Tuesday, May 27, 2008

Pesanan Buat Seluruh Warga PERKEPIS

Nota Usrah: Pesanan Buat Seluruh Warga PERKEPIS
Segala lafaz puji kita rafakkan ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan izin dan kehendak-Nya maka kita berpeluang untuk sekali lagi berkumpul dalam sesi usrah pimpinan PERKEPIS. Demi mencapai maksud dakwah, kita dipertemukan di sini dengan tujuan untuk mengukuhkan tautan hati ke hati sesama kita, di samping memperdalami ilmu sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan ini.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Kita mempunyai satu matlamat yang besar, yakni untuk membina dan memimpin tamadun khayra ummah. Berdasarkan kepada model negara Madani yang dibina dan dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., kita ingin kembali meletakkan Islam di tempatnya yang sepatutnya dan mengembalikan kekuasaan sistem khilafah. Tugas ini merupakan satu tugas yang besar tetapi dipikul oleh insan-insan yang kerdil seperti kita. Oleh sebab itulah kita perlu mendokong gerakan Islam yang komprehensif demi merealisasikan cita-cita Islamiyyah. Gerakan Islam yang komprehensif ini adalah gerakan yang menggembleng tenaga dan kepakaran umat dalam pelbagai bidang, melaksanakan ‘amal Islami secara bersepadu, dan mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran yang tersusun agar dapat memandu gerak kerja jemaah secara lancar. Dengan adanya gerakan Islam yang berorientasikan Tanzim Haraki, barulah mungkin kita mencapai matlamat akhir dakwah yakni untuk membawa manusia supaya tunduk sepenuhnya ke hadrat Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):
“Maka Demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) belum lagi beriman hinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”(An-Nisa’: 65)Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (Al-Maa’idah: 44)Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):

“Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah.” (Al-Anfal: 39)Untuk mencapai matlamat akhir tersebut, maka kita perlu memenuhi beberapa garis besar haluan perjuangan, yakni:

1. Membina personaliti Islam.2. Membina keluarga Islam.3. Membina masyarakat Islam.4. Membina negara Islam.5. Membina dunia Islam.Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Perjuangan kita masih jauh. Kita sekarang berada di peringkat pelajar, dan jika merujuk kepada haluan perjuangan yang dinyatakan di atas maka perjuangan kita sekarang baru berada di tahap pertama (membina personaliti Islam). Tetapi bersyukurlah kerana kita yang berada dalam PERKEPIS sekarang ini berpeluang untuk menanam benih perjuangan yang kita harapkan akan diteruskan oleh adik-adik kita yang akan mengambil alih tampuk kepemimpinan PERKEPIS selepas ini. Insya-Allah, seandainya kita berjaya meninggalkan satu platform yang baik yang akan diikuti dan dimanfaatkan oleh generasi selepas kita, kita adalah orang yang beruntung kerana ganjaran pahala akan berterusan kita perolehi.Namun, proses pembinaan ini bukan sesuatu yang mudah. Tribulasi dan mehnah itu lumrah. Saudara Saifuddin Abdullah menyatakan dalam konteks persatuan pelajar, masalah yang sering dihadapi adalah:

1. Kesuntukan tenaga kerja sepenuh masa.
2. Sumber kewangan yang tidak mencukupi.
3. Kurangnya kemahiran pengurusan.
Dan perkara ini menyebabkan timbulnya masalah-masalah lain seperti:
1. Kekurangan tenaga manusia.
2. Ketidakmampuan menaja aktiviti.
3. Perancangan aktiviti secara “ad-hoc”.
4. Aktiviti tidak dijalankan dengan sempurna.
5. Timbul masalah-masalah yang sepatutnya dapat dielakkan.
Oleh sebab itu, kita selaku pemimpin perlulah menabur komitmen sebanyak 100% dan melaksanakan Tanzim Haraki dengan sebaiknya. Kita adalah sukarelawan yang mendaftar sebagai “Ansarullah”. Maka, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah membina peribadi terpuji generasi muda sehingga mencapai tahap seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Saidatina Fatimah Az-Zahra, Saidatina Aisyah r.a., Sheikh Muhammad al-Fatih, dan Imam as-Syahid Hassan al-Banna. Juga seperti generasi muda al-Kahfi yang diiktiraf oleh Allah S.W.T. peranan besar mereka.

Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):“…Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi: 13)Latih dan pupuk diri kita agar kita dapat menjalankan tanggungjawab kita selaku pemimpin PERKEPIS dengan sebaik-baiknya. Kita perlu ingat bahawa semakin PERKEPIS maju ke hadapan, semakin hebat cabaran yang akan dihadapi. Persiapkan diri kita dari aspek sikap, kemahiran, dan ilmu. Untuk melakukan persiapan ini maka kita mempunyai garis panduan yang tersendiri yang perlu dibudayakan.

Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):“Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama.” (An-Nisa’: 71)Hayati Budaya Ilmu

Pertama sekali, budayakan budaya ilmu dalam kehidupan kita. Aspek ilmu penting dalam proses kita membina diri dan membina jemaah.Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):
“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah: 122)Ilmu itu adalah cahaya yang akan dapat memandu kita untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Dengan membudayakan ilmu, setiap tindakan kita dalam gerakan ini akan dilandaskan dengan ilmu yang sahih. Perlu diingatkan, asas ilmu adalah Al-Quran dan Al-Hadith. Oleh sebab itu, kita seharusnya perlu mendalami dan memantapkan pengetahuan kita dalam Al-Quran dan Al-Hadith sebelum kita menjadi pakar dalam bidang-bidang yang lain seperti komputer, perubatan, perakaunan, kejuruteraan dan sebagainya.

Ibnu Khaldun terkenal dengan sumbangan besarnya dalam bidang Falsafah Sejarah dan Sosiologi melalui bukunya Muqaddimah. Al-Khawarizmi pula merupakan pakar dalam bidang matematik, astronomi, dan geografi. Beliau dikatakan sebagai orang yang mengasaskan algebra, dan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia matematik melalui bukunya Al-Jabr wa-al-Muqabilah. Ibnu Sina pula mungkin boleh dikatakan sebagai saintis Islam paling popular. Pakar dalam bidang fizik, falsafah, ensaiklopedia, matematik, dan astronomi. Namun, sumbangannya yang terbesar adalah dalam bidang perubatan melalui kitabnya yang tersohor, al-Qanun fi at-Tibb. Semua ilmuan Islam yang dinyatakan ini mempunyai kepakaran dalam lebih daripada satu bidang, dan mempunyai sumbangan yang besar kepada dunia intelek. Dan, kesemua mereka ini telah menghafal al-Quran dalam usia yang tersangat muda.Oleh sebab itu, dalam usaha kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai satu knowledge based movement yang sebenarnya, kita perlu kembali menjadikan Al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber rujukan yang utama. Sebagai permulaan, pupuk kembali minat membaca di dalam diri kita sendiri kerana membaca itu adalah cara mudah untuk mendapatkan ilmu. Jika secara purata rakyat Malaysia membaca sebanyak 2 buah buku setahun, maka kita yang membudayakan ilmu perlulah meletakkan sasaran yang lebih tinggi daripada itu.

Selain daripada itu, perbanyakkan diskusi ilmiah sesama kita agar dapat kita memperbetulkan kesilapan, di samping bertukar-tukar pandangan dan pendapat.Ali bin Al-Hassan r.a. berkata:
“Suatu malam aku melangkah keluar masjid bersama Ibnu Mubarak, selepas Isyak, kami terus membicarakan sebuah hadis sehingga kami dengar azan Subuh.”
Saidina Ali k.w.j. mengatakan:“Ilmu itu lebih utama daripada harta benda. Ilmu menjaga anda, tetapi anda menjaga harta benda. Ilmu akan bertambah jika dibelanjakan, tetapi harta benda akan berkurangan. Ilmu sering menghukum, manakala harta sering dihukum.”Hayati Amalan Kerohanian

Kita sedar bahawa matlamat akhir kita adalah untuk memastikan semua manusia tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Dalam hal ini, kita perlu membina hubungan dengan Allah yang mantap. Ini memerlukan iman dan taqwa yang mantap. Tetapi, kemantapan iman seseorang tidak mungkin tercapai kalau hanya diasaskan kepada rasional dan ilmu semata-mata dalam hubungannya dengan Allah S.W.T. Oleh sebab itu kita perlu memantapkan amalan kerohanian kita dalam usaha membina kecintaan terhadap Allah S.W.T. Mulakan dengan aktiviti Qiyamullail secara konsisten.Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):

“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.” (Al-Muzzammil: 6)Kita mengetahui matlamat akhir kita adalah untuk mendekati Allah S.W.T. dengan penuh rasa cinta. Oleh sebab itu, kita perlu membanyakkan qiyamullail dan bacaan al-Quran sebagai salah satu cara untuk mendidik jiwa kita agar sentiasa mencintai dan mengingati Allah S.W.T. Untuk mencapai ke tahap ini perlu kepada mujahadah, yakni kesungguhan untuk melaksanakan dan menghayati amalan serta mengatasi segala halangannya. Insya-Allah, apabila kita sudah mampu untuk mengecapi halawatul iman, segala dugaan yang besar akan menjadi kerdil pada kita.

Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):“…Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”(Ar-Ra’d: 28)Hayati Amal Syura dan Amal Jama’iyy
Apabila kita meletakkan diri kita dalam jemaah, maka kita perlu memahami bahawa kita mesti menggabungkan matlamat diri dan matlamat gerakan. Hal ini demikian kerana hakikat kejadian kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Begitu juga matlamat gerakan, yakni untuk membawa semua manusia untuk tunduk menyerah secara total kepada Allah S.W.T. Oleh sebab itu, apa jua tindakan kita perlulah dibincangkan bersama sesama ahli jemFirman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Asy-Syuura: 38)
Hayatilah Tanzim Haraki. Fahami organisasi kita. Kita bergerak sebagai satu jemaah. Kita perlu memantapkan ukhuwwah sesama kita supaya lebih mudah untuk kita bekerja secara bersama-sama. Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady menggariskan beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan sistem syura ini dalam konteks sejarah Islam yang telah lalu:

Sistem syura adalah sebahagian daripada sistem Khilafah yang tidak boleh terpisah daripadanya.
Syura dalam ertikata system rundingan bukanlah memaksudkan kedaulatan ada pada insan, bahkan kedaulatan dalam sistem syura ada pada Allah S.W.T., lepas itu kedaulatan ada pada hukum syara’. Syura berlaku dalam pemilihan pemimpin tertinggi dan juga para pemimpin bawahan.

Syura sebagai sistem tidak melibatkan pemilihan umum secara Barat moden di mana pemilihan bersifat kuantitatif, walhal dalam Islam pemilihan adalah bersifat kualitatif.
Syura tidak boleh disamakan dengan demokrasi oleh kerana tidak ada kedaulatan manusia dalam Islam.

Ahlul-hall wal-‘Aqd (ahli syura) tidak boleh disamakan dengan wakil rakyat dalam zaman ini.
Dalam sistem syura tidak ada pengumpulan manusia dalam kumpulan-kumpulan demi untuk canvassing atau ada paksaan dan sebagainya, semuanya berdiri sebagai satu ummah.

Tidak ada pembangkang dalam syura, tidak ada “watch dog” sebab dasarnya bukan konflik yang hendak dijadikan asas beramal tetapi kerjasama.

Keputusan syura bukan dengan mengundi angkat tangan bahkan dengan keputusan amir setelah mendengar kata-kata anak jemaahnya.
Ketaatan kepada keputusan adalah kemestian dan kebimbangan kuasa tidak terkawal tidak timbul sebab kedaulatan ada pada syariat, dan juga tidak ada ketaatan dalam hal derhaka kepada Allah.
Adab dalam syura; bila seseorang itu diterima usulnya hendaklah ia beristighfar dan bila usulnya ditolak hendaklah ia bersyukur.
Dalam sistem syura, tidak ada lobi-melobi dan sebagainya.

Iltizam Dengan Isu Semasa
Kita perlu sentiasa peka dengan isu semasa. Banyakkan membaca suratkhabar, melayari internet, serta berbincang dengan golongan-golongan pemimpin dan intelek. Aspek ini penting kerana ia akan membina pemikiran kita agar sentiasa selari dengan arus semasa. Apabila kita memahami isu semasa, maka barulah boleh kita mengambil tindakan yang sewajarnya. Sepertimana pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, baginda membekukan hukuman potong tangan kepada para pencuri kerana masa itu adalah musim kemarau dan banyak orang kebuluran.Kita perlu memahami isu semasa agar kita dapat melakukan ijtihad dengan sewajarnya. Antara isu yang paling hangat sekarang ini adalah isu keganasan yang dikaitkan dengan Islam. Dengan memahami punca, akibat, dan realiti yang berlaku maka barulah kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Apatah lagi dalam keadaan dunia sekarang di mana informasi dapat tersebar dengan sekelip mata sahaja. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya zaman itu pantas bergerak.”

Oleh itu, untuk mengejar zaman kita perlu beriltizam dengan isu-isu semasa. Untuk membentuk satu tamadun, kita perlu mengetahui keadaan tamadun yang ada sekarang. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Menjadi satu kemestian bagi seseorang individu mempunyai akal fikiran yang mengetahui zamannya.”Hayati Ruh Jihad Fisabilillah

Tahap inilah tahap yang paling penting yang kita ingin capai. Budaya yang kita tanam dalam diri kita haruslah mampu menjadikan diri kita seorang mujahid yang mempunyai segenap keberanian dan kesanggupan untuk turun berjuang di jalan Allah. Seandainya kita benar-benar mencintai Allah S.W.T. dan perjuangan dakwah, maka kita akan sanggup berkorban.Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):

“Katakanlah: jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (At-Taubah: 24)Jihad kita masih di tahap yang rendah, tetapi kita sudah berhadapan dengan pelbagai dugaan. Allah S.W.T. beberapa kali berfirman dalam Al-Quran tentang kewajipan berkorban untuk berjihad. Kita berjihad dalam pelbagai bentuk, tetapi terutama sekali berjihad dengan harta dan diri kita.

Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yakni) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” (As-Saff: 10-11)Kita juga perlu menyedari bahawa apabila kita sudah berada dalam saf kepemimpinan PERKEPIS, bererti kita sudah mendaftar diri sebagai “Ansarullah”. Kita sudah mengikuti usrah, kita sudah mendalami ilmu agama, dan kita memahami tentang kewajipan bekerja untuk Islam. Oleh sebab itu, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk berjihad. Jika tidak, Allah S.W.T. menjanjikan balasan-Nya sepertimana yang berlaku kepada sahabat-sahabat yang enggan mengikuti Perang Tabuk.

Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (At-Taubah: 39)Ayuh, berkorban apa sahaja untuk perjuangan ini. Semangat jihad perlu kita terapkan dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana segala aktiviti yang kita lakukan dalam jemaah ini adalah jihad jika diniatkan sebagai ‘amal Islami.

Sabda Rasulullah s.a.w.:“Barangsiapa mempersiapkan seorang tentera penyerang di jalan Allah maka sesungguhnya ia telah berperang.” (Hadith Sahih riwayat at-Tirmidzi)
Dalam konteks kita selaku pelajar yang berada dalam PERKEPIS, banyak perkara yang boleh kita korbankan. Baik dari aspek masa, harta, mahupun tenaga. Tiada ada yang perlu kita risaukan kerana Allah S.W.T. sudah menjanjikan pertolongan kepada kita.Firman Allah S.W.T. (yang lebih kurang maksudnya):

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Ayuh kita rapatkan saf dan bersama-sama bergerak ke arah merealisasikan matlamat kita. Jalan dakwah ini sukar dan panjang, tapi garis panduan sudah terbentang untuk kita mengharungi jalan ini. Insya-Allah, kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai “Ansarullah”.Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T., dan segala yang tidak baik itu adalah kelemahan diri saya sendiri, dan saya mohon pengampunan daripada Allah S.W.T.

Wassalam.
Abdul Muntaqim Bin ZulkipliKuching, Julai 2004.
Abdul Mutaqim merupakan mantan YDP PERKEPIS untuk sesi 2004

BAJU KURUNG SEKOLAH - ADAKAH MENUTUP AURAT?

23 MEI 2008/ 17 JAMADILAWAL 1429 H

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai’ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang. Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelakii Malaysia semua sebagai ‘mata keranjang’ akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang ‘seksi’ atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya. Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat.

PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya. Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imejj tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat , etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.
Munirah Bahari
Pengerusi HEWI PKPIM
sumber

Wednesday, May 21, 2008

REHLAH HEWI



Alhamdulillah panjatan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah membantu dan memudahkan segala perjalanan program PERKEPIS pada 16-17 Mei 2008 bagi program Rehlah HEWI di Kem Permai Kuching. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana program selamat dijalankan tanpa banyak kesulitan.Dalam Rehlah HEWI kali ini, antara yang hadir, pimpinan HEWI PERKEPIS, HEWI Akademi Bestari Muda dan program dimeriahkan lagi dengan kehadiran HEWI PERKEPISMA. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengeratkan lagi ukhuwah diantara 2 generasi. Berikut merupakan beberapa gambar program yang sempat diambil sepanjang aktivi dijalankan.


Dua kumpulan sedang menunggu giliran untuk bertanding





Acara meniup "belon" sampai pecah








Acara mengisi air ke dalam botol








Solat Sunat Dhuha di tepi pantai




Makan bersama sambil berkongsi pengalaman, pandangan serta nasihat seorang kakak kepada adik-adik
PERKEPIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang turut hadir dan yang membantu kelancaran program rehlah HEWI dan tidak dilupakan juga kepada mantan pimpinan HEWI yang banyak membantu dalam menyumbangkan kewangan bagi penginapan program .Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.Semoga ukhuwah kita berkekalan.

Saturday, May 10, 2008

Baramij Taakhi Wa Talahum



Keberangkatan Ke Lundu

Taaruf dengan.... Pantai


Ketibaan Peserta Program

Barisan Fasilitator


Peserta Program

Wednesday, May 7, 2008

HAKIKAT PENGURUSAN MASA YANG BERKUALITI


Allah swt berfirman dalam surah al-Asr, maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Berdasarkan ayat ini Allah swt telah menjelaskan kerugian yang dialami manusia kecuali segelintir yang menepati empat syarat tersebut . Persoalan yang elok ditimbulkan dalam konteks ini ialah pengurusan masa secara bjaksana yang disebut sebagai quality hours oleh masayarakat barat . Apabila menyebut perkara ini dua perkara utama yang berkaitan ialah peruntukan masa dan pengisiannya . Setiap suami isteri selalunya mendakwa sudah memberikan kasih sayang pada anak-anak menerusi peruntukan masa bersama mereka dalam sesuatu tempoh masa . Demikian pula di kalangan para suami , ramai yang mengatakan sudah memperuntukkan sebahagian masa untuk isteri . Hal yang sama mungkin berlaku pada isteri yang berkarier .

Para pelajar pula mungkin mendakwa bahawa jadual yang mereka lalui saban hari sudahpun menunjukkan mereka berjaya mengisi masa dengan saksama . Adakah setiap individu di atas sudah memenuhi tuntutan pengisian masa secara tepat dan efektif . Menjawab soalan ini yang berhubung rapat dengan kehidupan kita dan kita meyakini bahawa antara perkara yang akan disoal di akhirat ialah pengisian masa , perlulah kita merujuk kepada model masyarakat iaitu Nabi saw . Seerah menunjukkan bahawa Nabi saw walaupun sibuk dengan kegiatan harian melibatkan rusan negara dan masyarakat , tetapi ternyata baginda masih ada masa untuk isteri , anak dan cucu baginda . Baginda sentiasa melakukan aktiviti kekeluargaan secara kemas dan teratur . Baginda ada masa untuk para sahabat dan kaum keluarga. Demikian juga dengan para sahabat r.hum yang ternyata berperanan besar dalam pembentukan negara yang kuat di arena antara bangsa . Masyarakat yang kuat tentunya dibina di atas unit-unit keluarga yang kukuh .

Untuk memenuhi kriteria penggunaan masa secara tersusun itu , sebenarnya Allah swt telah memberikan panduan menerusi ayat-ayat dari surah Al-Asr di atas . Syarat yang pertama mestilah iman , diikuti dengan amal salih yang menepati petunjuk kenabian. Seterusnya tanggungjawab yang berikutnya ialah kewajipan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.Maksudnya ialah tuntutan mengisi masa secara berkualiti itu bukan terbatas dari sudut peruntukan sahaja, tetapi yang lebih penting dari itu ialah bagaimana mengisinya . Perkara ini harus difahami sebaik mungkin kerana ramai yang telah memperuntukkan masa untuk melakukan sesuatu aktiviti , tetapi tidak ramai yang berjaya menemui hasil yang baik dari apa yang diperuntukkan itu .


Sumber: http://zahazanmohamed.blogspot.com/