Monday, February 25, 2008

pesan dari sahabat!

Andai kata mereka mengerti …
Pesanku pada yang bergelar teman dakwah
Andai mereka mengerti,
Indahnya Dunia berbanding perjuangan,
Hanyalah sementara,
Empoknya tilam baldu itu,
Gahnya rumah besar itu,
Ampohnya Waja dan Benz itu,
Manisnya Puan Suri…
dan Gagahnya Abang Budiman,
Indahnya gelar tuan,
dato’ dan profesor,
Kecil berbanding imbalan Tuhan.
Andaikata mereka mahu sedar,
Derita umat tiada pahlawannya,
Selain pidato di kedai kopi, parlimen,…
kursus motivasi, mahupun kuliah pengajian,
Yang berakhir dengan bicara, demi bicara,
Yang jauh dari mengangkat kecewa,…
merubat luka, atau membenteras gejala,
Kalau tidak kita, siapa lagi ?
Kalau tidak sekarang, bila lagi ?
Kalau tidak di sini, di mana lagi ?
Andai mereka mahu benar-benar percaya,
Bahawa jalan kita ini benar-benar panjang,
Bukan sekadar, mengangkat tangan, mendaftar diri…
mahupun memegang jawatan,
Tidak cukup juga menyinsing tangan,
memerah keringat,…
berpanas, berembun, berselut, berpergian,
Pengorbanan, keletihan, kecewa dan marah,…
hanya pemula perjalanan,
Andaikata mereka mahu bersaksi,
Bahawa kita ini perlu benar-benar bersedia,
Pelbagai maksiat dengan pelbagai nama,
WTO ke IFC,
Miskin Bandar ke HIV,
Derita Minyak ke OKU,
IPRs ke Leberalisasi,
Takbai ke Rumah Putih,
Menanggung amanah bernama ummah,
Lisan, Ilmu, Rohani, Kerja dan Idealismanya,
Bahawa kita perlu benar-benar bersama,
Bukan hanya ratapan di bibir,
Fizika, hati, akal dan amalnya,
Bahawa kita perlu menesuri jalan ini,
dengan Istiqomah dan sabar,
Membina batu-batan ummah satu persatu dengan tekun,…
Penuh seni dan rencana,
Andainya mereka mahu sabar,
Untuk istiqomah buat seketika lagi,
Mahupun peritnya jalan ini,
ada kuntuman mewangi di hujungnya,
Andaikata mereka bisa memahami,
Yang kupinta bukan untuk diriku,…
Namun untuk satu kebersamaan,
Mengangkat Derita Ummat,…
Hanya andaikata mereka mampu mengertidan terus bersama ….
Bertam,
24 April 2006
25 Rabiul Awwal 1427
# nukilan sahabat--->>>> nizam mahsyar

No comments: