Monday, February 25, 2008
pesan dari sahabat!
Wednesday, February 13, 2008
aku Ingin sEperti KHADIJAH
Aku ingin seperti Khadijah,
Isteri Rasulullah yang sangat dicintai,
punyai perilaku mulia,
akhlak terpuji menghiasi diri,
cerdas dan tabah yang menakjubkan,
tidak pernah gentar,
tidak pernah menyerah,
walau berdepan beribu rintangan.....
Aku ingin seperti Khadijah,
rela berkorban harta dan jiwa,
untuk dakwah seorang suami,
matang, bijak dan penuh wibawa,
menyokong, membangkitkan tekad,
membarakkan semangat dakwah suami,
segalanya untuk Islam yang kucintai.....
Aku ingin seperti Khadijah,
setia di sisi suami,
saban ketika, saban waktu,
tika susah, tika senang,
tetap utuh mempercayainya,
andai badai ganas bergelora,
tika ombak kuat menggila,
tetap aku berdiri teguh,
menyenangkan dan mendamaikan hatinya,
ku katakan rahmatNya melangit luas.....
Aku ingin seperti Khadijah,
memberi zuriat dan keturunan kepada suamiku,
zuriat yang soleh juga solehah,
pengubat hati ketika lara,
penguat langakah ketika gembira,
menjadi penyambung dakwah Rasulullah,
moga Islam kan terus bersinar.....
Aku ingin seperti Khadijah,
menjadi kisah cinta sejati suami yang disanjungi......
Ya ALLAH, Ya Tuhanku,
kurniakan aku suami yang soleh,
dia meminang dan mengahwiniku,
serta jadikan dia sahabatku,
di dunia juga di syurga.......
moga aku menjadi KHADIJAH,
di mata seorang lelaki bergelar suami,
mendapat keberkatan dan keredhaanNya.....
amin.........
KRP G10 212
1.13 pagi,
13 Muharram 1429H
23 Jan 2008
Monday, February 4, 2008
Perlunya Remaja Hidup Dalam Lingkaran Syarak
Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA
Secara akal memang betul dijadikan lelaki dan perempuan dengan sifatnya berpasang-pasang. Secara akal fitrah teruna dan dara memiliki perasaan cinta dan sayang yang tinggi. Secara akal juga memang perempuan memiliki daya tarikan yang tinggi terhadap lelaki. Haiwan juga sedemikian. Jantan dan betina dijadikan berpasang-pasang. Naluri nafsu dan keinginan tidak mengira tempat dan keadaan. Kadang-kadang bunuh membunuh menjadi kelaziman.Pada remaja Allah berikan akal bagi membolehkan proses berfikir berlaku. Pada remaja Allah kurniakan hati untuk memberikan timbangan yang baik terhadap salah benarnya sesuatu. Faktor manusiawi yang ada pada remaja membolehkan remaja mencontohi sesuatu daripada yang lebih dewasa dan lebih arif tentang hukum hakam. Faktor manusiawi juga membolehkan remaja mendapat pedoman dari ibu bapa dan guru tentang salah benarnya sesuatu. Dari situ jiwa keinsanan wujud dan pedoman keihsanan lahir.
Faktor syarak tidak harus dianggap sebagai sifatnya menghalang dan membelenggu. Sifat alam dan sifat manusia mempunyai batasan. Bintang-bintang dan planet, sistem solar dan bimasakti, perjalanan galaksi dan sistem radiasi mempunyai batasan dan landasan. Alam dan planet yang banyak diurus di bawah sunatullah atau ketentuan Allah. Manusia dan kehidupan sekitarnya diurus berasaskan fitrah. Sunatullah dan fitrah memiliki kesalingan. Mempelajari secara mendalam sunah Allah memberikan manusia pedoman tentang kehidupan yang fitrah.Sifat alam dan isinya sentiasa patuh dan taat kepada sunatullah. Sifat manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi yang juga patuh dan taat kepada Allah. Bila keadaan ini berlaku di bawah jalur syarak bayangkan tangan-tangan yang mentadbir rumah tangga berada di tahap yang amat fitrah. Suami akan merasakan para isterinya adalah amanah Allah dan amanah waris walać°ya. Anak-anak bakal berada di bawah didikan, asuhan dan lindungan ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang. Mereka merasakan anak-anak adalah harta yang amat berharga. Nantinya anak-anak apabila menjadi insan soleh dan solehah, ia bakal menghubungkan yang pergi dengan yang tinggal.Tangan-tangan yang memimpin jabatan dan pemerintahan akan merasakan bahawa kepimpinan dan urus tadbir adalah suatu amanah. Amanah itu tidak saja terhadap manusia yang dipimpin dan diurus tetapi yang lebih utama ialah terhadap Allah s.w.t..Oleh sebab itu kedapatan hari ini anak-anak yang cicir disebabkan ibu bapa tidak merasakan anak itu sebagai harta atau aset. Harta yang bersifat benda dianggap paling utama. Sedangkan harta yang bersifat benda memang perlu dicari kerana ia rahmah dan nikmat Allah tetapi anak-anak itu sendiri adalah harta yang tidak ternilai yang menunggu kasih sayang dan perhatian untuk dididik dan diasuh dengan teladan dan ilmu.Oleh sebab itulah kedapatan orang-orang terlibat dalam urus tadbir dan kepimpinan tidak bersifat amanah, terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa kerana tidak merasakan faktor syarak itu penting sebagai benteng menentukan hak dan batil, adil dan zalim serta fasad dan mungkar.Bila ia berlaku keluarga akan pincang, masalah sosial di kalangan remaja akan berlaku, faham kebendaan akan subur, tempiasan nafsu nafsi berlaku tanpa batas akibat pupusnya rasa takwa terhadap Pencipta. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Tetapi keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilik jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.Apabila remaja lazim dengan hidup berasaskan syarak, ia dapat menentukan batasan benar dan salah serta baik dan buruk akan sesuatu. Baik di rumah, mahupun di sekolah atau melalui pergaulan hidup sehari-hari, remaja yang beriman akan sentiasa menjadikan batas syarak sebagai pedoman. Perlanggaran kepada batas syarak berlaku boleh menyebabkan banyak akibat yang terjadi.Bila remaja terlibat dalam amalan salah guna dadah, bermakna remaja ini sudah melampaui batas halal dan haram. Penglibatan sebahagian remaja dalam zina menunjukkan sempadan syarak dilanggar kerana tidak ada kesedaran dosa dan pahala. Bila remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit menunjukkan batas undang-undang dilanggar dan batas malu hilang.Sebab itu Islam memilih pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kaedah syarak terkandung kaedah mencegah. Bayangkan apa yang berlaku pada hari ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran syarak, kepentingan iman dan takwa adalah asas-asas pencegahan supaya remaja sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Tanpa keinsafan syarak remaja akan terus hanyut dan jalan kembali ke pantai hidup sukar sekali dan kerosakan generasi terus berlaku.- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.
Saturday, February 2, 2008
LAPORAN MUKTAMAR PERKEPIS

Pada 26- 27 Januari 2008, Majlis Persidangan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS kali ke-3 telah berlangsung di tempat yang cukup istimewa iaitu di Pusat Latihan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga merupakan sekretariat PERKEPIS yang baru. Bersempena dengan Majlis Persidangan Agung Tahunan kali ini juga, PERKEPIS turut mengadakan Konvensyen Pelajar Islam Sarawak yang menghimpunkan pelajar Islam di Sarawak. Konvensyen tersebut telah disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah – sekolah menengah sekitar Kuching dan Samarahan.
Konvensyen bermula sekitar jam 8:30 pagi setelah selesainya sesi pendaftaran peserta. Konvensyen dimulai dengan ucapan daripada Ustaz Zamri, iaitu Yang Di Pertua ABIM. Didalam ucapan beliau, Ustaz Zamri menekankan peranan belia untuk mengembangkan Islam seperti mana zaman junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Beliau turut menekankan konsep “Generasi Al- Quran” yang perlu dipraktikkan dan dijadikan amalan oleh setiap belia pada hari ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Yang di Pertua PERKEPIS sesi 2006/2007, Saudara Abuza Zaifauddin Bin Zaini. Didalam ucapan dasar beliau menekankan tentang pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda hari ini kerana ilmu merupakan bahtera penyelamat bagi kesinambungan sebuah perjuangan. Penyatuan Ummah dan Kaderisasi mampu terlaksana jika adanya keterlibatan dalam setiap ahli PERKEPIS. Di dalam kehidupan kita, keperibadian Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik untuk dijadikan ikutan. Selain itu, di dalam ucapan dasar beliau juga menekankan tentang keterlibatan kaum wanita sebagai bakal pendidik dan murrabbi kepada generasi akan datang dan juga golongan yang berperanan dalam memperjuangkan agama dan negara. Dalam akhir ucapan beliau turut menyelitkan peranan institusi kekeluargaan sebagai satu wadah untuk menerapkan nilai – nilai Islami dalam sistem pendidikan masyarakat. Beliau turut mengingatkan muktamirin dan mutamiran agar memperkukuhkan budaya ilmu dan menghidupkan sunnah nabawiah yang jelas agar kita dapat meneruskan perjuangan di terutamanya di bumi Sarawak pada penghujung ucapan dasar daripada saudara Abuza.

Konvensyen disambung dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Hasfa Bin Hassan. Dalam pembentangan, beliau menekankan tentang ilmu yang bermanfaat dan permasalahan yang di hadapi remaja pada hari ini. Beliau juga menyarankan agar kita kembali kepada fitrah dan bersama – sama berusaha untuk membina Generasi Qurani. Selesai pembentangan dari Ustaz Hasfa, pembentangan disambung oleh Saudara Abdul Muntaqim yang menekankan Empat Formula Pembentukan Peribadi Unggul iaitu Intelektual, Idealisme, Aktivisme dan Spritualisme. Beliau mengingatkan empat formula tersebut saling berkaitan dan perlu seimbang.

Pada 27 Januari 2008, sebelum solat Subuh secara berjemaah, telah diadakan Qiamulail. Setelah sarapan, majlis diteruskan dengan slot bersama dengan Saudara Mohd Hilmi Bin Ramli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Setelah minum pagi, peserta konvensyen bersurai. Majlis Persidangan Agung Tahunan (MPAT) ke -3 diharap dapat “Memugar Keperibadian Belia Berilmu Kearah Menghidupkan Sunnah Nabawiah”. Insya ALLAH…