Monday, March 24, 2008

Apa Aku Dah Lakukan???


SITUASI 1
'Makcik, tanye sket...baru-baru aku terdengar dak kristian bercerita...dia cakap, ajaran dia sama gak ngan Islam...tak bley zina, tak bley makan babi, x bley minum arak. tapi yang sorang plak, tak kisah...nape gitu ea?' soalan itu aku tujukan kepada seorang teman kristian yang juga dari Sarawak melalui SMS. Tidak berapa lama menunggu, SMS aku berjawab.
'owh...sebenarnya ikut jebis kristian juga. kalau macam aku, memang tak boleh makan babi, zina dan macam-macam lagi...tapi kalau yang lain, tak kisah. tapi kalau ikut bible memang tak boleh. tapi...alah...ikut kristian juga. kristian ni banyak jenis. Ada SDA, true jesus, anglican, RC, SIB, and macam-macam lagi. macam-macam gak ajaran..." aku mengerutkan dahi membaca SMS nya.
'jap..tak faham..kalau ikut bible tak boleh wat semua tu. maksudnya, kristian ko je ke ikut bible? yang lain tak ikut ea...? habis tu ikuta pe lak? ayok! sorry2...tak faham..." seminit...dua minit...SMS ku tidak berbalas. menyinggung perasaan dia ke?hemmmm....tak pe lah...nanti aku tanye balik kat dia...
SITUASI 2
semasa di library sambil membaca email...
'maaf ganggu, boleh tanye...'aku menyapa seorang rakan satu fakulti denganku yang duduk disebelahku sambil membaca email juga.
'ya, sure...' kata lelaki yang mirip-mirip itu sambil memusingkan badannya kepadaku.
'kenapa yek, krismas di sini 25 Dicember tapi de sorang kawan foreigner ni cakap dia tak sambut krismas waktu tu? dia cakap dia sambut pada bulan mac....' dia mengerutkan dahinya memandangku.
'setahu saya, krismas memang hampir seluruh dunia sambut 25 mac..'
'tak tahu lah...dak foreigner tu cakap bulan mac kat tempat dia...'
'ow..jadinya bulan ni lah yer? saya tak pasti pulak...maksudnya bulan ni ke? memang dorang de sambutan sepanjang minggu ni...'
'sambutan?' giliran aku pula yang mengerutkan dahi. hati ingin bertanya lebih lanjut. tapi tiada kekuatan. sepengetahuan aku, cuma hari jumaat hati tu je ada Good Friday.
'a'ah...Esther day...'
'owh...bukan hari jumaat tu good friday ke? pe beza lak dua perayaan tu...?
'dia sama je....' sekali lagi aku mengerutkan dahi. sama?
'esther day tu untuk memperingati kebangkitan nabi isa. good friday tu pulak untuk kematian...'dia cuba menerangkan kepadaku.
'tak faham..kebangkitan?' pastinya ku tahu cerita itu. cuma ingin bertanya dengan lebih lanjut.
'hem...saya pun tak faham sangat....tahu sikit-sikit je'
'maaf, you...?' belum pun habis soalanku, dia tersenyum.
aya hindu...kalau nak tanye lebih lanjut, mungkin boleh cari budak kristian...'
'o ok..sorry. thanks a alot....'
Mesti kalian tertanya, untuk apalah aku menceritakan kembali keadaan dua situasi tersebut. Baru-baru ini penulis membaca beberapa potong ayat:
Firman ALLAH S.W.T:
'Maha Suci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia), " Surah AL-Furqan:1
'dan kami tidak menurunkan kepadamu (Muhammad), melainkan agar engkau dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...' Surah An-Nahl:64
Hatiku terdetik....apa yang aku telah lakukan untuk menyambung risalah Nabi Muhammad s.a.w? Aku kata aku umat Muhammad. Tapi apa usaha yang aku lakukan tanda aku ini umat umat Muhammad? Cukup kah dengan melakukan yang apa yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang sedangkan masih ramai lagi orang-orang disekitarku yang tidak kenal apa itu Al-Quran, apa itu Islam. Hatiku tertanya lagi. minatkah mereka pada Islam?
Hai Kartini Sulaiman. Mana prinsipmu? yang paling penting, buat dulu. hasilnya kemudian. sekurang-kurangnya engkau cuba menyampaikan. mereka terima tau tidak, itu urusan ALLAH... tak cuba, tak tahu kan?Anda pula bagaimana? pernah ke terdetik untuk sebarkan Islam kepada yang bukan Islam yang ramai disekitar kita? Mungkin ada pelbagai alasan. Mungkin kita berasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Mungkin hati pernah berkata, sekurang-kurangnya aku hidup dalam jemaah. Cukup kita sajakah? Itu akan dibincangkan pada post yang lain.

Bangkitlah diri! Jika benar kita mengaku umatnya, sama-sama lah kita buktikan kita umatnya. Sambunglah dakwahnya dalam menyebarkan Islam tanpa mengenal jemu.
Firman ALLAH S.W.T:
'Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. dan itulah orang-orang yang beruntung" Surah Ali-Imran

Berapa ramai yang benar faham ayat ini? cukupkah sekadar mengislahkan diri dan sahabat-sahabat kita? FIKIR-FIKIRKAN!!!! Jangan nanti di akhirat, semasa selangkah lagi kaki menginjak ke syurga, tiba-tiba kita ditarik oleh teman non-muslim kita untuk bersamanya ke neraka. KENAPA? kerana dia mengatakan, dia inginkan kebenaran, tapi tiada seorang pun yang menyampaikan kebenaran itu kepadanya...wahlah hu'alam. Sama-sama kita beristigfar dan baiki diri. insyaALLAH...

No comments: