Wednesday, April 23, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan

Selamat Menduduki Peperiksaan Buat kalian yang berada di menara gading. InsyaAllah setiap kesulitan bersama-samanya kemudahan.

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya
jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka kepadanya." At-Talaq:2-3

Monday, April 7, 2008

apa yang aku dah lakukan???( 2) isu FITNA

salam...
sekadar respon untuk membuka minda diri dan pembaca...

agak-agak apa yang kita lakukan selepas isu filem pendek FITNA itu timbul?
Kalau sebelum ini karikatur rasulullah s.a.w..

hakikatnya banyak lagi yang telah mereka lakukan pada Islam.
tidak cukupkah???

cukupkah sekadar protes?
tanpa cuba kita terangkan hakikat sebenar islam itu bagaimana?
ramai yang tak sedar islam itu bagaimana..

agak-agaknya kenapa?
kadang-kadang kita menuding jari kepada pihak lain tanpa memandang diri sendiri..
banar atau tidak kita harus akui...mungkin bukan semua, tapi ramai...

kita sendiri tak sampaikan islam tu..jadinya yang tidak faham hakikat sebenar islam itu bagaimana, terus terima tanpa soal...tak kisah lah orang itu muslim atau non-muslim...

berapa ramai yang murtad kerana persoalan mereka tentang islam tidak terjawab?
dan berapa ramai juga yang tidak percaya kebenaran islam kerana salah faham????

kita sedar, tapi kita buat apa?


marilah semua...saya menyeru diri dan semua...
mari kita cakna tentang itu semua..

jangan pentingkan diri!!!
mari kita betulkan persepsi semua tentang islam...

ISLAM itu cantik!!!mari kita sama-sama buktikan!!!
Yang boleh bercakap, mari ke depan...
Yang boleh menulis, kita sebar-sebarkan tulisan kita...
Moga amal yang sedikit itu mendapat tempat disisiNya dalam menegakkan ISLAM itu

wallahu'alam



KARTINI SULAIMAN
utm, skudai

Friday, April 4, 2008

Ketawa???

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".
Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati". "Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".
Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila? Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa.....

Wednesday, April 2, 2008

PKPIM GESA TINDAKAN TEGAS TERHADAP KLIP VIDEO ‘FITNA’

Tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders, menghasilkan klip video pendek bertajuk ‘Fitna’ yang bertujuan untuk menghina Islam dan mencaci Al-Qur’an telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Ahli politik Belanda itu seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada isu sebuah akhbar Belanda yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad beberapa tahun yang lepas, yang telah menyebabkan ketegangan berlaku antara komuniti Islam dan bukan Islam khususnya di negara-negara Barat.Klip video selama 15 minit bertajuk ‘Fitna’ ini ternyata dengan jelas cuba menghina agama Islam, menghina Rasulullah s.a.w. dan mencaci kesucian kitab suci Al-Qur’an. Klip video tersebut memaparkan beberapa ayat-ayat suci Al-Qur’an yang dikaitkan dengan terorisme.

Umat Islam seluruh dunia nyata tersinggung dan marah dengan klip video tersebut yang mempergunakan ayat-ayat suci Al-Qur’an untuk menuduh agama Islam sebagai agama yang mendorong umatnya kepada keganasan sedangkan Islam adalah agama yang menjadikan kasih sayang dan keselamatan sebagai antara nilai asas.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mewakili perasaan pelajar-pelajar Islam seluruh negara ingin menzahirkan rasa tidak puas hati dengan penghasilan klip video tersebut yang bersifat provokatif. PKPIM ingin menggesa agar pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, serta masyarakat keseluruhannya mengambil pendirian yang tegas dengan menyatakan bantahan terhadap klip video tersebut.Selain daripada itu, PKPIM juga menggesa pihak yang berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap klip video tersebut dengan menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Belanda. Tindakan yang tegas perlu diambil kerana penghasilan klip video seperti itu adalah merupakan satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat.Namun, dalam masa yang sama, PKPIM ingin menyeru kepada seluruh umat Islam agar bersikap matang dan tidak bertindak balas secara terburu-buru dalam menangani isu ini. Umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan provokasi melampau yang dilakukan melalui klip video tersebut. Sebaliknya, masyarakat Islam boleh mengambil tindakan mengikut saranan oleh ulama’ terkemuka dunia, Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi.Dalam memberikan respon terhadap klip video tersebut, Al-Qaradhawi mencadangkan lima perkara yang boleh dan perlu dilakukan oleh umat Islam.
1. Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.
2. Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.
3. Respon dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.
4. Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.
5. Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana yang diajar dalam Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam.
PKPIM menanam harapan yang tinggi untuk negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia untuk memainkan peranan penting dalam memelihara kesucian agama Islam secara matang dan berhikmah. PKPIM juga berharap agar tidak ada lagi pihak yang akan cuba untuk menghina kesucian agama Islam, kerana hal itu hanya akan membangkitkan kemarahan umat Islam seluruhnya dan memburukkan lagi hubungan di antara masyarakat berlainan agama.
ABDUL MUNTAQIM BIN ZULKIPLI
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).