Showing posts with label Buletin HEWI. Show all posts
Showing posts with label Buletin HEWI. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

LAPORAN JANATAQWA HEWI SIRI 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Allahu Allah…syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, diriku dan sahabat-sahabat seramai lebih kurang 17 orang memenuhi ruang rumah tempatku berteduh sepanjang tempoh praktikalku ini bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dalam program Janataqwa HEWI
anjuran HEWI (Hal-ehwal Siswi) PERKEPIS. Program yang bermula dengan menyambut kehadiran sahabat-sahabat dari segenap kawasan di Kuching me’rindok’kan hati lagi keadaan. Mereka hadir lebih kurang pada pukul 6.45 petang membolehkan yang hadir awal menyempurnakan solat Maghrib secara berjemaah bersama-sama. Aduhai, ‘rindok’nya ati…=D

Usai solat maghrib, kami makan malam bersama-sama dan meneruskan sesi suai kenal dengan secara mendalam. Allahu Allah…indahnya pertemuan…=) Rasa ‘rindok ati’ masih melekat dan mekar hingga ke saat ini. Semalam dan hari ini seperti mengumpul dan menyegarkan kembali memori indahnya tautan ukhuwwah yang sudah lama tidak bertemu, pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baru dikenali dan sahabat-sahabat yang bertemu tanpa disangka-sangka.=)

Sesi yang pertama merupakan sesi suai kenal yang di pimpin oleh Saudari Hamizah.

Sesi pada malam semalam sangat bermakna kerana pada masa itu, diriku juga tidak menyangka pelbagai perkara yang dibincangkan secara selit-selitan. Sambil bersuai kenal, sambil itu juga perkongsian pandangan dan idea antara kakak-kakak dan adik-adik. Tidak kurang juga perkongsian pengalaman yang jarang untuk kita kongsikan walaupun kita sering bersama. Sesi ditangguhkan untuk memberi ruang sahabat-sahabat yang hadir berehat dan bersedia untuk bangun awal pada keesokan harinya. (kemaafan daripada tuan rumah andai keadaan tempat tidur kurang selesa.huhu)

Peluang untuk solat berjemaah bersama-sama dan bangun malam bersama-sama dimanfaatkan. Selepas solat subuh dan bacaan al-Mathurat, perkongsian yang berharga daripada Saudari Mariati yang turut serta dalam Janataqwa kali ini dengan mengambil peluang keberadaannya di bumi Kuching ini. Perkongsian yang bertajuk ‘solat’. Perkongsian bersifat dua hala dan banyak persoalan-persoalan yang timbul yang seharusnya dibawa semula dengan jawapan-jawapan dan pandangan-pandangan daripada orang yang lebih tahu di Janataqwa yang akan datang. (Ameen…=D)

Selepas sesi perkongsian, kami minum pagi dan janataqwa kali ini menampilkan sesuatu yang menarik. Saudari Hamizah telah berkongsi ilmu jahitan yang memanfaatkan perca kain (lebihan kain) untuk dijadikan bentuk dan boleh disambung untuk menjadi lapik meja ataupun sarung kotak tisu. Menarik! =) Bertambah satu lagi ilmu kraftangan yang kami peroleh…alhamdulillah…=D

Subhanallah…moga hati-hati ini sentiasa ditautkan dan sentiasa berada tetap untuk berjuang dengan kemampuan dan cara masing-masing di jalan-Nya. Moga bertemu lagi di Janataqwa HEWI di masa akan datang…=D

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

PETIKAN:: AZWANI JAINI

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM & STPM 2009: TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada adik-adik lepasan SPM dan STPM 2009 di atas keputusan yang telah diterima oleh masing-masing (STPM: 25 Feb 2010 & SPM: 11 Mac 2010). Biar apa pun keputusan yang tercatat pada slip keputusan masing-masing, tahniah diucapkan kerana telah menerima keputusan selayaknya dengan usaha yang digiatkan dan doa yang dipanjatkan oleh adik-adik selama ini. Tahniah juga diucapkan kepada adik-adik kerana telah selesai melalui alam persekolahan dan bakal memulakan langkah di fasa baharu kehidupan.


Yakinlah bahawa dengan memperolehi keputusan masing-masing bukanlah satu penamat, tetapi adalah permulaan kepada fasa kehidupan seterusnya di alam pengajian tinggi. Adik-adik akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan mengejar segulung sijil, diploma atau sarjana muda. Percayalah bahawa biar apa pun keputusan yang diperolehi, tentu pasti bahawa ruang dan peluang untuk adik-adik melanjutkan pengajian sentiasa terbuka luas. Pokoknya, kalau mahu seribu daya tetapi kalau tidak maka seribu dalih.


Dengan genggaman erat adik-adik pada slip keputusan masing-masing, harus difikirkan bahawa bukan sahaja adik-adik akan melangkah lebih lanjut di dalam lapangan akademik. Malah sebenarnya adik-adik juga sedang melangkah lebih lanjut di dalam lapangan agama, kerjaya, sosial, ekonomi, keluarga, budaya, politik dan lain-lain lagi menerusi kehidupan yang disediakan kepada kita. Masa hadapan adik-adik ditentukan dengan kebijakan dan kematangan adik-adik di dalam memilih langkah di dalam kehidupan ini. Ketahuilah bahawa setiap langkah yang adik-adik ambil hari ini tentu pasti mempengaruhi masa hadapan adik-adik-adik di lapangan-lapangan yang ada.


Adik-adik harus sedar dan insaf daripada pelbagai contoh dan iktibar generasi terdahulu samada yang kini sedang menempa kejayaan demi kejayaan atau kegagalan demi kegagalan. Setiap seorang daripada mereka telah mengambil langkah masing-masing untuk meneruskan kehidupan, fasa demi fasa yang datang. Ramai yang gembira dan tidak kurang juga yang menyesali langkah-langkah yang mereka ambil ketika di usia adik-adik. Oleh itu, kini tiba masanya untuk adik-adik pula untuk berbuat serupa. dengan pertimbangan sewajarnya terhadap masa depan yang ingin adik-adik cipta untuk diri, keluarga, umat, negara dan yang paling penting, Islam. Apakah langkah yang akan adik-adik ambil untuk meneruskan kehidupan di fasa seterusnya?


Fasa seterusnya yang akan adik-adik tempuhi di dalam kehidupan menjanjikan pengalaman yang amat menarik. Di hadapan adik-adik terbentang 1001 ruang dan peluang serta cabaran dan dugaan untuk adik-adik rebut dan tempuhi. Hanya mereka yang berkualiti sahaja akan berjaya melepasi fasa seterusnya ini dengan jayanya. Dengan kekuatan rohani, keluasan ilmu, ketinggian cita-cita dan kesungguhan usaha, maka adik-adiklah tergolong di kalangan mereka yang berjaya!


Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) bersyukur kerana diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk tampil sebagai organisasi pelajar Islam di Sarawak untuk komited dan konsisten bagi melatih dan membangunkan diri adik-adik mendepani fasa baharu kehidupan yang bakal adik-adik tempuhi dengan jayanya. Adik-adik adalah wajah umat dan agama Islam masa hadapan. Adik-adik adalah pewaris peradaban umat dan agama Islam. Adik-adik adalah pejuang-pejuang yang didambakan umat dan agama Islam. PERKEPIS menawarkan segala kekuatan yang ada kepada adik-adik untuk sama-sama kita meneruskan perjuangan mencipta generasi pemangkin kecemerlangan umat dan agama Islam khususnya di Sarawak dan Malaysia amnya.


Tahniah adik-adik! Allahuma'ana...

Petikan: Khairul Anwar Shazali "Cahaya Serata Alam"

Tuesday, January 26, 2010

Top Up Your Iman with Jana Taqwa 1

Salam.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih lagi saya bernafas dan mampu untuk mengetuk papan kekunci ini. Kali ini saya nak cerita tentang program JANA TAQWA anjuran HEWI PERKEPIS. Menarikkan bunyinya? Selalunya kita dengar jana pendapatan, jana kuasa dan lain-lain.


Program ini ialah program mingguan/bulanan HEWI PERKEPIS yang dibuat khas untuk kaum Hawa sahaja dan diadakan satu hari satu malam di mana-mana sahaja tempat yang sesuai. Pengisian program ini antaranya ialah qiamullail dan beberapa pengisian yang berkenaan dengan hal ehwal siswi. Seperti mana yang kita tahu, wanita lebih menitikberatkan aspek perhubungan ataupun relationship oriented berbanding dengan lelaki yang bersifat goal oriented. Jadi matlamat program ini selain untuk mengeratkan ukhuwah antara muslimat ianya juga bertujuan untuk menjadi medium di mana muslimat berkumpul meluahkan isi hati dan berkongsi masalah. Kalau dalam bahasa Inggerisnya program ini boleh dikenali sebagai Girls' Night ataupun Pillow Talk. Hoho.


Alhamdulilah pada 16 hingga 17 Januari yang lalu, program JANA TAQWA yang pertama untuk tahun ini telah diadakan di HOMESTAY ABAS di Kpg Panglima Seman, Kuching, Sarawak. Seramai 10 orang muslimat dari pelbagai lapisan umur telah ditakdirkan oleh Allah untuk mengikat tali ukhuwah. Saya salah seorang daripada mereka! *gembira* Terima kasih kepada Kak Siti Nurbaya dan Kak Nazirah yang bersusah payah menjadi tenaga penggerak.


Pada malam Sabtu, usai kami mengisi perut dengan daging black pepper dan sayur kobis hasil air tangan Kak Nazirah (dan sedikit sentuhan dari saya) Kak Nazirah terpaksa pulang kerana ada hal keluarga. Saya pun rasa tidak sedap hati kerana kalau Kak Nazirah mahu pulang mestilah Kak Siti yang akan menghantar. Yaa, tekaan saya benar. Huhu. Tidak lama selepas itu, Kak Siti menghampiri saya dan dia mengharapkan saya untuk menggantikannya seketika. Masya Allah, takutnya saya sebab tidak ada persiapan langsung.


Tibalah masa pengisian. Halaqah telah dibuat. Masya Allah saya berdepan dengan sahabat yang lebih muda, sebaya dan ada juga yang lebih tua dari diri saya. Rasa gementarlah sedikit. Tetapi alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan sesi taaruf kami. Usai sesi taaruf yang menghiburkan kami lebih mengenali antara satu sama lain.


*tick tock tick tock*


Jam sudah pukul 9 malam. Tapi bayangan Kak Siti belum juga nampak. Tiba-tiba datang satu pesanan ringkas dari Kak Siti


"Tini, akak perlu ambik mak akak di hospital. Lepas ya akak pergi sia gik"


Selepas itu, saya pun meneruskan jua ke aktiviti yang seterusnya iaitu KULDUM ataupun kuliah 2 minit. Masa ini giliran sahabat yang lain lagi bercakap, saya mendengar. Adil kan? Hoho. Saya beri satu tajuk yang ringkas dan mereka memberi pendapat masing-masing ataupun pengisian berdasarkan tajuk iaitu CINTA. Amat mengujakan mendengar pendapat mereka.


*tick tock tick tock*


Sedar tak sedar jarum jam menunjukkan pukul 10 tepat. Tinggal 30 minit lagi. Otak saya ligat berputar memikirkan aktiviti seterusnya. POP! Allah beri ilham. Alhamdulillah! Saya kemukakan satu permintaan yang aneh pada fikiran mereka atau sesiapapun yang mendengar pada masa itu. Sila kemukakan saiz kaki anda dan bercerita tentangnya. Ada yang mengulas panjang lebar dan ada yang menceritakan betapa susahnya mencari kasut untuk dirinya dan macam-macam kisah yang lucu berkenaan dengan kaki.


Insya Allah, kisah kaki akan saya sambung pada entri yang seterusnya. Rasa bersalah sebab terlalu lama dating dengan laptop ni. Hoho.


Catatan Jurnal: Hartini Mardan

Thursday, January 14, 2010

RaHeeM 2010: “Aduhai Puteriku Sayang...”


RaHeeM 2010 adalah singkatan bagi “Rawon HEWI ke Melaka 2010” telah diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 1 hingga 3 Januari 2010. Program 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh HEWI (Hal Ehwal Siswi) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama HEWI Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM). Kumpulan sasaran ialah pelajar2 muslimah Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia. Program ini ialah program lanjutan bagi Kembara Kuantan HEWI 2009 ataupun KKH09 yang pernah diadakan di Kuantan, Pahang suatu ketika dahulu.

Setinggi2 syukur, puja dan puji dipanjatkan pada ALLAH S.W.T. Walaupun jumlah penyertaan kurang daripada penyertaan di Kuantan dahulu iaitu seramai 11 orang (UIAM Gombak, UIAM Kuantan, IIC, KUIS, KUIM, PEPIM), namun pengisian2 dan penerimaan para peserta adalah sangat baik. Jumlah yang sedikit ini memudahkan penyampaian dan perkongsian dari hati ke hati. Bertepatan dengan temanya, “Aduhai Puteriku Sayang...”, para peserta didedahkan dengan aktiviti2 dan pengisian2 yang mendidik mereka sebagai seorang insan yang bergelar muslimah.

Lanjutan: RINDOK ATI
Pautan Lain: MOMENTO SUTERA

Wednesday, December 31, 2008

KEMBARA KUANTAN HEWI 2009


KEMBARA KUANTAN HEWI 2009 merupakan langkah pertama buat HEWI PERKEPISMA untuk melakukan aktiviti bersama. Kembara pertama bermula di Kuantan, Pahang kerana terdapat ahli PERKEPISMA dalam jumlah yang agak ramai. Disamping itu, program ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli yang berada di negeri lain datang berziarah dan melihat keadaan kehidupan di Kuantan. Ini sesuai dengan tema program kali ini iaitu, “Eratkan Ukhuwwah, Tingkatkan Dakwah”


Program ini bakal dijalankan pada hujung minggu memandangkan terdapat perbezaan masa cuti antara kampus. Tempat yang digunakan adalah sekitar Kampus UIA Kuantan dan sekitar Kuantan.Aktiviti yang bakal dijalankan adalah berunsur perbincangan dalam kumpulan, ceramah, tayangan video dan aktiviti luar. Input yang diberikan adalah sekitar perkara asas dan aplikasi dalam kehidupan seharian.


Program bersama seperti KEMBARA KUANTAN HEWI 2009 ini penting dalam membina kekuatan dalam diri kerana dengan adanya ziarah seperti ini, mampu untuk mengingatkan kita kepada tujuan asal kita melanjutkan pelajaran di bumi Semenanjung Malaysia ini. Selain itu, program seperti ini bakal menjadi peransang kerana kita sedar bahawa kita tidak keseorangan dalam meneruskan perjuangan ini.

ERATKAN UHKWAH, TINGKATKAN DAKWAH!!

Sunday, March 30, 2008

Al - Fatihah

Salam takziah kepada Sdri. Aisah Munirah Binti Wahi sekeluarga atas pemergian ayahandanya, Allahyarham Wahi Bin Che Tong pagi Sabtu (29/3/08) jam 7.45 pagi. Mari bersama kita membacakan Surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada yang telah meninggal dunia. Juga buat Saudari Dayang Hartini bt Abang Slamsa (Bendahari Kehorma Perkepis) atas pemergian ayahandanya pagi Rabu (2/4/08) sekitar jam 7.00 pagi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan golongan orang yang soleh.

Wednesday, March 26, 2008

KADERIASASI LEMBAB REGENERASI TERENCAT

Laporan Program bersama HELWA ABIM Sarawak

Pada 20 Mac 2008 telah diadakan program bersama HELWA ABIM Sarawak bersempena sambutan mauluidur Rasul 1429 yang bertempat di Taski Abim, Taman Sri Wangi. Program bermula pada 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Kehadiran peserta adalah daripada wakil ABM,PERKEPIS,ahli ABIM serta HELWA.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ustazah Zainon Bt Haji Karim dan diikuti dengan alunan selawat ke atas nabi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan forum bicara HELWA yang bertajuk "KADERIASASI LEMBAB REGENERASI TERENCAT". Majlis forum telah dipengerusikan oleh saudari Shamsiah bt Mahli manakala ahli panel terdiri daripada Ustazah Jamaliah Bt Abd Jalil dan Cik Aminah Bt Haji Ismail.

Forum membicarakan tentang keperluan dakwah dan teknik untuk berdakwah. Di samping itu, peserta telah didedahkan kepada matlamat serta gerak kerja United Nation (UN). Cik Aminah yang telah berpengalaman bekerja dengan pertubuhan tersebut telah mendedahkan usaha-usaha dakyah golongan bukan Islam di sebalik memberikan bantuan kepada penduduk sedunia yang miskin. Pun begitu, usaha gigih mereka sehingga sanggup bertebaran ke pelosok dunia yang paling miskin di samping gerak kerja mereka yang terancang perlu menjadi iktibar kepada seluruh pendakwah Islam. Seterusnya, forum membincangkan tentang permasalahan gerakan dakwah hari ini dalam meneliti punca serta penyelesaiannya,

Ustazah Jamaliah telah mendedahkan bahawa antara punca kelesuan kaderisasi adalah kurangnya pendedahan kepada isu-isu semasa. Ciri-ciri kejahilan semasa perlu diketahui dan diperhati puncanya bagi melahirkan pendakwah yang sesuai dengan zaannya

Antara cadangan bentuk usaha dakwah yang wajar diketengahkan adalalah dengan mendidik anak-anak kampung untuk mempelajari bidang agama dengan diberi bantuan kewangan dan dilepaskan untuk berdakwah di kampung masing-masing. Usaha ini lebih berkesan memandangkan InsyaAllah tiada masalah komunikasi dan pemahaman budaya kawasan pendalamn tersebut memandangkan pendakwah adalah di kalangan penduduk kampung.

Perkaitan antara tajuk forum serta sambutan maulidur rasul pada tahun ini adalah bagaimana kita seharusnya meneruskan perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan sayap islam dan mengambil contoh baginda serta sahabat dari segi berdakwah dan menarik minat bukan islam untuk mengenali islam. Di samping itu,untuk menjayakan pergerakan dakwah kita seharusnya mempunyai barisan perjuang yang rela berkorban masa dan tenaga demi Islam.

Majlis di akhiri dengan sedikit jamuan. Di harap, semua peserta dapat mengambil iktibar dari forum yang dibicarakan serta memperkukuh kaderiasasi organisasi agar sebagai barisan yang berjuang demi agama ini mampu bertahan dan menyambung perjuangan baginda yang tercinta.
Disediakan Oleh,
Nurirwan Riduan

Sunday, December 30, 2007

Selamat Hari Lahir Sahabatku...


Aku mengenali dia pada tahun 1995...
bermula hanya sebagai rakan sekelas...
rakan yang mulanya tidaklah bergitu rapat...
hanya rakan sekelas...


kadang-kadang berjalan balik dari sekolah bersama...
kadang-kadang makan dan belajar bersama ketika menunggu kelas petang...
kadang-kadang mendaki dan lepak di bukit sebelah padang sekolah...
kadang-kadang membeli makanan ringan bersama-sama di kedai berhampiran sekolah...


entah bila dia menjadi sahabat baikku...
tahun 2000 ka...bila mana kami berlima mengisytihar diri sebagai "power rangers"
atau tahun 2001...bila kami ke kelas tuisyen yang sama walaupun dia telah berpindah sekolah...
atau tahun 2006...bila kami sama-sama menghabiskan masa menguruskan program dan pergi usrah...


walaupun tak kusedari....
namun ukhwah ini amat manis...
walaupun kini dia jarang kutemui...
namun kutahu, jalinan ukhwah ini takkan terhenti


terima kasih sahabat...
kerana sudi menjadi sahabat ku..
peneman di kala suka dan duka...
pendengar setia pada setiap omelan dan kata-kata

Sesungguhnya, perjalanan hidup tak dapat ku duga...
setelah 12 tahun...kau tetap sahabatku...
moga berterusan walau untuk 120 tahun lagi....(",)


Selamat Hari Lahir sahabat...
semoga setiap detik waktu yang mendatang dipenuhi iman, ketaqwaan dan kebahagiaan...


Untuk sahabatku Norasyida Ahid yang menyambut hari lahir ke-22...
dan untuk semua yang mengenali diri ini....dikau semua tetap sahabatku yang terbaik....
semoga ukhwah kita berkekalan....

Tuesday, November 6, 2007

Pengilan Lagik...



Assalamua'laikum w.b.t... Baruk ari ya jak pengilan bang Bob (Wan Azizan) di Sebuyo, dah ada gik jemputan baru... Murah rezeki tahun tok...

InsyaAllah 2 Disember tok, seorang gik Abang kita yang akan menamatkan zaman bujangnya. Abang berkaliber graduan over sea (US) yang dahulunya belajar di SMS (Sekolah Menengah Sains). Abang Awang Samsul (gambarnya di sebelah). Mun nak kenal ngan nya gik, check out his blog, Asbah .


Tahniah buat kalian..

Walimah yang akan dilangsungkan di rumahnya. Rumahnya depan rumah bang syed, Lot 68, Jalan Semariang Batu,Petra Jaya, Kuching. 93050 Sarawak.Majlis akan bermula pada pukul 10.00 pagi. Jemputlah datang beramai-ramai! Doa kami, mudahan berkekalan hingga ke pintu syurga... Amin
Wassalam

Wednesday, October 31, 2007

Generasi Baru

Alhamdulillah...
Semakin makmur bumi Sarawak. Tahun ini, ada pembaharuan pada kakak-kakak PERKEPIS kerana kerana ada yang sudah bergelar ibu. Kak Shida Ahis, isteri Bang Ayoi selamat melahirkan seorang puteri, Nur Saafiyah dan Uktie Munawaroh (Kak Mumun), zaujah Ustz Hasfa sekarang menimang putera sulung mereka Muhammad Jibril Hakim.
Manakala di seberang ...
Kak Ainin Hafizah (bekas setiausaha PERKEPIS kampus UNIMAS), isteri Bang Shaham gembira menyambut puteri mereka, Wan Adlina Sorfina. Kak Suhana Adura (bekas Timbalan Amirah 1 PERKEPIS kampus UNIMAS) dan Bang Haikal khabarnya juga sudah menimang cahaya mata.
HEWI mengucapkan tahniah dan medoakan kerahmatan berpanjangan buat kalian sekeluarga. Kehadiran generasi baru pasti akan membawa perubahan suasana dalam perkepis. Moga generasi baru ini bisa menyambung perjuangan kalian.
Tahniah juga buat Bang Wan Azizan baru sahaja bergelar suami kepada Kak Afifah. Moga kalian dimurahkan rezeki dan berkekalan di dunia dan di akhirat...
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang tidak putus-putus. HAMKA pernah menulis, setiap saat berjuta-juta tidak terkira nikmatNya. Anugerah oksigen yang dihirup, jantung yang berdegub, kaki dengannya engkau melangkah, semuanya anugerah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kelahiran juga satu anugerah yang tidak terhingga. Kegembiraan seorang lelaki yang baru bergelar suami. Kegembiraan wanita yang baru bergelar isteri, Kegembiraan seorang suami yang baru bergelar Bapa. Kegembiraan seorang isteri yang baru bergelar ibu. Semua itu pasti tidak dapat diungkap dengan kata.Kami semua turut tumpang gembira. Tahniah buat kalian..