Selamat kembali ke kampus. Sudah tibanya masa untuk menelaah buku di samping menegakkan perjuangan di kampus. Teruskan usaha kalian. Biar menuntut ilmu kerana Allah..
Siapa yang belajar kerana empat perkara, akan masuk neraka
1) Untuk menyaingi para ulama'
2) Berdebat dengan orang yang bodoh
3) Mencari muka (nama) pada orang-orang
4) Mencari wang dari pemerintah atau kehormatan dan kedudukan
Hadith
Untuk menyaingi para ulama'
Belajarlah, tetapi bukan untuk menyaingi ulama. Dewasa ini kita sering berhadapan dengan golongan-golongan yang bermaklumat (inteligencia) bukan golongan berilmu (inteligence). Golongan ini menambah maklumat dan fakta pengetahuannya bukan untuk diamalkan tetapi, untuk dibahaskan kepada golongan yang bijak pandai agar dikenali siapa yang lebih banyak pengetahuannya.
Berdebat dengan orang yang bodoh
Ada juga segelintir golongan yang belajar untuk berdebat dengan orang yang bodoh. (perlu penjelasan lanjut daripada pakar Hadith)
Mencari muka (nama) pada orang-orang
Mungkin juga kita pernah terniat, belajar untuk mendapat perhatian orang lain. Ilmu yang dituntut adalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Contohnya, ingin dapat phD agar lebih didengari atau lebih dikenali dan diiktiraf. Mengkaji itu dan ini untuk mendapatkan novelty, ingin dikenali kerana menemui penemuan-penemuan baru.
Mencari wang dari pemerintah atau kehormatan dan kedudukan
Hendak menjadi itu dan ini kerana populariti dan ingin dihormati masyarakat. Belajar tingggi kerana mengejar pangkat. Dari ijazah di upgrade ke master semata-mata mengisi kelayakan untuk kenaikan pangkat. Ingin menjadi doktor kerna gaji doktor boleh mencecah sebanyak RM 5000. Ingin jadi profesor kerana gaji prof boleh mencecah sehingga RM 12 000.
Naudzubillah, biarlah belajar kerana hendak mendukung amanah Allah dalam bidang tersebut. Contoh, nak jadi doktor sebab kurangnya doktor wanita yang menguruskan wanita, jadi jurutera kerana untuk mendirikan bangunan yang bebas riba' ataupun mendirikan masjid atas dasar taqwa, jadi saintis kerana ingin memerangi kesalahan-kesalahan etika pengklonan yang dilakukan pihak mungkar, menjadi peniaga (businesswoman) kerana untuk mengukuhkan ekonomi Islam.
Bila diteliti, semuanya bermula dengan niat. Niat yang membezakan antara ibadah dan ritual/ tuntutan/ kehendak.
... Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersukutukan dengan sesuatu pun dalam ibadah kepada Tuhannya... Al Kahf:110
wallahua'lam
editor Sotun Nisa'
No comments:
Post a Comment