
Wednesday, August 25, 2010
BANTULAH AKU MENELADANINYA

Sunday, January 10, 2010
Wahai Gadis, Selamatkan Dirimu!
Perasaan saya bercampur baur. Pertama, saya jijik dan marah pada lelaki yang menuruti kejahatan hawa nafsu mereka dan mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis tersebut. Saya jadi seram dan takut memikirkan bahawa betapa banyak bahaya menanti wanita akibat kerakusan lelaki.
Kedua, saya sangat kasihan dengan nasib yang menimpa gadis-gadis tersebut, dalam usia yang sangat muda sudah dilanda trauma akibat dirogol. Lebih malang lagi, ada yang mengandung anak luar nikah akibat jenayah tersebut. Dan lebih menakutkan saya, ia menyebabkan pelbagai masalah sosial lain seperti pengguguran dan pembuangan anak.
Ketiga, lebih daripada rasa kasihan saya, dalam masa yang sama merasa sangat-sangat marah dengan ‘kenaifan’ gadis-gadis tersebut. Haruskah saya salahkan suspek semata-mata jika pada awalnya gadis-gadis tersebut telah ‘merelakan’ diri mereka terjebak dalam jenayah itu dengan merelakan diri mengikut lelaki tersebut.
Wahai gadis, janganlah terlalu naif. Tidakkah kalian tahu bahawa Allah melarang mendekati zina melalui pergaulan bebas dengan bersebab? Allah Maha Tahu bahawa hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan akhirnya akan melorongkan mereka ke lembah penzinaan sama ada secara rela atau paksa. Maka, janganlah kerana ‘cinta’, kau biarkan maruahmu tergadai. Janganlah kerana ‘sayang’, kau biarkan masa depan mu terbengkalai.
Wahai gadis, Allah telah mensyariatkan kaum wanita untuk menutup aurat dengan sempurna serta menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-Nya, iaitu melalui syariat-Nya sahaja manusia akan selamat dari terjebak ke lembah kehinaan. Maka, janganlah kau melanggar syariat penutupan aurat yang telah diperintahkan-Nya. Jika kau masih sombong melanggar syariat-Nya, janganlah kau melenting jika disalahkan dirimu punca kepada kebinasaanmu sendiri.
Wahai gadis, hijablah pakaianmu dengan menutup aurat sepertimana yang diperintahkan-Nya, dan hijablah hatimu dengan mengerjakan solat serta memperbanyakkan mengingati-Nya. Selamatkan dirimu dari diperdaya manusia durjana dengan mentati perintah-Nya nescaya kau akan selamat jua di akhirat sana.
Wahai ibu bapa, didiklah anak-anak kalian. Ajarkan padanya akan bahayanya biusan hawa nafsu. Nasihatlah mereka supaya menjaga aurat dan pergaulan. Peringatilah mereka akan akibat daripada melanggar syariat. Laranglah mereka menuruti kebebasan. Marahlah mereka jika syariat dibelakangkan. Apakah sayang kalian hanya pada menuruti kehendak mereka, tanpa gusar memikirkan keselamatan jua nasibnya di ‘sana’? Apakah kalian rela menyaksikan mereka hancur di dunia yang fana ini dan tersiksa di neraka akhirat?
Wahai gadis, selamatkanlah dirimu!
Sunday, November 15, 2009
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Kuala Lumpur
Saturday, April 11, 2009
Senyumlah Dalam Keletihanmu...
"Kak, saya rasa letih sangat," adu seorang adik yang keletihan selepas berprogram, ditambah pula tugasan kuliah yang membebankan. Seluruh tubuhnya keletihan dan mula mengalami gejala seperti sakit dada dan rasa lemah hingga hampir-hampir tidak mampu meneruskan tugasannya pada hari tersebut.
"Akak rasa awak stress lah," kata saya membuat 'diagnosis' selepas mendengar simptom-simptom yang diceritakannya.
"Give your body a break. All work and no play makes Jack a dull boy," saya memetik kata pepatah Inggeris.
“Rehatlah, bercuti untuk dirimu sendiri. Antara sebab-sebab futur ialah keletihan yang melampau,” saya menyambung lagi.
“Ya lah, saya rasa hidup saya ni untuk program, kerja dan thesis saja kak…” luahnya lagi, mungkin baru menyedari betapa letihnya hidupnya.
“Selain rehat, cuba ambil supplement kesihatan untuk menambahkan tenaga,” sambung saya lagi. Teringat pengalaman saya yang selalu letih di zaman belajar, dapat saya atasi dengan pengambilan supplement.

“Dan janganlah lupa berdoa. Pagi tadi akak dengar ceramah ustaz kat dalam TV, katanya Rasulullah pernah mengajarkan satu ayat kepada Muadz Bin Jabal bagaimana untuk mengatasi masalah lemah dan berhutang. Ayat ini dengan izin Allah, jika diamalkan, sekiranya kita berhutang sebanyak manapun nescaya Allah mudahkan bagi kita untuk menyelesaikannya,” kata saya.
Ayat tersebut ialah ayat ke 26 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Kepada temanku yang sedih, kecewa, tertekan, ketahuilah jalan perjuangan pastinya penuh kepenatan, kesusahan dan tekanan yang tak terjangkakan. Aku juga tak terkecuali melalui saat keletihan itu hingga kini. Namun, yakinlah kasih-Nya tetap menemani dalam keletihanmu, bantuan-Nya tetap menyusuli selepas kesusahanmu, dan kemanisan pasti akan dirasai selepas rasa tertekanmu. Bukankah Allah telah berjanji bahawa selepas kesusahan akan ada kesenangan.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: Ayat 5-6)
“Ya Allah, aku bermohon perlindungan-Mu dari rasa sedih dan dukacita, aku bermohon perlindungan-Mu dari sifat lemah dan malas, aku bermohon perlindungan-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku bermohon perlindungan-Mu dari beban hutang dan penindasan manusia. Amin..”
Senyumlah dalam keletihanmu. Semoga langkah kita sentiasa kuat menyusuri jalan yang meletihkan ini. Untuk motivasi, renungilah kata-kata hikmah dari Saidina Umar Al-Khattab:
“Jika kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, ketahuilah bahawa keletihan itu akan hilang sedang kebaikan itu akan berkekalan.”
Monday, February 25, 2008
pesan dari sahabat!
Wednesday, February 13, 2008
aku Ingin sEperti KHADIJAH
Aku ingin seperti Khadijah,
Isteri Rasulullah yang sangat dicintai,
punyai perilaku mulia,
akhlak terpuji menghiasi diri,
cerdas dan tabah yang menakjubkan,
tidak pernah gentar,
tidak pernah menyerah,
walau berdepan beribu rintangan.....
Aku ingin seperti Khadijah,
rela berkorban harta dan jiwa,
untuk dakwah seorang suami,
matang, bijak dan penuh wibawa,
menyokong, membangkitkan tekad,
membarakkan semangat dakwah suami,
segalanya untuk Islam yang kucintai.....
Aku ingin seperti Khadijah,
setia di sisi suami,
saban ketika, saban waktu,
tika susah, tika senang,
tetap utuh mempercayainya,
andai badai ganas bergelora,
tika ombak kuat menggila,
tetap aku berdiri teguh,
menyenangkan dan mendamaikan hatinya,
ku katakan rahmatNya melangit luas.....
Aku ingin seperti Khadijah,
memberi zuriat dan keturunan kepada suamiku,
zuriat yang soleh juga solehah,
pengubat hati ketika lara,
penguat langakah ketika gembira,
menjadi penyambung dakwah Rasulullah,
moga Islam kan terus bersinar.....
Aku ingin seperti Khadijah,
menjadi kisah cinta sejati suami yang disanjungi......
Ya ALLAH, Ya Tuhanku,
kurniakan aku suami yang soleh,
dia meminang dan mengahwiniku,
serta jadikan dia sahabatku,
di dunia juga di syurga.......
moga aku menjadi KHADIJAH,
di mata seorang lelaki bergelar suami,
mendapat keberkatan dan keredhaanNya.....
amin.........
KRP G10 212
1.13 pagi,
13 Muharram 1429H
23 Jan 2008
Friday, December 7, 2007
wasiat ayahanda buat puterinya
Daripada `Aisyah R.A , telah berwasiat RasuluLlah s.a.w dengan sabda baginda :"Hai `Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafazkanlah olehmu akannya. Engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini."
"Hai `Aisyah, peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya."
Lalu aku bertanya : "Wahai RasuluLlah, mengapakah sehingga terjadinya sedemikian?"
Jawab baginda : "Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah atas kemurahan`NYA, mengkufuri nikmat`NYA, banyak berkata pada perkara yang sia~sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian~sekian harinya dan keadaan kurang akal adalah ALlah s.w.t menjadikan 2 orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.
Hai `Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi, tiada bersyukur; dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu~ngadu serta mengkufuri nikmat".
Sabdanya, "Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak 2 atau 3 orang, lalu ia berkata, demi ALlah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau 1 kebajikan pun. Hai `Aisyah, apabila berkata seseorang wanita kepada suaminya "tiadalah kulihat 1 kebajikan pun daripadamu", maka ditolak oleh ALlah segala amalannya".
"Apabila seseorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka ALlah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya".
"Seseorang wanita yang memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat ALlah menghempas muka dan tubuhnya".
"Apabila seseorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur serta menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya pada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka".
"Apabila seseorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya, maka solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah ia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah ia berdoa untuk dirinya".
"Hai `Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu ia menampar~nampar muka dan mencarik~carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafa`at di akhirat"."Hai `Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian, maka ALlah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang~orang yang mengikutinya".
"Hai `Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan akan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah senantiasa di dalam nikmat dunia serta nikmat akhirat".
"Hai `Aisyah, terlalu kerap sahabat ynag aku kasihi, Jibril; mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai `Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan oleh suaminya tetapi ia tidak memberi mahar kepada wanita itu".
"Apabila lelaki menegah hak isterinya (pakaian, makanan, dan sebagainya) maka ALlah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari akhirat nanti".
"Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh ALlah juga malaikat dan manusia sekaliannya".
"Hai `Aisyah, tidak hamil seseorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu akan diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan ALlah".
"Tidaklah seseorang wanita yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali ia menyusukan juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai `Aisyah, apabila seseorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya, maka berseru suara dari langit : Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan~amalan yang akan datang".
"Hai `Aisyah, apabila seseorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya, maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya serta dosa yang lampau; sama ada disengaja atau tidak disengaja".
"Maka, bersungguh~sungguhlah kamu. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh, dan Nabi Luth".