Sunday, December 30, 2007

Selamat Hari Lahir Sahabatku...


Aku mengenali dia pada tahun 1995...
bermula hanya sebagai rakan sekelas...
rakan yang mulanya tidaklah bergitu rapat...
hanya rakan sekelas...


kadang-kadang berjalan balik dari sekolah bersama...
kadang-kadang makan dan belajar bersama ketika menunggu kelas petang...
kadang-kadang mendaki dan lepak di bukit sebelah padang sekolah...
kadang-kadang membeli makanan ringan bersama-sama di kedai berhampiran sekolah...


entah bila dia menjadi sahabat baikku...
tahun 2000 ka...bila mana kami berlima mengisytihar diri sebagai "power rangers"
atau tahun 2001...bila kami ke kelas tuisyen yang sama walaupun dia telah berpindah sekolah...
atau tahun 2006...bila kami sama-sama menghabiskan masa menguruskan program dan pergi usrah...


walaupun tak kusedari....
namun ukhwah ini amat manis...
walaupun kini dia jarang kutemui...
namun kutahu, jalinan ukhwah ini takkan terhenti


terima kasih sahabat...
kerana sudi menjadi sahabat ku..
peneman di kala suka dan duka...
pendengar setia pada setiap omelan dan kata-kata

Sesungguhnya, perjalanan hidup tak dapat ku duga...
setelah 12 tahun...kau tetap sahabatku...
moga berterusan walau untuk 120 tahun lagi....(",)


Selamat Hari Lahir sahabat...
semoga setiap detik waktu yang mendatang dipenuhi iman, ketaqwaan dan kebahagiaan...


Untuk sahabatku Norasyida Ahid yang menyambut hari lahir ke-22...
dan untuk semua yang mengenali diri ini....dikau semua tetap sahabatku yang terbaik....
semoga ukhwah kita berkekalan....

Wednesday, December 26, 2007

Syari’at Qurban

Kebanyakan ulama fiqh berpendapat bahwa ibadah qurban (dengan penyembelihan haiwan ternak tertentu) merupakan syari’at dalam Islam. Hal ini ditegaskan dalam beberapa teks hadis. Di antaranya, seperti diungkapkan Anas ra. bahwa Nabi Saw menyembelih haiwan qorban dua kambing besar. (HR. Bukhari). Dalam teks hadis lain, Nabi Saw bersabda: “Barangsiapa yang memiliki kelebihan harta dan tidak mau berkorban, hendaknya tidak mendekati tempat ibadah kami”. (HR. Ibn Majah dan Ahmad).Zaid bin Arqam ra berkata: suatu saat beberapa sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, untuk apa kita berkorban?”. “Untuk mengikuti sunnah Nabi Ibrahim”, jawab Nabi Saw. “Mengapa kita harus mengikuti sunnah ini?”, tanya para sahabat. “Setiap helai rambut dari haiwan qurban akan menjadi amal kebaikan”, kata Nabi Saw. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Ibadah dengan penyembelihan haiwan qurban merupakan amalan yang paling utama pada Hari Raya Idul Adha. Amalan dimaksudkan sebagai bentuk ungkapan syukur kepada Allah Swt atas segala kurniaan yang diberikan, menghapus segala dosa yang dilakukan, di samping untuk membuka kesempatan kepada sanak saudara dan para tetangga menikmati karunia yang ada. Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Walau bagaimanapun, makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Friday, December 7, 2007

wasiat ayahanda buat puterinya

Daripada `Aisyah R.A , telah berwasiat RasuluLlah s.a.w dengan sabda baginda :

"Hai `Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafazkanlah olehmu akannya. Engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini."

"Hai `Aisyah, peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya."

Lalu aku bertanya : "Wahai RasuluLlah, mengapakah sehingga terjadinya sedemikian?"

Jawab baginda : "Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah atas kemurahan`NYA, mengkufuri nikmat`NYA, banyak berkata pada perkara yang sia~sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian~sekian harinya dan keadaan kurang akal adalah ALlah s.w.t menjadikan 2 orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

Hai `Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi, tiada bersyukur; dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu~ngadu serta mengkufuri nikmat".
Aku bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?"

Sabdanya, "Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak 2 atau 3 orang, lalu ia berkata, demi ALlah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau 1 kebajikan pun. Hai `Aisyah, apabila berkata seseorang wanita kepada suaminya "tiadalah kulihat 1 kebajikan pun daripadamu", maka ditolak oleh ALlah segala amalannya".

"Apabila seseorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka ALlah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya".

"Seseorang wanita yang memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat ALlah menghempas muka dan tubuhnya".

"Apabila seseorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur serta menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya pada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka".

"Apabila seseorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya, maka solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah ia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah ia berdoa untuk dirinya".
"Hai `Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu ia menampar~nampar muka dan mencarik~carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafa`at di akhirat".

"Hai `Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian, maka ALlah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang~orang yang mengikutinya".

"Hai `Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan akan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah senantiasa di dalam nikmat dunia serta nikmat akhirat".

"Hai `Aisyah, terlalu kerap sahabat ynag aku kasihi, Jibril; mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai `Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan oleh suaminya tetapi ia tidak memberi mahar kepada wanita itu".

"Apabila lelaki menegah hak isterinya (pakaian, makanan, dan sebagainya) maka ALlah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari akhirat nanti".

"Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh ALlah juga malaikat dan manusia sekaliannya".

"Hai `Aisyah, tidak hamil seseorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu akan diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan ALlah".

"Tidaklah seseorang wanita yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali ia menyusukan juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai `Aisyah, apabila seseorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya, maka berseru suara dari langit : Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan~amalan yang akan datang".

"Hai `Aisyah, apabila seseorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya, maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya serta dosa yang lampau; sama ada disengaja atau tidak disengaja".
"Apabila seseorang wanita itu bersabar atas kejahatan suaminya, maka ia seperti pahala orang yang menumpahkan darah dalam perang sabiliLlah. Selain itu, ia tergolong dalam golongan 'qanitaat' (banyak ibadah), 'zakiraat' (kuat mengingati ALlah), muslimin dan mukminat yang banyak beribadah".

"Maka, bersungguh~sungguhlah kamu. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh, dan Nabi Luth".

Thursday, December 6, 2007

Ayat-Ayat Cinta. (Movie Trailer)



Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdullah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Azhar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.
Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kiyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.
Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?
Fahri bin Abdullah, 28 th (Fedi Nuril)
Mahasiswa bersahaja yang memegang teguh prinsip hidup dan kehormatannya. Cerdas dan simpatik hingga membuat beberapa gadis 'jatuh hati'. Dihadapkan pada kejutan-kejutan menarik atas pilihan hatinya.

Aisha, 25 th (Rianti Cartwright)
Mahasiswi asing keturunan Jerman dan Turki, cerdas, cantik dan kaya raya. Latar belakang keluarganya yang berliku mempertemukan dirinya dengan Fahri.

Maria Girgis, 26 th (Carissa Putri)
Gadis Kristen Koptik yang jatuh cinta pada Islam. Dia menderita karena cinta yang teramat dalam kepada Fahri.

Noura bin Bahadur, 22 th (Zaskia Adya Mecca)
Siksa telah menjadi bagian dalam hidupnya. Janin yg dikandungnya menjadikannya terobsesi pada Fahri untuk menjadi ayah dari calon bayinya.

Nurul Azkiya binti Ja'far Abdur Razaq, 26 th (Melanie Putria)
Anak kyai besar di Jawa Timur. Dengan aura yang menenangkan, kecerdasan dan kualitasnya menyatukan segala kelebihannya, dia sangat percaya diri untuk meminang Fahri sebagai suaminya.

Wahai orang yang lembut hatinya,
Aku tak ada siapapun kecuali Alloh dihatiku,
Aku ingin menjadi yang halal bagimu,
Yang akan kau kecup keningnya ...



credits to www.ayatayatcintathemovie.com

Tuesday, November 6, 2007

Pengilan Lagik...



Assalamua'laikum w.b.t... Baruk ari ya jak pengilan bang Bob (Wan Azizan) di Sebuyo, dah ada gik jemputan baru... Murah rezeki tahun tok...

InsyaAllah 2 Disember tok, seorang gik Abang kita yang akan menamatkan zaman bujangnya. Abang berkaliber graduan over sea (US) yang dahulunya belajar di SMS (Sekolah Menengah Sains). Abang Awang Samsul (gambarnya di sebelah). Mun nak kenal ngan nya gik, check out his blog, Asbah .


Tahniah buat kalian..

Walimah yang akan dilangsungkan di rumahnya. Rumahnya depan rumah bang syed, Lot 68, Jalan Semariang Batu,Petra Jaya, Kuching. 93050 Sarawak.Majlis akan bermula pada pukul 10.00 pagi. Jemputlah datang beramai-ramai! Doa kami, mudahan berkekalan hingga ke pintu syurga... Amin
Wassalam

Wednesday, October 31, 2007

Generasi Baru

Alhamdulillah...
Semakin makmur bumi Sarawak. Tahun ini, ada pembaharuan pada kakak-kakak PERKEPIS kerana kerana ada yang sudah bergelar ibu. Kak Shida Ahis, isteri Bang Ayoi selamat melahirkan seorang puteri, Nur Saafiyah dan Uktie Munawaroh (Kak Mumun), zaujah Ustz Hasfa sekarang menimang putera sulung mereka Muhammad Jibril Hakim.
Manakala di seberang ...
Kak Ainin Hafizah (bekas setiausaha PERKEPIS kampus UNIMAS), isteri Bang Shaham gembira menyambut puteri mereka, Wan Adlina Sorfina. Kak Suhana Adura (bekas Timbalan Amirah 1 PERKEPIS kampus UNIMAS) dan Bang Haikal khabarnya juga sudah menimang cahaya mata.
HEWI mengucapkan tahniah dan medoakan kerahmatan berpanjangan buat kalian sekeluarga. Kehadiran generasi baru pasti akan membawa perubahan suasana dalam perkepis. Moga generasi baru ini bisa menyambung perjuangan kalian.
Tahniah juga buat Bang Wan Azizan baru sahaja bergelar suami kepada Kak Afifah. Moga kalian dimurahkan rezeki dan berkekalan di dunia dan di akhirat...
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang tidak putus-putus. HAMKA pernah menulis, setiap saat berjuta-juta tidak terkira nikmatNya. Anugerah oksigen yang dihirup, jantung yang berdegub, kaki dengannya engkau melangkah, semuanya anugerah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kelahiran juga satu anugerah yang tidak terhingga. Kegembiraan seorang lelaki yang baru bergelar suami. Kegembiraan wanita yang baru bergelar isteri, Kegembiraan seorang suami yang baru bergelar Bapa. Kegembiraan seorang isteri yang baru bergelar ibu. Semua itu pasti tidak dapat diungkap dengan kata.Kami semua turut tumpang gembira. Tahniah buat kalian..