Tuesday, February 23, 2010

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA RASULULLAH S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.


Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.



BIODATA RASULULLAH SAW

#Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
#Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
#Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
#Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
#Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
#Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
#Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
#Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

#Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

#Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
#Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

#Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
#Baginda dipelihara pula oleh bapa sa uda ranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

#Bersama bapa sa uda ranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
#Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

#Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
#Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

#Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
#Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
#Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
#Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

#Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
#Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
#Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

#Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

#Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
#Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

#Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

*Khadijah Binti Khuwailid.
*Sa uda h Binti Zam'ah.
*Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
*Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
*Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
*Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
*Zainab Binti Jahsy.
*Maimunah Binti Harith.
*Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
*Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهمصلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya s uda h pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihani mu di akhirat kelak.



**terima kasih kepada: aurora_d_vermilion@yahoo.com

Friday, February 19, 2010

AKU PENGKAGUM WANITA ITU!

Oleh: Norazlina Jusin

Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah terhadap ketentuan-Nya


Kisah Siti Hajar meruntun sukma…
Bersama bayi kecilnya dia ditinggalkan di lembah gersang membakar…
Suami tercinta, Ibrahim berlalu dengan linangan air mata…
Rahsia dari arahan Tuhan tidak pernah dipersoalkan, hanya patuh atas setiap perintah-Nya.

Tanpa makanan, tanpa minuman, tiada pepohonan, tiada insan buat peneman..
Hanya bayinya Ismail yang mulai menangis…ratap sayunya kerana lapar dan kehausan..
Pedih hati seorang ibu, kasihnya membara menguatkan jiwa…
Ke sini dan ke sana, antara dua bukit Hajar berlarian bagai tak kenal erti lelah…
Harapan menjejak air buat merawat dahaga putera tercinta

Dari jauh bagaikan ada, namun mendekat nyata ia fatamorgana..
Putus asa tidak pernah singgah di hatinya, mencari dan terus mencari….
Berlari dan terus berlari, hingga berulang alik sampai tujuh kali…
Ingatan pada kata-katanya sendiri tersemat kukuh saat si suami berlalu pergi,
“Jika ini perintah Ilahi, pasti DIA tidak akan mensia-siakan kami!”

Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah dengan ketentuan-Nya


Bersuamikan Fira’un Maharaja perkasa, gelaran ratu menghiasi singgahsana…
Permaisuri Asiah jelitawan mulia, kedudukan bukan untuk bermegah..
Hanya sahaja melayan resah, suami di sisi berbeza aqidah…
Angkuh sombong zalim pemerintahan, takbur mendakwa dirinya Tuhan..
Dilepas hidup dakwanya mampu menghidupkan…
Dihukum bunuh, sangkanya mampu mematikan.

Terhibur hatinya tatkala mendapat tahu,
Masyitah si tukang sisir menyembah Yang Esa..
Berkongsi rasa, berbagi cerita, saling mendorong teguh beragama..

Suatu ketika Masyitah menyisir rambut puteri Maharaja..
Terlancar di bibirnya saat mengambil sisir yang jatuh….
“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.
Si puteri tersinggung mendengar ayahanda dihina..
Mengadu cerita, membangkit amarah ayahandanya..
“Siapakah Tuhan yang kau sembah?”

Teguh pendirian, tidak berganjak, kata-kata Masyitah mencetus lahar..
“Tiada Tuhan selain Allah , Penguasa sekelian alam dan segala isinya”
Masyitah diberi dua pilihan, mengaku kufur atau tetap beriman..
Bersaksikan rakyat jelata dan Fir’aun durjana…
Di hadapannya kuali besar tersedia, menunggu hukuman penamat usia…

Menatap bayi di dalam pelukan, cinta ibu menghadirkan belas kasihan..
Takdir Allah, si anak kecil lunak bersuara, memujuk Masyitah memilih keimanan
“Wahai ibuku, Jangan kau ragu, pintu Syurga terbuka menanti kita”.

Tanpa jeritan, tanpa keluhan,
Masyitah dan anaknya terjun ke dalam kuali besar..
Wangi semerbak mengiringi pemergian..
Roh mulia bertemu Allah Yang Maha Esa..
Menyaksikan suami menzalimi wanita dan bayi yang lemah..
Membakar jiwa Asiah, mewarwar kebenaran aqidah..
Fir’aun menganggap permaisurinya gila…
Menyiksa Asiah tanpa belas dan rasa duka..

Sebelum nafas berakhir di dunia, ke hadrat Yang Kuasa Asiah berdoa
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga,
Selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya,
Serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah dengan ketentuan-Nya

Monday, February 15, 2010

Latihan Kefasilitatoran Asas 2010: Generasi Harapan

Panjatan syukur yang sebanyak-banyaknya dirafa’kan ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan keizinan-Nya dan pertolongan-Nya program Latihan Kefasilitatoran Asas 2010 di bawah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) telah berjaya dijalankan dengan baik. Seramai 70 orang peserta yang mengikuti program sehingga ke akhir di Kem Eastvalley, Serian, yang datangnya daripada Kuching, Kota Samarahan, Sri Arjuna, Serian, Balai Ringin, dan Gedong telah memberikan partisipasi yang pada hemat saya cukup memberangsangkan. Ada dua orang peserta daripada Balai Ringin dan Kota Samarahan yang terpaksa meninggalkan program lebih awal kerana kematian ahli keluarga. Semoga arwah ahli keluarga mereka yang meninggal itu dicucuri Rahmat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Bagi saya, program selama 4 hari 3 malam itu yang bertujuan untuk melatih generasi muda Islam Sarawak untuk menjadi fasilitator yang baik, dengan fokus khusus untuk membantu menjayakan program-program latihan dan pembangunan belia Islam Sarawak di bawah BPP-MIS, adalah antara program latihan kami yang paling baik setakat ini. Mungkin kerana tahap kematangan para pesertanya – yang sebahagian besar adalah merupakan bekas peserta, ahli jawatankuasa dan malah fasilitator program BPP-MIS – membolehkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan cukup lancar. Secara peribadi, saya cukup gembira dengan ‘batch’ peserta latihan kefasilitatoran kali ini – saya membayangkan mereka sebagai generasi harapan yang ‘boleh pergi jauh’ dalam konteks membantu usaha membangunkan umat Islam Sarawak.



Justeru, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada: Syafeez, Fikri @ Epy, Zarul Faizi, Zumar, Azrolnisham, Haszli Jofri, Wan Nur Amirah, Norhayati, Hairani, Adzreen Shalidza, Sharifah Farhanah, Emylia, Kharemahtun, Fatin Nadzirah, Azimaziah, Mazianah, Rasida @ Memey, Seni Julita, Erwina, Dayang Atikah, Rashidi, Sayuti, Amirrul Rizwan, Hamzah, Safarudin, Atina, Suraidah, Ayati, Paimah, Norlila, Noraniza, Siti Hamdiah, Khasumawati, Anita, Hamisahthushima, Salbiana, Norhaiza, Dayang Suliza, Zaid Norhaza, Norizam, Siti Nabilah, Nor Azalina, Nobazimah, Hayati Mohd. Aras, Nina Falina, Anir Syazwan, Shrul Amyra, Khushaire, Setimah, Hafsah, Sahniza, Hasanah, Siti Hanisah, Nurezzarinni, Khusnul Khatimah, Siti Amira, Laila Turushima, Mimah, Izzaitul, Nadzirah, Kheirunnisa, Siti Binti Yusup, Fazilatul Akma, Rahmah, Hajemah, Norafidah, Nurzarina, Nur Hidayah, Alkahafi, dan Azreen.

Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala membuka pintu-pintu hati mereka, melapangkan dada serta menguatkan kefahaman mereka. Mudah-mudahan apa yang telah kami sampaikan sepanjang program Latihan Kefasilitatoran Asas tersebut dapat benar-benar dihayati dan dijadikan panduan yang bermanfaat. Paling penting, kita semua yang bergelar fasilitator haruslah memahami hakikat diri kita sebagai seorang insan yang terhutang kewujudan kita kepada Allah Yang Maha Mencipta. Memahami hakikat diri kita yang sedang berada di dalam keadaan ‘berhutang’ kepada Allah itu akan membawa kepada penyerahan diri (Islam) secara mutlak kepada Allah. Hal ini adalah sangat penting kerana di peringkat paling fundamental, fasilitator adalah – tidak lain dan tidak bukan – seorang insan.


Oleh sebab itulah, perkara yang paling penting untuk dipupuk di kalangan fasilitator bukanlah kemahiran bercakap, menguasai pentas, ataupun mengendalikan kumpulan LDK; tetapi, perkara terpenting untuk dipupuk adalah budaya ilmu. Tanpa budaya ilmu yang utuh, seorang fasilitator itu hanyalah akan menjadi seorang fasilitator yang hipokrit dan ‘plastik’, yakni seorang fasilitator yang hanya berpura-pura sebagai seorang manusia yang unggul dan hebat sedangkan hakikatnya dirinya tidak punya ‘isi’.



Saya mendoakan semoga semua peserta Latihan Kefasilitatoran Asas 2010 yang baru sahaja selesai akan dapat menjadi fasilitator yang benar-benar bersifat ‘muaddib’ dan ‘murabbi’. Bukan ingin memberikan tekanan, tetapi sekadar harapan; dengan memahami, sudah tentu, untuk menjadi seorang insan yang bersifat ‘muaddib’ dan ‘murabbi’ bukannya mudah dan merupakan satu proses yang panjang dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya ke atas kita semua.