Sejak akhir-akhir ini, nama itu seringkali menjadi sebutan. Apatah lagi di bibir adik-adik seperjuanganku. Daku jatuh cinta kepada empunya nama tersebut. Ini bukanlah kali pertama. Untuk ke berapa kalinya, entah,daku tidak pasti. Sudikah dia menerima cintaku? Bisakah diri ini mempunyai kekuatan melafazkan rasa hati ini kepadanya? Gusar hati ini memikirkannya.
Dia yang kucintai. Wajahnya tidak sunyi dengan senyuman, bisa menenangkan hati setiap mata yang memandang. Tutur katanya sarat dengan kata-kata motivasi yang pasti membangkitkan semangat yang lesu. Susunan ayat bicaranya pasti membenihkan pengharapan kepada hati yang berputus asa. Tingkah lakunya amat teliti disulami pengorbanan. Akhlaknya amat menenangkan hati setiap insan yang bersama-samanya. Ini amat diakui oleh adik-adik seperjuanganku. Bak kata salah seorang adikku “Penerimaan (setuju) tanpa bahas,”. Katanya menyebabkan diriku tersenyum, rasanya bahang muktamar masih belum surut.
Cinta berputik tika dia menyelamatkan seekor kala jengking dari permukaan air, kala itu cuba menyengatnya. Lantaran yang memerhati tindakannya bertanya ‘mengapakah ingin diselamatkan kala jengking itu sedangkan ia cuba menyengatmu?’. Jawabnya, ia (kala jengking itu) berakhlak dengan akhlaknya dan daku berakhlak dengan akhlakku. Tersentuh hatiku tika terkenangkan jawapannya. Terdetik di hati, sudahkah daku berakhlak dengan akhlakku?. Benar kala jengking Allah ciptakan dengan sifat semulajadinya menyengat jika dia dalam keadaan bahaya. Atas keterbatasan akal seekor haiwan, tidak bisa membezakan antara bahaya dan bantuan. Tetapi Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian yang dilengkapkan dengan akal untuk membezakan yang baik dengan yang buruk. Manusia yang sebaik-baik kejadiannya adalah manusia yang sembahyang sujud tunduk dan patuh pada Tuhannya hingga mengatakan “Ya Allah, kami dengar dan kami taat”. Jika tidak, maka belum sempurna sifat hakikat kejadiannya.

Pernah sekali dia memakan kesemua limau yang sangat masam pemberian seorang wanita tua non muslim. Mukanya tidak berkerut sedikit pun demi menjaga hati wanita tua tersebut. Kawan-kawannya memerhatikan dengan wajah hampa kerana kempunan. Peristiwa tersebut seringkali membuat daku tergelak kecil tika terkenangkannya. Mungkin diri ini akan mengerut dahi dan kening jika berada di tempatnya. Itulah dia yang kurindui, sikap tingkah lakunya amat teliti untuk membahagiakan setiap insan yang cuba mendekatinya. Sikap yang memerlukan pengorbanan untukku teladani.
Maha Adilnya Allah mengurniakannya sahabat karib yang sanggup berkorban diri untuknya. Pernah sahabtnya merelakan dirinya dipatuk ular ketika dia yang kurindui tidur lena di pangkuannya. Kasih sungguh sahabatnya kepadanya hinggakan tidak mahu menggangu tidurnya. Bisakah daku menjadi seperti sahabatnya itu? Itulah cinta dua lelaki. Cinta yang mungkin di akhir zaman ini disalahertikan sebagai gay. Tapi, demi Allah, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyintai saudaranya melebihi cintanya kepada diri sendiri. Bukan cinta wanita kepada lelaki ajnabi hingga meletakkan wala’ tanpa mahar!! Bukan Cinta perempuan dan lelaki mahram tanpa ikatan perkahwinan hingga meletakkan ketaatan kepada lelaki tersebut. Dia mengajarku erti memberi tanpa mengharap pembalasan. Daripadanya jua ku belajar erti pengorbanan dan hakikat persahabatan.
Itulah dia yang sudah sekian lama ingin ku ketuk pintu hatinyan. Cintaku semakin menjalar ke tiap urat nadi. Sudikah dia menerima cintaku? Soalan ini, daku tidak pasti jawapannya sungguhpun dia telah lama pergi. Gilakah jika mengharapkan cinta seorang lelaki yang telah mati? Sehingga kini kutangisi pemergiannya. Pemergian yang hakiki kerana cinta Ilahi. Bukan kehadiran jasad yang ku harapkan. Tapi, setiap pengharapannya, kata-katanya, semangatnya. Semua itu kuharapkan kesaksianku.
Itulah coretan kisah dia yang telah pergi. Coretan kisah yang hanya kubaca daripada buku dan akhirnya membenihkan rasa cinta. Setiap coretan kisahnya seolah-olah meniti hidupku. Tika ku memandang langit, terdengar seolah-olah dirinya menyatakan “tidak Dia ciptakan semua ini dengan sia-sia”. Tika diriku ditimpa musibah, ku teringat rintihannya “Ya Allah daripadaMu musibah ini datang dan kepadaMu ia kembali maka Kau gantikanlah ia dengan yang lebih baik daripada dunia dan seisinya”. Tika diriku memangku kanak-kanak di pangkuanku, seolah-olah terdengar bisikannya “Ya Allah, Engkau sayangilah anak ini sepertimana aku menyayanginya”. Tika diriku memandang kepada yang bukan Islam seolah-olah kedengaran bicaranya “Ya Allah.Sesungguhnya mereka tidak mengetahui dan Engkau lahirkanlah di kalangan mereka hambamu yang taat.” Tika diri dilanda penyakit malas, seolah-olah bergema kata-katanya “Demi dzat yang jiwamu di Tangannya!”. Tika ku memandang gelagat manusia, daku terbayangkan bibirnya mengungkap “ummati…ummmati” (ummatku. .Ummatku…). Ya Allah, hatinya sarat dengan ayat-ayat cinta! Mana mungkin tidak diri ini jatuh cinta.
Tika diriku menaiki kenderaan ke satu destinasi, daku terkenangkan perjalanannya ke taif. Tika diriku melihat lebihan makanan yang tidak terhabis, daku teringat dirinya tika dia berkongsi sebiji kurma bersama-sama sahabatnya. Tika diriku makan KFC, daku terkenang dirinya mengikat batu kelikir di perut kerana menahan lapar. Tika diriku tidur keletihan di atas tilam, ku terkenangkan dirinya yang tidur keletihan di atas pelepah tamar. Tika diriku mencari-cari selipar baru untuk menggantikan seliparku yang telah putus, daku terbayangkan kasutnya yang lusuh, bertampung dan mungkin sudah bertahun tidak berganti. Tika kata-kata manusia di sekeliligku menyebabkan diriku tertawa, ku terkenangkan kata-kata manusia di sekelilingnya ketika dia menyeru mereka kepada Allah. Ya Allah! Sungguh berbeza hidupku dengan hidupnya. Ibarat langit dengan bumi. Sedangkan dia Engkau lebih cintai daripada diriku. Sudikah dia menerima cintaku? Sudikah dia mengaku diriku ummat? Sedangkan hanya selawat lafaz cintaku.
Wahai dirimu yang ku rindui. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat kutatap wajahmu. Kan pasti mengalir air mataku memandang wajah ketenangmu yang terpancar di sebalik bebanan pengorbanan. Ku jatuh cinta kepada sekeping hati milik Allah yang dipinjamkan kepada hambaNya bernama Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. Dengan namaMu ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai Allah, Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan dan berkatilah penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarganya sebanyak mana bilangan kemuliaan Allah dan sebagaimana sepadan dengan kemuliaannya.
Hamas, 23 March 2008, 11.24pm
No comments:
Post a Comment