

Aku lebih suka untuk menuding jari pada diriku dan gerakan dakwah yang aku sertai sekarang. Soalannya mudah. Apakah aktiviti dan program yang aku dan rakan-rakan dakwah telah laksanakan dalam mengisi makna kemerdekaan bagi generasi muda selain menjadi panel dan penceramah jemputan sempena sambutan kemerdekaan? Jawapan jujurku ialah tiada. Kadang-kadang aku berfikir mengapa aku dan rakan-rakan dakwah yang lain tidak aktif untuk berpatisipasi dalam kawad kemerdekaan yang di adakan setiap tahun? Bukankah ini salah satu cara untuk memperkenalkan gerakan dakwah diperingkat masyakat? Walaupun ianya bukanlah satu keutamaan dan bukanlah satu-satunya cara dan metod untuk memperkenalkan diri dengan masyarakat. Sekurang-kurangnya jaringan dakwah kita bertambah! Kita ramai kenalan dikalangan muslim dan bukan muslim.

Satu lagi perkara yang aku rasa aku dan rakan-rakan dakwah yang lain perlu lakukan. Kalau sudah terlepas untuk sambutan kemerdekaan pada tahun ini, sambutan tahun baru masih ada. Kenapa kita tidak laksanakan “Kembara Hijrah 2009” bertemakan “Mengangkat Martabat Generasi Muda Sarawak”? Kembara di malam tahun baru dengan berjalan kaki dari Masjid Bahagian Negeri Sarawak ke Masjid Jamek Petra Jaya? Kita pastikan kita menjejakkan kaki ke Masjid Jamek tepat jam 12.00 tengah malam. Pada malam itulah, kita berikan pengisian tentang kemerdekaan yang sebenar. Isi minda dan akal mereka dengan sesuatu yang bermanfaat dan bukan hanya pandai bersorak sahaja. Inilah salah satu program yang dilaksanakan di Singapura.(Kalau tak silap akulah) Kenapa kita tak lakukan?

Ya, memanglah dikalangan kita hanya menyambut tahun baru Hijrah 1430H. Boleh, apa salahnya. Namun, kita ikut manhaj Sarawakiy. Lihat sasaran dakwah kita. Bukan sahaja hati mereka yang dapat kita sentuh, tetapi kita juga berjaya menjadikan Masjid sebagai pusat komuniti.

Bagaimana dengan kita. Bersediakah sahut cabaran? Sudah selesaikah tugas kita mengisi makna kemerdekaan pada generasi muda?

“Aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan kebaikan selama mana aku masih mampu. Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepadaNYA aku kembali”
(Surah Hud : 88)

Sumber: http://shamsiahauntieam.blogspot.com/2008/09/memaknakan-kemerdekaan-sudah-selesaikah.html

Bahasa Akal Bahasa Hati

“Harry, open the door!”

“Harry, can you please open the door!”

Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.

Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah “The Magic Word“.


“The Magic Word” bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah “The Magic Word” yang dimaksudkan.

AKAL DAN HATI

Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi.

Akal dan logik menghasilkan tahu.

Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Ali, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.

Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!”

Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?

Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.

Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?

LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz “Ya Bunayya“, yang boleh dimaksudkan sebagai “wahai anakku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

BAHASA TERHAKIS

Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa “The Magic Word” yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.

Lihat sahaja pada mesej-mesej di shoutbox dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?

Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai muqaddimah kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.

Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?

Sudikah kalian memikirkannya? Terima kasih.

Sumber: http://saifulislam.com/?p=789

Islam Tersebar Dengan Kasih Sayang

Segala lafaz puji bagi Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan agung yang dikasihi dan dirindui, Rasulullah Muhammad s.a.w., ahli keluarganya serta sahabatnya seluruhnya. Syukur kepada Allah, dengan keizinan-Nya, maka pada hari ini kita dapat menyaksikan begitu banyak pertubuhan-pertubuhan Islam yang memainkan peranannya dalam konteks dakwah, pendidikan dan proses Islamisasi itu sendiri. Malah, ramai juga di kalangan generasi muda yang terlibat secara aktif dengan gerakan-gerakan dakwah tersebut, mengorbankan masa, tenaga dan wang mereka demi menegakkan agama. Namun, kadang-kala adalah agak menyedihkan juga apabila ada di kalangan generasi muda yang melibatkan diri dalam gerakan dakwah meminggirkan budaya ilmu lantas menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah mereka itu dengan cara yang kurang tepat.


Kita perhatikan bagaimana contoh satu kes – tanpa perlu menyebut nama sesiapa atau mana-mana pihak – yang berlaku terhadap beberapa orang pelajar Islam perempuan tingkatan 4. Mereka telah menghadiri sebuah program anjuran sebuah pertubuhan Islam, di mana pada satu ketika tudung seorang perempuan yang menggunakan tudung tiga segi (tetapi cukup labuh) terbuka di tengahnya (mungkin terlupa diletakkan pin atau pin sudah tercabut). Lantas seorang kakak fasilitator telah mengetip tudung peserta perempuan itu tadi dengan ‘stapler’ dan kemudian telah memarahinya. Hal itu telah menyebabkan para peserta tersebut berasa sangat tersinggung dan sangat tidak senang dengan para fasilitator mereka. Nah, kalau begitu sikap seorang ‘fasilitator Islam’ atau ‘pendakwah’ terhadap mereka yang bertudung, entah bagaimana mereka mendekati dan merapati wanita-wanita yang tidak bertudung?


Pastinya ramai yang berasa sedih dengan sikap mereka yang cuba ‘berdakwah’ dengan pendekatan seperti yang diceritakan di atas. Itulah antara yang berlaku apabila dakwah cuba dilakukan dengan mengikut emosi dan pandangan akal sendiri semata-mata; itulah yang berlaku apabila ‘budaya ilmu’ diketepikan dan dipinggirkan dalam menggerakkan usaha dakwah. Sikap dan pendekatan yang ‘keras’ dan ‘rigid’ dalam berdakwah hanya lebih banyak mewujudkan jurang perbezaan, rasa tidak senang dan malah mungkin rasa benci dalam diri orang yang cuba didekati. Malah, tidak mustahil juga akan mewujudkan persepsi yang negatif dan silap tentang Islam itu sendiri. Harus difahami, Islam tersebar atas kasih sayang dan hikmah, bukan melalui kekerasan dan paksaan.


Sikap ‘keras’ dan ‘rigid’ yang digunapakai oleh para pendakwah muda khususnya pada hari ini terhasil daripada faktor lemahnya budaya ilmu serta kehilangan adab dalam berdakwah. Kedua-dua hal itu pun, sebenarnya, saling berkaitan antara satu sama lain. Justeru, seorang pendakwah yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya, pasti akan bersedia membuka hatinya dan akalnya untuk melakukan penilaian terhadap apa sahaja yang mereka lakukan.


Faktor kekurangan ilmu yang menjurus kepada sikap ‘keras’ dan ‘rigid’ dapat dilihat apabila kita memerhatikan sekian banyak hujah dan dalil yang menerangkan kepada kita betapa kaedah berdakwah itu sebenarnya adalah penuh dengan hikmah, kasih sayang, serta lemah lembut. Kaedah dan pendekatan sebegitu sememangnya akan mengambil masa yang panjang dan lama, tetapi ia efektif dan kekal lama. Namun, apabila budaya ilmu tidak dijadikan paksi dalam menentukan sikap, maka apa yang berlaku adalah seorang pendakwah itu akan cenderung untuk bersikap secara ‘ikut-ikutan’ atau mengikut apa sahaja yang pada pandangan akal mereka yang terbatas itu sebagai betul dan tepat.


Dalam soal kasih sayang, guru kami Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki telah meriwayatkan kepada kami Hadith Musalsal bi al-Awwaliyyah yang diterimanya daripada gurunya yang tersohor, al-Muhaddith Syeikh Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, yang maksudnya: “Orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Allah Yang Maha Penyayang, kasihilah penduduk bumi, kamu akan dikasihi oleh penduduk langit.”


Nah, bukankah hadith tersebut menggambarkan kepada kita betapa besarnya nilai kasih sayang? Umat Islam itu bersatu dalam kasih sayang, dan sudah tentu lebih hebat lagi apabila kasih sayang itu diikat erat oleh cinta hakiki kepada Allah! Perasaan kasih sayang sudah tentu akan membawa kepada pendekatan secara berhikmah dan lemah lembut dalam usaha untuk mencorak dan membetulkan kefahaman dan akhlak yang salah. Harus diingat bahawa tugas pendakwah adalah untuk menyeru manusia kepada kebenaran, untuk menyampaikan kefahaman. Kefahaman dan kesedaran itu pula, sudah tentu, perlu disampaikan secara baik dan lemah lembut. Mana mungkin kefahaman itu dipaksakan! Ramai pendakwah yang mungkin terkeliru apabila melalui cara paksaan mereka mampu melihat perubahan. Namun, sedarlah bahawa perubahan itu hanyalah perubahan luaran dan tidak semestinya menandakan kefahaman telah tercapai. Atas sebab yang sama, kita perhatikan, bagaimana terdapat ramai para pelajar Islam perempuan yang dilatih dan dikenakan peraturan (dipaksa) untuk memakai tudung daripada Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 – itu tempoh 11 tahun! – tetapi akhirnya apabila tamat zaman persekolah masing-masing mula tidak memakai tudung. Sebabnya kerana pemakaian tudung itu dipaksakan, bukan difahamkan.


Perhatikan bagaimana contoh agung kita, Rasulullah Muhammad s.a.w. mempamerkan kasih sayang dan kelembutan baginda dalam melaksanakan usaha dakwah. Kita maklumi, bagaimana dalam perantauan Rasulullah s.a.w. ke Thaif, baginda tidak diterima. Malah, baginda diejek-ejek, dilontar dengan batu sehinga berdarah-darah tubuhnya. Ketika itulah malaikat segala gunung datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah mendengar perihal kaum bangsamu dan tindak balas mereka terhadap seruan kau. Aku ini malaikat segala gunung diutuskan oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa sahaja aku ini, untuk apa yang engkau mahu. Kalau mahu aku boleh hempap ke atas mereka bukit Al-Akhsyabin.” Lalu dijawab oleh baginda Rasulullah s.a.w.: “Tapi apa yang aku mahu biar Tuhan melahirkan dari sulbi mereka suatu golongan yang menyembahNya tanpa mensyirikkanNya. Itu sahaja yang ku mahu.” Bayangkanlah betapa Rasulullah s.a.w. berlembut dengan orang yang terang-terang menghina dakwahnya, malah menyakiti fizikalnya! Bukankah sikap itu harus kita contohi?


Selain daripada itu, firman Allah S.W.T. yang lebih kurang maksudnya:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu...” (Surah Ali ‘Imran, ayat 159)


Ayat di atas, antara lain, merupakan satu penegasan daripada Allah S.W.T., sebagai pujian kepada baginda Rasulullah s.a.w., bahawa sikap baginda yang lemah-lembut, adalah kerana Allah telah memasukkan ke dalam diri baginda Rasulullah s.a.w. dengan rahmat-Nya. Rasa rahmat, belas kasihan, serta kasih sayang itu telah ditanamkan oleh Allah ke dalam diri baginda, sehingga rahmat itu telah mempengaruhi sikap baginda dalam memimpin. Sifat Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dalam menguruskan makhluk-Nya, sudah tentu adalah merupakan sifat yang perlu kita sebagai hamba-Nya mencontohinya.


Dalam ayat tersebut juga dengan jelas menceritakan bahawa sikap yang ‘kasar’ dan ‘rigid’ itu hanya akan membuatkan orang semakin jauh daripada seorang pemimpin atau pendakwah itu. Apabila seseorang itu telah menjauhkan diri daripada seorang pendakwah, maka bagaimana pendakwah itu hendak menjalankan tugasnya dalam menyampaikan kefahaman yang benar tentang agama ini? Atas sebab itu Prof. Dr. HAMKA menyatakan bahawa andaikata para sasaran dakwah (madh’u) itu menjauhkan diri daripada pendakwah, maka bukanlah madh’u itu yang patut disalahkan sebaliknya pendakwah itulah yang seharusnya melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri.


Begitu juga halnya bahawa dalam berdakwah ini pendakwah haruslah mengambil sikap menggunakan pendekatan ‘mendidik’, bukannya ‘mengajar’ atau ‘menghukum’. Proses mendidik itu, yang seharusnya terkandung di dalamnya elemen kasih sayang, perlulah dilaksanakan dengan baik dan berhikmah. Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani menyatakan bahawa dalam melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar, perlu kepada sikap berhikmah (bijaksana) dan memberi peringatan yang baik. Jika ada yang perlu diperdebatkan pun, haruslah dilakukan dengan cara yang terbaik; sepertimana firman Allah S.W.T. yang lebih kurang maksudnya:

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125)


As-Syeikh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani menyatakan lagi bahawa cara ini lebih mudah diterima dan mendekatkan lagi kepada terhasilnya apa yang diharapkan. Adapun menyanggahi cara ini, merupakan suatu kesilapan dan kebodohan.


Syeikh Muhammad Abduh pula menyimpulkan daripada ayat al-Qur’an yang disebut di atas bahawa untuk mendepani sasaran dakwah yang pelbagai, ada kaedah pelbagai yang harus digunakan. Bagi menghadapi golongan cerdik pandai dan cendekiawan, seorang pendakwah itu haruslah menggunakan dalil-dalil dan hujah-hujah yang kuat yang sesuai dengan kekuatan akal mereka. Bagi golongan orang kebanyakan pula, mereka harus diajar dengan didikan, bimbingan, contoh-contoh yang baik dan yang mudah difahami. Bagi golongan yang di antara dua golongan tersebut pula, kaedah bertukar-tukar pandangan bagi mendorong pemikiran harus digunakan. Umumnya, semua melibatkan proses ‘menyampaikan sesuatu kefahaman’, yang sememangnya tidak mungkin dibuat secara paksaan ataupun dengan menggunakan cara memarahi atau kata-kata yang tidak baik dan bersifat provokatif.


Banyak lagi hujah dan contoh yang lain yang akan dapat menyampaikan kita kepada kesimpulan betapa Islam itu seharusnya tersebar melalui pendekatan hikmah dan kasih sayang. Hikmah itu pula, sudah tentu, memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang benar tentang apa yang ingin disampaikan (isi dakwah), siapa yang akan menerimanya (sasaran dakwah dan suasana lingkungan), serta kaedahnya (kaifiat dakwah). Justeru, adalah penting bagi kita semua selaku para pendakwah untuk menilai semula adakah benar dan tepat sikap dan pendekatan yang kita gunakan selama ini. Penulisan ini tidaklah bertujuan untuk memberikan penyelesaian secara tuntas, melainkan sekadar bagi mencetuskan kesedaran dan mengajak untuk kita semua sama-sama bermuhasabah. Mudah-mudahan Allah S.W.T. mengurniakan hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua dalam menjalani kehidupan ini, dan semoga kita diberikan keampunan di atas segala kesalahan kita. Sesungguhnya, tiada daya menghindari maksiat dan kekuatan melakukan ketaatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.


Allah jua Yang Maha Mengetahui.


Nota kaki:

Segala puji bagi Allah kerana dengan izin dan taufiq-Nya penulisan ini disiapkan. Mohon maaf di atas kesilapan, kekurangan dan kelemahan dalam penulisan ini yang mungkin agak berterabur. Mohon teguran membina.


Rujukan:

1. Tafsir Al-Azhar (Prof. Dr. HAMKA)

2. Akhlaq Para Pendakwah (Abdullah Nasih Ulwan)

3. Fiqhud-Da’wah (M. Natsir)

4. Fiqh Al-Sirah (Muhammad Said Ramadhan Al-Buti)

5. Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan (Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki daripada kitab asal bertajuk ‘Mafahim Yajibu an Tusohhah’)

Sumber
http://akhienaim.blogspot.com/2008/10/islam-tersebar-atas-hikmah-dan-kasih.html

Sunday, October 12, 2008

SEDARLAH REMAJA ISLAM

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran, surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat Islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:


Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat Islam sekarang.

Umat Islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat Islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat Islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama Islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati, insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat Islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit-kepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih daripada itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yang mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat Islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?
Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk-ketuk satu bilik ni, tak buka-buka. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dua orang siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil (homoseks). Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..
Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak-budak sekolah rendah. Dia nampa budak-budak ni handphonenya, N-Gage, sabun, daun dan yang lain-lain yang mahal tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jadi ceritanya. Tapi sekali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar-gambar lucah yang ada dalam HPnya. Kawan saya ni terkejut beruklah. Tergamam dia di situ. Ni budak-budak sekolah rendah!
Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya, kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata, kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!
Sedarlah saudara-saudara seIslamku..umat Islam kini semakin teruk, Sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Inilah tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Italic
(surah Adz-Dzaariayat, surah ke-51 ayat ke 55).


Jadi,tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan Islam, pertamanya, tegakkan Islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak Islam di dadanya, sudah terbinalah negara Islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita faham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Maaf, sekarang anda semua mungkin membaca kisah keruntuhan akhlak dan moral orang lain. Mungkin kisah anak orang lain. Mungkin kisah kakak atau adik orang lain. Mungkin kisah saudara orang lain. Tetapi kalau hal ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mendengar kisah adik anda sendiri terlibat dengan hal-hal yang disebutkan tadi. Maaf, saya bukan mendoakan, tetapi ini adalah kenyataan.
Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)


Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah, Surah 5, ayat 54)


Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Mulakan sekarang juga!! Ya, Sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi!? Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan Islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
SEDARLAH...

(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)




(Written by Ahmad Umair b. Zulkefli)


Wednesday, October 8, 2008

CHAY YUK!! PMR & SPM CANDIDATES, BIAR MUMTAZ

PRAY HARD STUDY SMART


KAKAK-KAKAK PERKEPIS INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR & SPM
KEPADA ADIK-ADIK TINGKATAN 3 DAN 5
DI SELURUH MALAYSIA
KHUSUSNYA ADIK-ADIK YANG BERADA DI SARAWAK

"Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersugguh-sunguh, sedangkan dia beriman maka mereka itulah orang yang usahanya akan dibalas dengan baik"
Al-Isra:19

Thursday, September 25, 2008

Sambutan 'Aidilfitri Menurut Perspektif Islam


SAMBUTAN 'AIDILFITRI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Assalamualaikum WRT. WBT.

"Sebulan Ramadhan kita berpuasa,
Memperbanyak ibadat sepanjang hari,
Kini tibalah Syawal menjelma,
Bersama gembira di Aidilfitri"

Sidang pendengar, muslimin muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT,

Hari Raya merupakan hari kemenangan buat umat muslimin dan muslimat meraikan kejayaan dalam menempuh pelbagai ujian Allah SWT di sepanjang bulan Ramadhan. Justeru ketibaan bulan Syawal yang penuh berkat ini perlu diraikan dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan sebegitu banyak rahmat dan nikmatNya yang melimpah ruah kepada kita. Di antara nikmat yang perlu disyukuri tetapi bukan dikufuri termasuklah nikmat dilanjutkan usia dalam keadaan sihat walafiat, nikmat berupaya menjalani ibadat puasa dan dapat menunaikan hak2 Ramadhan dengan sempurna, nikmat kemurahan rezeki dan sebagainya.

Oleh itu, orang yang benar2 dapat menikmati kemanisan dan kegembiraan sambutan Aidilfitri yang hakiki adalah orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka inilah yang tergolong dalam golongan orang2 yang sentiasa meninggalkan larangan Allah di samping mentaati syiar Islam sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah SWT:



Maksudnya: "Demikianlah (ajaran Allah). Barangsiapa yang menghormati syiar2 agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat2 taqwa hati orang mukmin"
(Surah Al-Hajj : 32)

Meraikan Syawal sebagai bulan kemenangan umat Islam adalah termasuk dalam perkara sunat yang disyariatkan oleh ajaran Islam. Namun begitu kegembiraan dan kegirangan menyambut hariraya ini perlu dilakukan semata2 kerana Allah SWT. Kegembiraan yang dirasai adalah kerana:
1) Kita dapat menyempurnakan ibadat puasa dan ibadah lainnya secara konsisten sepanjang bulan Ramadhan.
2) Di samping itu marilah sama2 kita bermohon dan mengharap rahmat Allah untuk menganugerahkan fadilat Ramadhan yang banyak itu kepada kita termasuk keberkatan dan pengampunan daripada dosa2 kita yang lalu sepertimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh rasa keimanan dan penghayatan akan diampuni segala dosanya yang lalu"

3) Kita diberikan kesempatan pada tahun ini untuk membersihkan jiwa dan menjana amal baik di bulan Ramadhan untuk mencari kekuatan baru bagi menempuh kehidupan yang seterusnya (dalam masa 11 bulan yang mana syaitan tidak dibelenggu dan sentiasa menjadi musuh manusia dalam mendorong berbuat maksiat/ kemungkaran)




SAMBUTAN HARI RAYA

Sidang pendengar, muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,

Ketibaan Hari Raya mestilah disambut atas dasar keimanan, ketaqwaan, dan keinsafan terhadap Allah SWT. Kegembiraan yang dikecapi pula mestilah dalam bentuk rasa kesyukuran terhadapNya yang disusuli dengan menyebut kalimah2 toyyibah dan zikir sama ada dengan ucapan takbir, tahlil, tahmid dan seumpamanya yang memuji2 dan mengagungkan kebesaran Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selain itu kemeriahan suasana Hari Raya perlu diisi dengan melakukan amalan2 baik yang dituntut seperti mengerjakan solat sunat pada pagi Hari Raya, amalan ziarah, bermaaf-maafan dan sebagainya.

Justeru, menurut ajaran Islam, sambutan Hari Raya tidak sewajarnya dipenuhi dengan melakukan perkara yang sia2 apatah lagi yang berunsur maksiat seperti pembaziran, hiburan yang mengkhayalkan, mendedahkan aurat, menghadiri majlis yang ada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dan seumpamanya. Sesungguhnya jika ini berlaku maka acara sambutan seperti ini nyata telah mencemari hakikat sebenar sambutan Hari Raya sebagaimana yang telah diperintahkan.

SOLAT SUNAT HARI RAYA

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Solat sunat Hari Raya (sunat muakkad) telah disyariatkan dalam tahun pertama Hijrah. Jika dilihat kembali sirah Rasulullah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW pada pagi Hari Raya (Aidilfitri) ialah melakukan solat sunat Hari Raya secara berjamaah dengan para sahabat dan sekalian umat muslimin dan muslimat.

Ibadat ini merupakan lanjutan penterjemahan rasa kehambaan dan kesyukuran terhadap nikmat Allah SWT setelah memperbanyak melakukan amalan takbir pada malam Hari Raya bermula sejak matahari terbenam di akhir bulan Ramadhan (jika esoknya 1 Syawal). Amalan bertakbir ini merupakan ibadat yang sunat dilakukan sepanjang malam Hari Raya (yang dikenali sebagai malam Lailatul Jaa'izah – malam pengurniaan hadiah) di mana2 sahaja dan Rasulullah SAW diriwayatkan melakukan amalan ini semalaman terutama selepas selesai mengerjakan solat fardhu. Firman Allah SWT:


Maksudnya: Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah : 185)

Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: "Barangsiapa menghidupkan kedua2 Hari Raya (Fitri dan Adha) nescaya Allah hidupkan hatinya pada hari matinya hati (orang2 yang lalai)."

Justeru, Islam menganjurkan sekalian umatnya supaya segera bersiap-siap untuk melakukan solat sunat Hari Raya dengan didahului dengan mandi sunat Hari Raya, bersugi, berwangi-wangian (hanya bagi lelaki), serta memakai pakaian yang bersih dan cantik. Di samping itu, umat Islam digalakkan untuk menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri (berbeza dengan Aidil Adha).

Sesudah solat sunat berjamaah dan mendengar khutbah, umat Islam dianjurkan untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara sesama jamaah dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain. Antara ucapan tahniah yang dianjurkan ialah :



1) - "Semoga kamu berada di dalam kebaikan setiap tahun"
2) –"Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kamu dan kita dapat berjumpa lagi"
3) – "Mudah-mudahan Allah terima amalan kamu"
Apabila selesai solat, pilihlah jalan pulang yang berlainan dengan jalan yang
telah dilalui sewaktu datang ke masjid dengan tujuan mengikut sunnah yang diamalkan oleh baginda yang terkandung hikmah di dalamnya iaitu (bila pergi dan balik lalu jalan yang lain lebih ramai orang yang kita boleh jumpa untuk mengucapkan tahniah dan bersedekah).

Lazimnya, selepas pulang dari solat sunat Hari Raya, ahli keluarga akan berkumpul untuk bersalam dan bermafan di antara satu sama lain.

AMALAN ZIARAH

Sidang pendengar yang dihormati sekalian,

Suasana meriah Hari Raya begitu sinonim dengan amalan ziarah dan kunjung – mengunjung yang biasa diamalkan dalam masyarakat kita hari ini. Amalan ini amat disukai oleh Allah malah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang besar di sisiNya jika ia dilakukan dengan kaedah yang betul dan menurut syariat yang ditentukan. Sebenarnya telah menjadi amalan Rasulullah SAW untuk berziarah dan menerima kunjungan ziarah para sahabat baginda khususnya di bulan Syawal yang mulia ini . Oleh itu kita sebagai umatnya perlu menghidupkan amalan baik ini semata2 untuk melaksanakan sunnah baginda Rasulullah SAW. Amalan ini selain bertujuan membina ikatan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama muslim, ia juga merupakan peluang untuk kita saling bermaafan di atas kesilapan serta kesalahan yang telah dilakukan. Dan sebagai tuan rumah pula, kita dianjurkan supaya sentiasa bersedia menerima kunjungan tetamu kerana tetamu yang datang itu sebenarnya datang dengan membawa keberkatan dan rahmat untuk kita sekeluarga.

Di antara adab2 ziarah yang telah digariskan oleh ajaran Islam ialah:

1) Hendaklah orang yang berkunjung itu datang pada waktu yang sesuai (dengan tujuan memberi keselesaan kepada tuan rumah untuk menyambut kehadiran tetamunya).
- Jangan datang pada waktu2 yng biasanya orang belum / tidak bersedia menerima tetamu spt waktu awal pagi (baru bangun tidur/ bersiap2/ berkemas rumah) , waktu tengahari (mungkin orang sedang beristirehat), waktu larut malam (mungkin orang sudah letih dan mahu tidur).

2) Masuk sesudah memberi salam dan dipelawa oleh tuan rumah

3) Elakkan dari melihat2 dan membuat komentar tentang perhiasan rumah yang dikunjungi

4) Elak daripada berbual perkara yang tidak baik semasa berkunjung ke rumah orang

5) Elak berbual perkara yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah

6) Makan dan minum dengan penuh sopan dan tertib

7) Mendoakan tuan rumah.

8) Bagi tuan rumah – layanilah tetamu dengan ikhlas dan bermanis muka. Iringi tetamu ke muka pintu jika dia mahu beredar dan pelawanya untuk datang lagi.

9) Jangan mengabaikan solat fardhu dalam kesibukan berziarah

PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya yang diadakan umat Islam dituntut untuk menunaikan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Puasa sunat ini seelok2nya dilakukan sehari selepas Hari Raya Aidilfitri sebagai ucapan selamat jalan kepada bulan Ramadhan yang mulia.

Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapat maghfirah (keampunan) Allah terhadap dosa2nya yang lalu. Keampunan yang dianugerahkan oleh Allah inilah nikmat yang paling besar di mana kita sebagai manusia biasa memang tidak boleh lari daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Justeru keampunan ini menjadikan diri kita dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT. Nikmat ini sewajarnya dipelihara dengan baik dan disyukuri dengan menjauhi larangan serta berbuat amalan baik seperti puasa sunat enam hari di bulan Syawal.


Puasa enam hari di bulan Syawal umpama solat sunat rawatib yang dikerjakan bersama2 solat fardhu. Dengan puasa sunat tersebut Allah SWT akan menyempurnakan kekurangan pahala ibadat puasa yang dikerjakan serta boleh menampung mana2 kecacatan ibadah yang kita usahakan sepanjang bulan Ramadhan. Berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal adalah tanda Allah menerima ibadah puasa yang dilaksanakan oleh umatnya pada bulan Ramadhan yang lalu. Sesungguhnya Allah SWT apabila menerima amalan baik yang dilakukan oleh hambaNya akan mengurniakan taufik dan kemudahan untuk hambaNya melakukan amalan baik yang lain selepas melakukan amalan tersebut. Sebaliknya sesiapa yang melakukan kebaikan kemudian diikuti oleh amalan buruk maka ia merupakan tanda amalannya yang pertama adalah tertolak. Perbuatan ini sama seperti orang yang membina sebuah bangunan tetapi setelah bangunan itu siap ia merobohkannya pula. Firman Allah SWT:


Maksudnya: "Janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang telah dipintalnya sesudah ia selesai memintalnya dengan teguh dan kuat". (An-Nahl : 92)



AMALAN BERSEDEKAH (DUIT RAYA)

Sidang pendengar yang dirahmati Allah sekalian,

Tidak dinafikan bahawa setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya, kanak2 merupakan golongan yang paling ceria dan gembira. Bukan setakat bergembira kerana dapat memakai sepasang baju baru, dapat balik ke kampung halaman masing2 bertemu datuk-nenek dan seluruh kaum keluarga yang selama ini terpisah jauh, dapat makan pelbagai kuih dan juadah yang lazat, malah yang acara yang paling disukai kanak2 adalah apabila mendapat duit raya setiap kali berziarah ke rumah2 saudara yang dikunjungi.

Islam menganjurkan umatnya supaya tidak lokek bersedekah kepada orang yang memerlukan. Firman Allah SWT:



Maksudnya: " Wahai orang2 yang beriman, bersedekahlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik" (Al-Baqarah ; 267)



Ini disebabkan sedekah/ menginfaqkan harta ke jalan yang baik merupakan salah satu cara untuk kita menyucikan harta yang diperolehi selain dapat membersihkan hati dan jiwa daripada sifat tamak dan haloba. Firman Allah SWT:



Maksudnya: " Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersih dan menyucikan mereka". (At-Taubah : 103)

Bersedekah juga merupakan satu amalan mulia yang dituntut oleh ajaran Islam kerana melalui amalan ini kehidupan yang berdasarkan konsep saling membantu dan tolong-menolong di antara satu sama lain (lebih2 lagi kepada golongan yang memerlukan) dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sedekah yang dihulurkan dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan juga lambang kesyukuran kita terhadap kemurahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:



Maksudnya: " Dan pada harta2 mereka ada hak (zakat) yang tertentu untuk orang yang meminta dan orang yang kekurangan"
(Adz-Zaariyat : 19)

Oleh itu amalan memberi duit raya yang lazim dilakukan dalam masyarakat kita hari ini bukanlah merupakan satu kesalahan dan bukan juga satu perkara yang diwajibkan. Cuma konsep sebenar pemberian dan peneriman duit raya di kalngan masyarakat kita hari ini perlu dimurnikan semula.

Memberi duit raya dengan niat bersedekah Lillahi Taala di samping untuk menggembirakan hati orang yang menerimanya merupakan amalan baik yang mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Yang penting pemberian itu tidak dicemari dengan perasaan untuk riak/ membangga diri / tidak ikhlas (sebab nak tunjuk aku yang beri paling banyak berbanding orang lain) dsb. yg natijahnya bukannya membawa ganjaran pahala malah menambah dosa2 yang sedia ada. Berilah sekadar mana yang termampu dan bukannya untuk mengikut selera atau menunjuk2 kekayaan masing2.

Ibubapa pula perlu memberitahu dan mendidik anak2 tentang hakikat sebenar sambutan Hari Raya, konsep dan hikmah amalan ziarah serta kaedah sambutan Hari Raya sepertimana yang dianjurkan Islam. Ibubapa perlu memperbetulkan mentaliti anak2 yang selama ini menganggap bahawa Hari Raya adalah masa yang baik untuk mengutip seberapa banyak duit raya daripada tuan rumah yang dikunjungi. Malangnya ada juga ibubapa yang tersilap langkah mendidik anak2 supaya enggan menerima duit raya dalam jumlah yang sedikit dan disuruh meminta duit raya dalam jumlah yang lebih banyak. Sesungguhnya ini adalah perkara yang perlu dielakkan. Ajarlah anak2 supaya menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Anak yang sentiasa bersyukur, redha dan pandai menilai perbuatan yang baik mahupun yang salah.


#Dihuraikan oleh Madam Noorhadayah semasa tazkirah pagi Jumaat.

Wednesday, September 24, 2008

Masalah Sahabat Di Tawau, Sabah

Salam. Kawan-kawan, kamek dapat email daripada seorang kawan di Sabah. Mohon respon untuk masalah yang kamek highlight kat ctok k... Syukran jazilan....=)
sahabat2 fcr alumni,
untuk makluman semua, alhamdulillah pada 26 & 27 julai 2008 yg lepas, saya telah melaksanakan FCR fasa 1 di tawau sabah yg dikendalikan sepenuhnya oleh Bro Lim Jooi Soon..alhamdulillah menerima penyertaan yg menggalakkan walaupun pd hari pertama FCR hanya dihadiri oleh 40 org peserta dikalangan student sekolah..pd malam sebelum FCR hari kedua, saya telah aturkan ceramah bro lim disebuah masjid di salah sebuah tmn perumahan di tawau, dan kesan dari ceramah beliau yg mendapat sambutan tersebut..FCR pada hari kedua telah menambahkan lg kuantiti peserta yg hadir yg hampir mencecah seramai 90 org..alhamdulillah

situasi di tawau tidak sama dgn di semenanjung. .msyrkt disini dah biasa dgn program ilmu yg x berbayar(free) menyebabkan sy tidak meletakkan yuran yg tinggi spt mana di KL kerana niat sy & bro lim cuma nak dakwah & menyedarkan msyrkt ttg kepentingan dkwh..yuran yg hanya RM 10 yg sy kenakan kpd peserta menimbulkan ketidakpuashatian mrk kpd program saya..saya cuma kenakan yuran makan minum shj x termasuk kos2 lain..sy akui budget sy "lari" jauh drpd yg dijangkakan. ..mungkin sy "rugi" dr sudut budget..alhamdulill ah kita "untung" krn dikalangan peserta yg hadir "sedar" akan tanggungjawab yg wajib dilaksanakan. ..

selepas dr FCR tersebut, alhamdulillah sy follow up peserta2 yg majoriti dr kalangan student sekolah menengah yg hampir setiap sekolah di tawau mempunyai pelajar muslim & non muslim sama banyak..gereja di sabah jgk lbh bnyk drpd masjid yg ada..sy follow up peserta2 dgn menubuhkan usrah kecil yg sy beri nama dgn "Teen Circle" dan berdasarkan analisis sy terhadap setiap permasalahan & persoalan perserta yg sy follow up, masing2 dah mengaplikasikan apa yg mrk dpt drpd FCR dgn berani berkomunikasi bab ketuhanan kpd "sasaran" di sekolah masing2.. utk pengetahuan shbt semua, di twu non muslim majoriti terdiri drpd penganut kristian & buddha..

disini sy ingin memanfaatkan yahoogroup utk sama2 berkongsi ilmu & mengharap bantuan shbt semua dlm menghadapi semua persoalan & permasalahan yg dihadapi:

1) boleh tlg dptkan buku MENCARI KEBENARAN iaitu dialog antara Islam & Kristian yg mana sesuai digunakan di tawau dlm menghadapi non muslim sbg bahan bantuan

2) seorng peserta FCR telah bertanya kpd shbt sekolahnya yg beragama kristian "ada x bukti2 kewujudan manusia dlm Bible spt mn al Quran?" menurut nya ada. boleh shbt bantu sy dptkan bukti tersebut?

3) dalam bible sendiri ada dalil mengharamkan makan babi, ttp shbt kristian mengatakan boleh mkn babi sbb dalil2 tersebut dlm perjanjian lama,mereka hanya pakai perjanjian baru..boleh shbt bantu sy utk menjatuhkan hujah tersebut?

4) utk pengetahuan shbt semua, sy skrg sedang "pegang" seorg adik muallaf(cina) yg dibuang family & x m'punyai kewangan tetap spt bantuan zakat @ bantuan baitulmal smpi skrg sejak pengislamannya pd bln 1 yg didaftarkan pd bln 4 thn ni dgn alasan proses yg mengambil masa..adik ini masih bersekolah & hanya menerima bantuan derma drpd kwn2 & skrg duduk dgn family angkat islam yg sanggup mengambil dia & cuba m'bantu membiayai persekolahan dia w'pun family angkat tersebut jgk mempunyai tanggungan anak yg ramai..
bantuan drpd sbht amat sy harapkan ....terima kasih

untuk makluman shbt semua,insya Allah sy akan mengadakan FCR fasa 1 utk kali ke2 pd bln 11 atau bln 12 ini krn sy & bro lim ingin fokus pulak kpd peserta dr kalangan org dewasa yg bekerja tp menghadapi mslh kewangan yg x mencukupi mengharapkan sedikit sumbangan krn kos flight yg tinggi..knp kami ingin melaksanakan scpt mungkin krn sy telah mendapat tarikh yg sesuai utk melaksanakan FCR fasa 2 bersama bro shah kirit & bro engku fauzi pd bulan 1 thn 2009..spt yg shbt semua sedia maklum,bukan senang utk "book" bro shah & engku fauzi dgn jadual mereka yg sempit..

Terima kasih atas perhatian sahabat semua...

Wednesday, August 13, 2008

Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Monday, August 11, 2008

KHEMAH IBADAH ANAK PINTAR (KHIAP)

Assalamua'laikum w.b.t

Mencari-cari program untuk anak-anak anda di cuti sekolah?

Program ala-ala summer camp?

Sertailah program kami...



Penyertaan adalah terhad.. Jadi, daftarlah dengan SEGERA!!!


Hubungi Saudara Azim 014-8856713


ANAK SOLEH - INVESTMENT YANG MENGUNTUNGKAN
UNTUK AKHIRAT




Wednesday, August 6, 2008

10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN


Pendidikan anak-anak bermula daripada pendidikan peribadi muslimah. Aklak dan tingkahlaku remaja wanita hari ini adalah antara kayu ukur untuk melihat bentuk tata susila generasi akan datang. Dengan itu wahai muslimah, didiklah dirimu kerana di rahimmu akan lahirlah pendukung-pendukung agama Allah



10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN
(ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA SURAH LUQMAN)



1) Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
2) Berbuat baik kepada kedua ibubapa
- Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
- Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
- Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
3) Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
4) Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
5) Mendirikan solat
6) Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
7) Bersabar dan redha diatas segala dugaan
8) Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
9) Bersederhana dalam segala perkara.
10) Bersikap lemah lembut dan beradab sopan


Sumber http://www.geocities.com/pgssajkm/soleh.htm

Tuesday, July 15, 2008

Program Menara Gading (PMG 08)

Alhamdulillah..Pada 11 - 13 Julai 2008, Persatuan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengadakan Program Menara Gading bertempat di Biro Wanita, Semariang. Program yang terdiri daripada 69 pelajar sekolah menengah atas dari sekitar Kuching ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dari segi mental dan spiritual dalam transisi ke alam lebih dewasa, yakni alam IPT...


Budaya Bekerjasama Adalah Titi Ke Arah Kecemerlangan



Tebalkan Akal Setipis Rambut Dengan Ilmu



Badan Cergas Otak Cerdas

Peserta

VS

Fasilitator


Aktiviti Berkumpulan


Bisikan Syaitan Kepada Wanita..

Friday, July 11, 2008

THE TEARS DIDN'T STOP

THE TEARS DIDN'T STOP

"The Tears Didn't Stop...

I thought about Yawm ul Qiyaamah,

and the tears began to fall,

I thought about the terrible Reckoning,

And yet the tears didn't stop.

I thought about the rape of the Ummah,

And yet the tears didn't stop.

I thought about how we had failed to fulfil the obligations central to this Deen of Allah,

And yet the tears didn't stop.

I thought about how we slept at night, while they were butchered,

And yet the tears didn't stop.

I thought about the Mujahid, tortured to death for attempting to escape Kufr captivity,

And yet the tears didn't stop.

I thought about the Hundreds and thousands of Mujahideen in torturous captivity,

And yet the tears didn't stop.

I thought about those of my sincere Brothers, who had to stay behind patiently,

And yet the tears didn't stop.

I thought about limbless orphans, the worst victims of war,

And yet the tears didn't stop.

I thought about the baby girl who had been dehumanised while we watched,

And yet the tears didn't stop.

I thought about young Mujahid boys competing to be allowed into training camps,

And yet the tears didn't stop.

I thought about how we cried tears while they fought till the last drop of blood,

And yet the tears didn't stop.

I thought about how I would manage on the bridge of Siraat on Qiyaamah,

And yet the tears didn't stop.

I thought about wanting my Sons to be born Soldiers Of Allah,

And yet the tears didn't stop.

I thought about the Mujahideen who waited patiently for Firdous,

And yet the tears didn't stop.

I thought about those who were Shaheed in merely attempting to reach the battlefield,

And yet the tears didn't stop.

I thought about what atrocities it would take to get my Brothers to Jihad,

And yet the tears didn't stop.

I thought about how our Fathers and Brothers of the Ummah had failed to protect us,

And yet the tears didn't stop.

I thought about the man, who had answered the lone cry of one girl in Afghanistaan,

And yet the tears didn't stop.

I thought about him who smiled upon being martyred with his index finger raised,

And yet the tears didn't stop.

I thought about Muslims engaging in vain rhetoric about the need for Jihad,

And yet the tears didn't stop.

I thought about those who had never had the dust of the battlefield enter their nostrils,

And yet the tears didn't stop.

I thought about what excuses such 'Brothers' would shamelessly offer on Qiyaamah,

And yet the tears didn't stop.

I thought about my desire to see the beautiful and Noble face of the beloved Rasoolallah (SAW),

And yet the tears didn't stop.

I thought about Jahannam and burning fires of hell we were to be fuel for,

And yet the tears didn't stop.

I turned to my Creator in Forgiveness, and in a state of helplessness and utter dependency,

I Cried and I Cried and I Cried...

"Allahumma arZuqni Shuhaadah

Allahumma arZuqni Shuhaadah

Allahumma arZuqni Shuhaadah"

And yet the tears didn't stop...

I begged Allah to bestow his Mercy on Me, and My Brothers, and He Mercifully answered My prayers.

He Granted me Sleep.

But then I awoke and the tears within never did stop."